KUCHING:Rakyat Sarawak semalam dikejutkan dengan insiden yang menimpa kru kapal platform MV Dayang Topaz, yang merempuh pelantar minyak di perairan Kuala Baram di Miri, kira-kira 800km dari sini, selepas ekor taufan Molave membadai kawasan itu.
Seramai 187 kru berada dalam kapal malang itu apabila satu daripada kabel kapal itu putus menyebabkan kapal hilang kawalan apabila dipukul ombak Laut China Selatan dan berlanggar dengan struktur pelantar penggerudian berhampiran.
Jurugerudi, juruperancah dan jurutera antara yang berada di dalam kabin kapal, menyatakan nyawa mereka berada di hujung tanduk dan hanya berserah kepada takdir, dalam insiden yang tidak dijangka di Laut China Selatan yang biasanya tenang.
Insiden malang itu mula menjadi perhatian dunia, sebaik media Sarawak dimaklumkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APPM).
"Dayang Topaz hampir tenggelam dan ada 62 kru kapal yang masih berada di dalamnya; 125 telah melompat dari kapal," menurut kenyataan pertama yang diterima media di sini.
Dalam keadaan laut bergelora dan taufan yang masih membadai di kawasan itu, APMM mula mengumpulkan sumbernya termasuk mendapatkan bantuan daripada syarikat minyak di Brunei, untuk melancarkan operasi mencari dan menyelamatkan mangsa.
Menjelang 10 pagi, agensi itu mengesahkan semua mangsa di dalam kapal itu telah diselamatkan dan dalam perjalanan untuk dihantar ke Miri melalui laut, kecuali dua yang cedera akan diterbangkan ke Hospital Miri.
BACA: Insiden Dayang Topaz: Siasatan sedang berjalan - Petronas
BACA: Anak kapal MV Dayang Topaz selamat tiba di Pelabuhan Miri
BACA: Setiausaha politik Nanta bersyukur adik selamat dalam insiden Dayang Topaz
BACA: Kronologi insiden Dayang Topaz: Ini apa anda perlu tahu
Insiden itu telah mengorbankan dua nyawa namun identiti mangsa tidak didedahkan.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, dalam sidang media lewat petang semalam berkata semua yang terselamat akan menjalani kuarantin selama 14 hari sebagai sebahagian daripada prosedur saringan COVID-19 di negeri ini.
"Prosedur ini bukan bertujuan untuk membebani mereka, tetapi saya harap mereka faham bahawa kami harus memastikan demi kesihatan awam di negeri Sarawak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 27 2020
![Insiden Dayang Topaz: Tindakan pantas selamatkan lebih 100 nyawa dalam cuaca buruk di Miri Insiden Dayang Topaz: Tindakan pantas selamatkan lebih 100 nyawa dalam cuaca buruk di Miri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/61603808415_TBDayangTopaz.jpg)
Ketika Dayang Topaz hampir tenggelam, ada 62 kru kapal yang masih berada di dalamnya sementara 125 telah melompat dari kapal. --fotoBERNAMA
![BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030 BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732100394_BankNegaraMalaysia.jpg)
BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030
BNM melalui Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) menerbitkan kertas perbincangan yang menggariskan cadangan dasar bagi Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan (NSFL) kedua (2026 - 2030).
PTPK sasar RM 450 juta kutipan pinjaman balik
Kementerian Sumber Manusia memperuntukan dana pinjaman rm 500 juta buat perbadanan tabung pembangunan kemahiran (ptpk) dijangka manfaatkan seramai 20,000 peminjam
MyGAS 2025 fokus atasi cabaran pembiayaan gas asli
Simposium Gas Malaysia (MyGAS 2025) edisi keempat membuka pentas perbincangan mengenai cabaran pembiayaan industri gas sambil memastikan usaha peralihan tenaga bersih mampu dicapai.
Ancaman gajah: Penduduk hidup dalam kebimbangan
Penduduk beberapa kampung di Hulu Terengganu hidup dalam kebimbangan susulan serangan gajah yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
![Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701417872_MONEYCHANGE.jpg)
Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual
Pada 6 petang, ringgit naik 145 mata peratusan kepada 4.4535/4600 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 ketika ditutup pada Rabu.
Muhyiddin saran kerajaan wujudkan kertas putih industri padi, beras
Kerajaan disaran mewujudkan kertas putih industri padi dan beras negara bagi memastikan bekalan putih tempatan mencukupi di pasaran.
Wanita maut bersama empat anak, hamil lima bulan
Wanita yang maut dalam kebakaran bersama empat lagi anaknya di Kampung Berangan Enam, Umbai, Jasin, sedang hamil lima bulan.
![1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi 1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729756465_TanSriAzamBaki.jpg)
1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.
Dialog Tiga Penjuru: CPI: Kita boleh jadi top ‘25’
Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2024 Malaysia kekal dengan skor 50 pada kedudukan ke-57.
Sejauh mana skor CPI 2024 beri kesan kepada sasaran Kerajaan untuk mencapai tangga ke-25 CPI menjelang 2033?
Apakah isu-isu utama yang harus diberi perhatian dengan segera untuk pastikan skor CPI kembali meningkat?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Sejauh mana skor CPI 2024 beri kesan kepada sasaran Kerajaan untuk mencapai tangga ke-25 CPI menjelang 2033?
Apakah isu-isu utama yang harus diberi perhatian dengan segera untuk pastikan skor CPI kembali meningkat?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
![KWAP catat pendapatan bersih tertinggi sebanyak RM12.9 bln pada 2024 KWAP catat pendapatan bersih tertinggi sebanyak RM12.9 bln pada 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51698383331_KWAP.jpg)
KWAP catat pendapatan bersih tertinggi sebanyak RM12.9 bln pada 2024
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) merekodkan pendapatan bersih tertinggi, mencecah rekod sebanyak RM12.9 bilion pada 2024 dengan pulangan keseluruhan 12.0 peratus.
![Dayang Topaz: Mayat jurutera dijangka diterbangkan ke Kuala Lumpur hari ini Dayang Topaz: Mayat jurutera dijangka diterbangkan ke Kuala Lumpur hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81604009958_TBMANGSADAYANGTOPA.jpg)
Dayang Topaz: Mayat jurutera dijangka diterbangkan ke Kuala Lumpur hari ini
Mayat mendiang akan dibawa ke rumah ibu bapanya di Kampung LBJ, Seremban, Negeri Sembilan untuk upacara penghormatan terakhir.
![Petronas jalankan penilaian struktur pelantar susulan insiden Dayang Topaz Petronas jalankan penilaian struktur pelantar susulan insiden Dayang Topaz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/61603808415_TBDayangTopaz.jpg)
Petronas jalankan penilaian struktur pelantar susulan insiden Dayang Topaz
Syarikat minyak negara itu berkata penilaian menyeluruh terhadap struktur pelantar itu sedang dilakukan.
![Insiden Dayang Topaz: Tindakan pantas selamatkan lebih 100 nyawa dalam cuaca buruk di Miri Insiden Dayang Topaz: Tindakan pantas selamatkan lebih 100 nyawa dalam cuaca buruk di Miri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/61603808415_TBDayangTopaz.jpg)
Insiden Dayang Topaz: Tindakan pantas selamatkan lebih 100 nyawa dalam cuaca buruk di Miri
Seramai 187 kru berada dalam kapal apabila satu daripada kabel kapal putus menyebabkan kapal hilang kawalan apabila dipukul ombak dan berlanggar dengan struktur pelantar penggerudian berhampiran.
![Insiden Dayang Topaz : Kesemua anak kapal dikehendaki jalani saringan COVID-19 dan kuarantin Insiden Dayang Topaz : Kesemua anak kapal dikehendaki jalani saringan COVID-19 dan kuarantin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/61603795075_TBDayangTopaz.jpg)
Insiden Dayang Topaz : Kesemua anak kapal dikehendaki jalani saringan COVID-19 dan kuarantin
187 anak kapal termasuk dua warga asing yang diselamatkan diarah untuk menjalani saringan COVID-19 dan melalui proses kuarantin 14 hari.
![Dayang Topaz: Dua anak kapal disahkan meninggal dunia, 185 berjaya diselamatkan Dayang Topaz: Dua anak kapal disahkan meninggal dunia, 185 berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51603772519_Kapal.jpg)
Dayang Topaz: Dua anak kapal disahkan meninggal dunia, 185 berjaya diselamatkan
Dua anak kapal disahkan meninggal dunia manakala 185 yang lain berjaya diselamatkan dalam satu insiden kecemasan di kapal platform Dayang Topaz di perairan Miri pada pagi Selasa.
![Kronologi insiden Dayang Topaz: Ini apa anda perlu tahu Kronologi insiden Dayang Topaz: Ini apa anda perlu tahu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/61603775711_Kapal.jpg)
Kronologi insiden Dayang Topaz: Ini apa anda perlu tahu
Insiden itu melibatkan seramai 187 kru kapal termasuk 185 kru warganegara Malaysia dan dua warganegara Indonesia.
![Tali sauh terputus ketika ribut dipercayai punca Dayang Topaz rempuh pelantar minyak Tali sauh terputus ketika ribut dipercayai punca Dayang Topaz rempuh pelantar minyak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/61603775711_Kapal.jpg)
Tali sauh terputus ketika ribut dipercayai punca Dayang Topaz rempuh pelantar minyak
Susulan kejadian, seramai 125 kru terpaksa terjun menyelamatkan diri.
![Setiausaha politik Nanta bersyukur adik selamat dalam insiden Dayang Topaz Setiausaha politik Nanta bersyukur adik selamat dalam insiden Dayang Topaz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/61603808415_TBDayangTopaz.jpg)
Setiausaha politik Nanta bersyukur adik selamat dalam insiden Dayang Topaz
Lidam memaklumkan telah berhubung dengan adiknya Dony Tanjong yang memberitahu telah dibawa ke Miri bersama-sama rakan sekerjanya yang lain.
![Dayang Topaz: Satu maut, 124 mangsa berjaya diselamatkan Dayang Topaz: Satu maut, 124 mangsa berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/61603765985_Kapal.jpg)
Dayang Topaz: Satu maut, 124 mangsa berjaya diselamatkan
Setakat jam 11 pagi, 124 kru kapal yang terjun telah diselamatkan manakala 62 lagi berada di atas kapal.