MIRI:Insiden membabitkan kapal platform Dayang Topaz pada Selasa pagi dipercayai berpunca daripada tali sauh yang terputus ekoran cuaca buruk sehingga menyebabkan kapal itu melanggar platform pelantar minyak.
Susulan kejadian, seramai 125 kru terpaksa terjun menyelamatkan diri, jelas pemangku Pengarah Bahagian Carilamat & Bantuan Bencana APMM Komander Suzanna Razali Chan ketika dihubungi Astro AWANI.
“Apabila rantai sauh putus, kapal tidak stabil. Tindakan mereka terjun dari kapal bertujuan untuk menyelamatkan diri. Mereka telah menurunkan rakit keselamatan. Selepas mereka terjun, mereka naik ke atas rakit tersebut,” jelas Suzanna.
BACA: Dayang Topaz: Satu maut, 124 mangsa berjaya diselamatkan
BACA: Kronologi insiden Dayang Topaz: Ini apa anda perlu tahu
Aduan pertama diterima oleh Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC) Putrajaya kira-kira jam 6.45 pagi tadi dari kapal Sapura Construction yang menerima isyarat kecemasan dari kapal Dayang Topaz di posisi 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, Miri.
Seramai 124 kru kapal berjaya diselamatkan manakala seorang mangsa meninggal dunia.
Empat mangsa yang dilaporkan hilang berjaya ditemukan dalam keadaan selamat tidak jauh dari lokasi kejadian.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan lapan kapal dari Petronas dan Shell, sebuah helikopter dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), sebuah pesawat dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta sebuah pesawat dari National Search Coordination Centre Brunei.
Secara keseluruhan, terdapat 187 kru kapal termasuk 185 kru warganegara Malaysia dan dua warganegara Indonesia.
Kesemua mangsa dijangka tiba di Jeti Pelabuhan Miri pada petang Selasa.
Nailah Huda
Tue Oct 27 2020
Insiden membabitkan kapal platform Dayang Topaz pada Selasa pagi dipercayai berpunca daripada tali sauh yang terputus ekoran cuaca buruk sehingga menyebabkan kapal itu melanggar platform pelantar minyak. -Foto APMM.
Pelancongan: semua kementerian diseru kukuh kerjasama dengan MOTAC
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.
Suspek bunuh ibu, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa pada Selasa
Lelaki dipercayai membunuh ibunya dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada Selasa.
Papan tanda: tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tali sauh terputus ketika ribut dipercayai punca Dayang Topaz rempuh pelantar minyak
Susulan kejadian, seramai 125 kru terpaksa terjun menyelamatkan diri.