PUTRAJAYA: Pemberian rebat bil telefon pelan pascabayar secara sekali beri bagi bil bulan September 2023 untuk pengamal media hanya terhad kepada bayaran komitmen bulanan sahaja, kata Jabatan Penerangan (Japen).
Japen dalam satu kenyataan hari ini berkata pemberian insentif di bawah Rebat RAHMAH Pengamal Media itu ditawarkan kepada pengamal media yang mempunyai kad perakuan media Japen dan berstatus warganegara Malaysia sahaja.
Pengamal media yang layak perlu mengemas kini nombor telefon pascabayar dan maklumat lain yang berkaitan dengan log masuk ke akaun sistem e-Media Japen di pautan https://emedia.penerangan.gov.my/ sebelum atau pada 10 Sept untuk menikmati rebat itu.
"Pengamal media dinasihatkan untuk menyemak tarikh luput atau tempoh sah laku kad perakuan media masing-masing untuk menerima insentif rebat tersebut," kata Japen.
Japen berkata pemberian rebat itu juga tertakluk kepada terma dan syarat daripada syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat iaitu TM (Unifi Mobile), CelcomDigi, Maxis, U Mobile dan YTL Communications.
Maklumat lanjut Insentif Rebat RAHMAH Pengamal Media boleh didapati melalui soalan lazim (FAQ) di pautan https://www.kkd.gov.my/awam/faq.
Insentif itu diumumkan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil pada 29 Ogos lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 07 2023
Pemberian rebat bil telefon pelan pascabayar secara sekali beri bagi bil bulan September 2023 untuk pengamal media hanya terhad kepada bayaran komitmen bulanan sahaja, kata Jabatan Penerangan (Japen). - Gambar hiasan
PRK Sungai Bakap: Latar belakang Cikgu Joohari mampu tambat hati golongan muda - Adam Adli
Cikgu Joohari itu tidak perlu berlakon untuk menjadi orang muda, sebaliknya tahu bagaimana mendekati golongan itu.
AUG 2024: Taekwondo dan silat jelma satu emas
Emas dari taekwondo hadir dalam acara poomsae berpasukan wanita dibarisi Nur Humaira Abdul Karim, Seah Jing Ying dan Wong Zin.
Terima kasih Stadium Shah Alam - TMJ
Rumah pasukan Selangor itu kini sedang dalam proses untuk dirobohkan selepas lebih empat tahun tidak digunakan.
Peniaga besi buruk terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat membenarkan permohonan semakan V Raja.
Komuniti India terima tambahan RM130 juta dalam tempoh empat bulan - Ramanan
Ramanan berkata, hanya Kerajaan Perpaduan dan Anwar yang prihatin memberi peruntukan besar kepada masyarakat India di Malaysia.
Beberapa jalan ditutup bermula Sabtu hingga petang Ahad
Beberapa jalan di sekitar kawasan Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi akan ditutup bermula jam 5 petang Sabtu hingga jam 3 petang Ahad sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Sabtu ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Chong Boo Khim berkata, jalan yang terlibat ialah Jalan Serindit, Jalan Susur Ibu Pejabat Polis Daerah SPS dan Jalan Susur Jabatan Kerja Raya SPS.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Chong Boo Khim berkata, jalan yang terlibat ialah Jalan Serindit, Jalan Susur Ibu Pejabat Polis Daerah SPS dan Jalan Susur Jabatan Kerja Raya SPS.
Fadhlina rayu undi calon PH
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek merayu pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap memberi peluang kepada calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK), Dr Joohari Ariffin untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat pada pengundian Sabtu ini.
Faisal Halim sudah mula jalani sesi latihan sejak Rabu
Pemain berusia 26 tahun itu difahamkan sudah mula turun ke padang tetapi masih belum bersedia untuk menerima sebarang liputan media.
Sebuah roket dari Lubnan dipintas Israel
Sebuah roket yang dilancarkan dari Lubnan berjaya dipintas rejim Israel pada Khamis.
Roket yang dipintas itu kemudian mengenai bumbung sebuah pusat beli-belah di bandar Acre, utara Israel.
Roket yang dipintas itu kemudian mengenai bumbung sebuah pusat beli-belah di bandar Acre, utara Israel.
Singapura tunggu masa sesuai untuk iktiraf Palestin
Republik Singapura pada dasarnya bersedia untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara jika ia menolak keganasan dan menerima hak Israel untuk wujud.
Insentif Rebat Rahmah pengamal media hanya bagi bayaran komitmen bulanan - Japen
Pemberian rebat bil telefon pelan pascabayar secara sekali beri bagi bil bulan September 2023 untuk pengamal media hanya terhad kepada bayaran komitmen bulanan sahaja.