KUALA LUMPUR: Pembangunan portal MYStartup sebagai tetingkap tunggal yang menghimpunkan syarikat pemula niaga akan menjadikan Malaysia sebagai hab pemula dan digital serantau, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.
Beliau berkata platform itu akan menyatukan pemain utama dalam ekosistem secara bersepadu yang memanfaatkan syarikat pemula, pelabur dan pihak berkepentingan.
Menurut Chang, Tetingkap Tunggal menawarkan gambaran menyeluruh dan dipacu data bagi ekosistem pemula, memudahkan penggubalan dasar dan meningkatkan kemudahan menjalankan perniagaan serta menyumbang kepada penciptaan dan pertumbuhan syarikat pemula tempatan sepanjang kitaran mereka.
"Malaysia berhasrat menjadi antara 20 negara terbaik dalam ekosistem pemula global menjelang 2030 dan meletakkan Kuala Lumpur sebagai hab pemula dan digital serantau.
"Dalam usaha mencapai visi ini, kementerian ini (MOSTI) bersama MyDigital Corporation sedang mempertingkatkan portal MyStartup sebagai Tetingkap Tunggal untuk ekosistem pemula Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan Anugerah Inovasi Teknologi Terbaik edisi ketiga di Technology Park Malaysia, Bukit Jalil di sini hari ini.
Chang berkata Tetingkap Tunggal dijangka diperkenalkan ketika pelancaran blueprint Kuala Lumpur 20 (KL20) pada April ini.
Beliau berkata kerajaan komited dalam membentuk ekosistem pemula yang dinamik, meletakkan negara sebagai hab utama untuk keusahawanan dan inovasi.
"Pada 2021, MOSTI telah melancarkan Pelan Hala Tuju Ekosistem Pemula Malaysia (SUPER) 2021-2030 yang menyasarkan 5,000 pemula menjelang 2025.
"Saya gembira untuk mengumumkan kita sudah mencapai lebih 3,900 syarikat pemula yang direkodkan dalam portal MYStartup," katanya.
Chang berkata majlis anugerah itu selaras dengan visi kerajaan untuk memperkukuhkan kapasiti inovasi negara serta membuka lebih banyak peluang kepada teknologi dan bakat baharu dalam sektor berkenaan.
Majlis anugerah dihoskan bersama Malaysiakini dan Digital News Asia itu, bertujuan mengiktiraf semua inovasi teknologi terobosan dan strategi perniagaan yang memberi impak dalam ekonomi digital hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 28 2024

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata, platform itu menyatukan pemain utama dalam ekosistem secara bersepadu yang memanfaatkan syarikat pemula, pelabur dan pihak berkepentingan. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.

Belanjawan 2024: Kerajaan sedia RM28 juta bangunkan platform MYStartup - Anwar
Kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM28 juta bagi membangunkan platform MYStartup sebagai tetingkap tunggal yang menghimpunkan syarikat pemula niaga.

Usahawan Pahang disaran sertai program MYStartup
Bilangan syarikat pemula di Pahang yang berdaftar masih berada pada tahap yang rendah iaitu hanya 13 syarikat daripada sektor edutech, agritech, e-dagang, logistik dan kesihatan.

Lebih 4,000 usahawan muda dapat manfaat program MYStartup
Seramai 4,304 usahawan di seluruh negara telah mendapat manfaat daripada program MYStartup anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).