MIRI:Seorang mangsa insiden MV Dayang Topaz yang meninggal dunia Selasa lepas, Jurutera Kedua Aaron Michael Rajasgran dijangka diterbangkan ke Kuala Lumpur hari ini dan mayatnya akan dibakar pada 10 pagi Sabtu ini, kata balu mendiang Nateshwari Dhusan.
Setibanya di Kuala Lumpur, mayat mendiang akan dibawa ke rumah ibu bapanya di Kampung LBJ, Seremban, Negeri Sembilan untuk upacara penghormatan terakhir.
Ketika dihubungi Bernama menerusi aplikasi 'Messenger' petang ini, beliau berkata mayat suaminya akan dimandikan dahulu sebelum dibawa pulang ke rumah.
"Mayat beliau akan dibakar dan abunya akan dikumpulkan dan ditanam di kubur neneknya," kata jururawat di sebuah rumah jagaan swasta di Ipoh, Perak yang amat sedih di atas pemergian suaminya itu.
Aaron, 34, yang maut akibat lemas menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah, meninggalkan Nateshwari dan dua anak perempuan yang masing-masing berusia lima dan lapan tahun.
Terdahulu, Nateshwari memberitahu Bernama walaupun hidupnya tidak seperti dahulu selepas pemergian Aaron, namun dua anaknya itu memberi semangat untuk beliau meneruskan kehidupan.
Sementara itu pemasang rig Thomas Liang, 39, yang turut maut akibat lemas dalam insiden itu telah dibawa ke rumah panjangnya di Ulu Bawan, Kanowit.
Bapa mendiang Liang Gura merupakan "tuai rumah" atau ketua rumah panjang di sana.
Menurut mesej disiarkan menerusi saluran Iban RTM WaiFm hari ini, Thomas yang lebih dikenali sebagai BJ akan dikebumikan di Nirvana Memorial Park di Sibu pada Sabtu.
Saudara-mara dari Bawan, Bejait, Tuah, Pedai, Ulu Balingian dan Sibu telah dijemput untuk memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang di rumah panjang itu bermula esok.
Mendiang Aaron dan Thomas merupakan antara 125 anak kapal yang terjun menyelamatkan diri, apabila kapal MV Dayang Topaz tidak dapat dikawal selepas salah satu daripada kabel sauhnya putus sebelum bertembung dengan platform minyak Baram B ketika cuaca buruk pada Selasa.
Dayang Topaz: Dua anak kapal disahkan meninggal dunia, 185 berjaya diselamatkan
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 29 2020
Mayat mendiang akan dibawa ke rumah ibu bapanya di Kampung LBJ, Seremban, Negeri Sembilan untuk upacara penghormatan terakhir. -APMM
KRW miliki DNA TRW - Ultras Kelantan
Muhamad Firdaus berkata, majoriti individu yang menjadi 'tonggak' KRW merupakan kumpulan pelabur TRW.
PPS Bubul Ria dibuka tempatkan mangsa ribut di Semporna
PPS itu akan menempatkan penduduk terjejas dari empat kampung iaitu Kampung Selamat, Kampung Seri Aman, Kampung Sejati serta Kampung Batu.
Kemenangan Trump: Australia tangguh keputusan sasaran pelepasan gas rumah hijau
Matt Kean berkata kesan global daripada kemenangan Trump akan menangguhkan nasihat agensi itu mengenai sasaran 2035 selama beberapa bulan.
Manchester United diaibkan Bournemouth di Old Trafford
Amorim mempertaruhkan bintang Belanda Joshua Zirkzee di bahagian depan dibantu Bruno Fernandes dan Amad Diallo di bahagian tengah.
Kerajaan gariskan 5 keutamaan utama penggunaan AI di Indonesia
Kementerian Kesihatan menggunakan AI untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan dan memperbaiki ketepatan diagnosis.
Polis Sri Lanka lancar pemeriksaan bas selepas beberapa siri kemalangan
Siasatan ke atas beberapa kemalangan bas yang serius mendedahkan pelbagai kecacatan mekanikal dan struktur pada kenderaan.
Piala Malaysia: Sri Pahang tempah tiket separuh akhir
Kejayaan Skuad Tok Gajah ini disahkan menerusi kemenangan agregat 4-3.
Ratusan hadir upacara berkabung di Magdeburg selepas serangan pasar Krismas
Keluarga dan orang ramai dari pelbagai peringkat umur datang ke gereja Johanniskirche, tempat utama untuk upacara berkabung itu.
Pasar Kedai Payang dibanjiri pengunjung sempena cuti sekolah
Kedua-dua bangunan yang terletak bersebelahan itu mula dikunjungi pelanggan seawal 9 pagi terutama dari luar Terengganu.
Teruskan PKKP bukti Kerajaan MADANI prihatin terhadap pesara
Kebanyakan ahli bersyukur dengan keputusan berkenaan kerana ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban kos sara hidup yang ditanggung.
Dayang Topaz: Mayat jurutera dijangka diterbangkan ke Kuala Lumpur hari ini
Mayat mendiang akan dibawa ke rumah ibu bapanya di Kampung LBJ, Seremban, Negeri Sembilan untuk upacara penghormatan terakhir.