Bagi Institut Perguruan Kota Bharu, sambutan bulan kemerdekaan dizahirkan dengan menjahit bendera Malaysia sepanjang 72 meter.
Menurut Timbalan Pengarah Institut Perguruan Kota Bharu (IPG) Dr Rozi Ismail, bendera berkenaan dianggap terpanjang di Kelantan setakat ini.
"Bendera terpanjang yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar atau siswa-siswi guru ini adalah bertujuan untuk menyambut usaha transformasi minda siswa guru IPG untuk bekerjasama.
"Misi dan visi IPG meletakkan kita di tempat terbaik, jadi sebanyak 36 kelas terlibat di mana setiap kelas menghasilkan dua meter menjadikan 72 meter keseluruhanya," katanya.
Penghasilan bendera ini dilakukan oleh pelajar IPG Kota Bharu bermula 7 Ogos lepas.
Jelasnya penghasilan bendera terpanjang itu mengambil masa selama dua minggu dan dilakukan selepas waktu kelas setiap hari.
Kos menghasilkan bendera terpanjang itu hampir RM300 menggunakan kain putih, cat dan sebagainya.