PUTRAJAYA: Bangkai helikopter AW139 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang mendarat cemas di perairan Pulau Angsa, Kuala Selangor, berjaya dibawa keluar tengah malam Selasa.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata, pesawat itu berjaya dinaikkan kira-kira jam 12.15 tengah malam.
Beliau berkata, operasi itu dilakukan dengan bantuan syarikat penyelenggaraan pesawat udara agensi berkenaan
Katanya, pesawat berkenaan kemudian dibawa ke jeti Pelabuhan Klang sebelum dihantar ke Stesen Udara Maritim Subang (SUMS) pada jam 3.30 pagi Rabu untuk tindakan lanjut.
"Sementara itu, empat kru yang terlibat dalam insiden berkenaan dilaporkan stabil dan selamat.
"Kesemua mereka telah menjalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak agensi semalam (Selasa)," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Tambah Hamid, pihaknya turut memohon agar kesemua kru terbabit diberikan ruang dan tidak diganggu oleh mana-mana pihak bagi menstabilkan keadaan setelah melalui insiden tersebut.
Mengulas mengenai helikopter AW139 bernombor pendaftaran M72-01 itu, beliau berkata, ia merupakan salah satu daripada tiga siri pesawat udara AW139 yang diletakkan di bawah Skuadron Phoenix, Bahagian Operasi Udara Maritim Malaysia yang telah diterima pada 2010.
"AW139 telah mencatat rekod hampir 5,000 jam penerbangan selain telah melaksanakan pelbagai misi penerbangan seperti Op Naga, Op Kuda Laut, Op Pagar Laut, Op Benteng, Op Jangkar Haram, Op Patkor Optima, Op Redback dan lain-lain operasi penguatkuasaan.
"Selain itu, pesawat berkenaan juga terlibat dengan pelbagai misi Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat) yang dikoordinasikan Maritim Malaysia," katanya.
Katanya lagi, antara pencapaian AW139 M72-01 ialah berjaya menyelamatkan lima pemancing yang terkandas akibat cuaca buruk di Pulau Batu Berantai di barat laut Pantai Remis, Jeram pada 2022.
"AW139 M72-01 juga merupakan pesawat yang sering membawa Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (Star Team) bagi melakukan force boarding dan terbaharu ialah kejayaan dalam membantu Badan Keamanan Laut Republik Indonesia (BAKAMLA) bagi menahan sebuah kapal tangki berdaftar dari Iran yang disyaki melakukan pemindahan minyak secara haram di perairan Indonesia pada tahun lalu," ujarnya.
Kata Hamid, sepanjang 14 tahun perkhidmatan AW139 M72-01 bersama Maritim Malaysia, pesawat berkenaan turut terlibat dengan beberapa siri pemindahan perubatan (Medevac) mangsa sama ada di pulau atau di pelantar minyak yang berada di perairan negara.
Astro Awani
Wed Mar 06 2024

Pesawat itu berjaya dinaikkan kira-kira jam 12.15 tengah malam.

Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM untuk beri keterangan hari kedua
Semalam, SPRM ambil masa lima jam rekod keterangan Ahli Parlimen Bera itu berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

Touch n Go eWallet perkenal Parkir LPR, bayar parkir automatik melalui pengecaman nombor plat
Ia memudahkan pengguna untuk memasuki kawasan parkir kenderaan dan keluar dengan mudah, tanpa perlu menyentuh kad pada terminal.
[TERKINI] Ismail Sabri sambung beri keterangan kepada SPRM hari ini
Kita ikuti dahulu perkembangan dari Putrajaya bersama rakan setugas, Faida Rahim di mana bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini akan menyambung sesi memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebahagian daripada proses siasatan yang sedang berlangsung.

'Hasrat Tengku Zafrul bersifat peribadi, bukan petanda perpecahan UMNO'
Ahmad Marthada berkata, langkah itu juga tidak menjejaskan kestabilan parti kerana Tengku Zafrul bukan antara pemimpin berpengaruh dalam UMNO.

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

TLDM selamatkan kapal layar Meridian of Sydney di perairan Pulau Perak
Kapal itu dipercayai hanyut selama empat hari dengan seorang individu, warga Australia Kepten Kelvin Holly, berada di atasnya.

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.

Maritim Malaysia tahan lelaki cuba bawa keluar 9.6 tan gula ke sempadan
Cubaan seorang lelaki tempatan menggunakan sebuah bot kargo untuk membawa keluar 9.6 tan gula pasir ke sempadan negara gagal.

Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup keluar 6,000 liter minyak petrol di Kudat
Bot serta barang rampasan yang dianggarkan bernilai hampir RM60,000 dibawa ke Jeti Marina Kudat untuk siasatan lanjut.

Polis, Maritim Malaysia siasat pematuhan SOP insiden tembakan warga Indonesia - Saifuddin
Maritim Malaysia sedang menjalankan siasatan dalaman dari pelbagai sudut termasuk aspek SOP berhubung insiden di perairan Tanjung Rhu, Selangor.

Kerajaan teruskan projek dua OPV APMM, cari kontraktor baharu - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution Ismail berkata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Awang Alik Jeman dipertanggungjawabkan bagi meneliti perkara berkaitan termasuk pencarian kontraktor baharu.

Maritim Malaysia bakal terima kapal induk baharu buatan Turkiye, beroperasi 2027
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bakal menerima sebuah kapal induk baharu buatan Turkiye yang dijangka mula beroperasi pada suku pertama 2027.

Maritim patahkan cubaan seludup arnab bernilai RM15,000 di Pengkalan Balak
Maritim Malaysia Negeri Melaka dan Negeri Sembilan menggagalkan cubaan menyeludup 10 arnab bernilai RM15,000 di perairan Pantai Pengkalan Balak.

Seorang hilang, enam selamat kapal kargo karam di Lawas
Seorang kapten hilang manakala enam kru, yang kesemuanya rakyat Malaysia, selamat setelah sebuah kapal kargo dilaporkan karam di Lawas.

Indonesia gesa Malaysia siasat insiden tembakan babit 5 rakyatnya
Indonesia menggesa Malaysia mengambil tindakan terhadap pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sekiranya terbukti mereka menggunakan kekerasan berlebihan pada Jumaat.