JOHOR BAHRU: Seorang pegawai kanan polis berpangkat inspektor dan tujuh pegawai rendah dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di sini ditahan bagi membantu siasatan kes pemerasan melibatkan seorang tukang cuci wanita.
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata kesemua individu berusia antara 20 hingga 50 tahun itu ditahan susulan laporan yang diterima pada 9.32 malam, Isnin lepas.
"Polis Kontinjen Johor menerima laporan berkaitan kes pemerasan wang berjumlah RM32,000 oleh pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Seri Alam.
"Kes masih berada di peringkat siasatan dan orang ramai diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau komen yang boleh mengganggu proses siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan kesemua lapan individu itu direman empat hari bermula semalam.
Kumar berkata pihaknya sentiasa komited dalam memerangi masalah integriti serta salah laku jenayah dalam kalangan pegawai dan anggota demi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap pasukan Polis Diraja Malaysia.
"Tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi, berlandaskan prinsip kesamarataan di sisi undang-undang di bawah Perkara 8 Lembaga Persekutuan," katanya.
Sebelum ini, tular satu laporan yang dipercayai berhubung tangkapan kesemua pegawai polis itu di aplikasi Telegram.
Laporan itu menyatakan seorang tukang cuci wanita mendakwa seorang anggota polis telah meminta wang sebanyak RM40,000 bagi membebaskan adiknya yang ditahan berkaitan kes dadah.
Wanita berkenaan mendakwa hadir di IPD Sri Alam untuk menyerahkan wang berjumlah RM35,000 sebelum membuat laporan polis selepas mendapati adiknya masih tidak dibebaskan.
Sementara itu mengenai kes berlainan, Kumar berkata 15 lelaki berusia 20 hingga 40 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang lelaki berusia 24 tahun di Route 66, Jalan Abdullah Tahir di sini, Ahad lepas.
Beliau berkata pihaknya menerima laporan berhubung kes pembunuhan itu pada 4.54 petang dan kesemua lelaki terbabit ditahan di beberapa lokasi berasingan pada Ahad dan Isnin di sekitar daerah ini, termasuk seorang suspek berusia dalam lingkungan 30an yang ditahan sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) dari Bangkok, Thailand.
"Setakat ini kita masih menyiasat motif kejadian pembunuhan ini. Kesemua individu itu direman tujuh hari bermula Isnin lepas dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," kata Kumar.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu diminta menghubungi IPD Johor Bahru Utara di talian 07-2182323 atau Pegawai Penyiasat ASP Muhammad Afdhal Mat Saupi di talian 013-7711152.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 07 2024

Kesemua individu berusia antara 20 hingga 50 tahun itu ditahan susulan laporan yang diterima pada 9.32 malam, Isnin lepas. -Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Inspektor, tujuh pegawai rendah polis ditahan bantu siasatan kes pemerasan
Kesemua individu berusia antara 20 hingga 50 tahun itu ditahan susulan laporan yang diterima pada 9.32 malam, Isnin lepas.