KUALA LUMPUR: Penerokaan Tenaga Nasional Bhd (TNB) dalam perniagaan tenaga boleh baharu (TBB) di Eropah melalui anak syarikat milik penuhnya di United Kingdom (UK), Vantage RE Ltd akan membolehkan Malaysia menggarap pengetahuan berharga untuk mempercepatkan Peralihan Tenaga (ET) bertanggungjawab negara.
Dalam kenyataan hari ini, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata penting bagi Malaysia untuk berjaya mengemudi peralihan tenaga ini, selain mengimbangi isu-isu seperti keterjaminan tenaga, ekuiti tenaga dan kelestarian alam sekitar.
"Dengan berbuat demikian, Malaysia kekal berdaya tahan dari segi ekonomi dan pada masa sama, memanfaatkan peluang untuk pertumbuhan mampan.
"Peralihan itu juga akan memberi manfaat kepada negara melalui pemindahan teknologi dan peningkatan kecekapan modal insan," katanya.
Nik Nazmi, yang berada di London baru-baru ini untuk lawatan kerja ke Vantage RE, memuji TNB atas pencapaian luar biasa dalam menerajui ET Malaysia, mengurangkan jejak karbonnya dan mengembangkan TBB di Malaysia dan di luar negara.
Turut hadir dalam lawatan ini ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) kementerian Datuk Mohamad Razif Abd Mubin; Pengerusi Suruhanjaya Tenaga Mohammed Rashdan Mohd Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Razib Dawood; Kaunselor (Multilateral), Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London, Siti A'liah Mansor; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Baharin Din dan Ketua Pegawai Tenaga Baharu TNB, Zarihi Hashim.
Perniagaan TBB antarabangsa penting untuk TNB
Bagi perniagaan TBB TNB di UK, pengetahuan dan kepakaran yang akan dimanfaatkan adalah tidak ternilai untuk TNB dan Malaysia, kata Nik Nazmi, sambil menambah kerajaan kini sedang meneroka pasaran import dan eksport tenaga serta berhasrat agar Malaysia memainkan peranan penting dalam Grid Tenaga ASEAN.
"Saya yakin bahawa pengalaman UK menjadi panduan penting untuk Malaysia dalam usaha kita meneruskan visi ini," katanya.
Seperti yang dipersetujui, Baharin berkata Vantage RE ialah komponen penting dalam perjalanan Peralihan Tenaga Bertanggungjawab TNB dan pengalaman besar yang diperoleh di UK, telah meletakkan TNB dalam kedudukan yang unik untuk memanfaatkan lebih banyak peluang.
"Perniagaan TBB antarabangsa adalah salah satu bidang keutamaan untuk TNB berkembang maju dalam jangka panjang. Selaras dengan aspirasi kami sebagai pembekal utama tenaga lestari di Malaysia dan antarabangsa, kami akan terus membuat pelaburan besar dalam bidang ini.
"Usaha seberang laut ini akan mempercepatkan pertumbuhan TBB dan membina keupayaan TNB di pasaran asing, membolehkan kami lebih memahami bagaimana Malaysia boleh mewujudkan rangka kerja yang betul, yang memberi insentif kepada penggunaan teknologi utama seperti Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS), hidrogen serta Perangkap Karbon, Penggunaan dan Penyimpanan (CCUS) yang akan menyokong Peralihan Tenaga," katanya.
Vantage RE yang beribu pejabat di London telah ditubuhkan pada 2021 untuk memiliki, mengendalikan, membangun dan mengurus portfolio aset RE di UK dan Eropah sebagai sebahagian daripada komitmen global TNB terhadap alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).
TNB kini mempunyai lebih daripada 630 Megawatt (MW) aset TBB yang terdiri daripada projek tenaga suria, angin darat dan luar pesisir merentasi UK.
Dalam lawatannya, Nik Nazmi merasmikan ibu pejabat baharu Vantage RE di 20 Eastbourne Terrace dan melawat ladang angin luar pesisir Vantage RE di luar pesisir pantai Blyth, Pantai Timur Laut England.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 09 2023

Nik Nazmi Nik Ahmad berkata penting bagi Malaysia untuk berjaya mengemudi peralihan tenaga ini, selain mengimbangi isu-isu seperti keterjaminan tenaga, ekuiti tenaga dan kelestarian alam sekitar. - Gambar fail/BERNAMA

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Unit MN Holdings raih kontrak bernilai RM58.20 juta daripada TNB
Anak syarikat milik penuh MN Holdings Bhd, MN Power Transmission Sdn Bhd meraih kontrak bernilai RM58.2 juta daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB).

TNB: Menjana masa depan, 60% keuntungan disalur kembali kepada rakyat
TNB sebagai sebuah GLC yang bertanggungjawab, komited terhadap kemampanan kewangan dan melabur semula kejayaannya kepada Malaysia.

Kebakaran stesen janakuasa: TNB jalankan pemeriksaan, pemulihan
Setakat malam tadi, tiada sebarang kecederaan membabitkan warga kerja TNB mahupun orang awam dilaporkan.

TNB sahkan insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, keadaan terkawal
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden kebakaran berlaku di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson malam ini.

Bitcoin: Lebih 60 pemilik rumah, premis jadi mangsa pendawaian haram
Lebih 60 pemilik rumah dan kedai berdepan tuntutan bayaran elektrik daripada TNB selepas premis mereka diguna penyewa menjalankan kegiatan bitcoin.

Penerokaan TNB dalam RE beri manfaat kepada ekonomi Malaysia - PM
Kerajaan juga memberi galakan kepada TNB dan syarikat-syarikat lain untuk memberi tumpuan kepada pelaburan baharu di Malaysia.

Polis bongkar kegiatan bitcoin, berkas tiga lelaki warga tempatan
Polis berjaya membongkar kegiatan perlombongan bitcoin dalam satu operasi yang dijalankan di lima premis perniagaan di daerah Sepang.

Kabel tersangkut palang kren bukan milik TNB
TNB memaklumkan, lori berkenaan telah melanggar kabel telekomunikasi yang mana kabel tersebut bukan milik TNB.

THT juara Piala Sumbangsih, tamatkan penguasaan seteru TNB
Kemenangan THT malam tadi menamatkan siri kemenangan berturut-turut TNB yang muncul juara treble pada edisi lepas.

Menara Penghantaran Monopole TNB di Pulau Pinang mula beroperasi
Projek Menara Penghantaran Monopole TNB, yang bertujuan mengukuhkan bekalan elektrik di Pulau Pinang dengan nilai RM500 juta, telah memulakan operasi pada 22 Dis lepas.