SHAH ALAM:Semua peminjam pelajaran Yayasan Selangor diminta menyemak status masing-masing susulan inisiatif pelupusan pinjaman yang diumumkan Kerajaan Negeri Selangor menerusi 'Pakej Kita Selangor' pada Rabu lepas (20 Jan).
Yayasan Selangor dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan peminjam yang akan menerima manfaat pelupusan baki pinjaman itu adalah sebahagian graduan tajaan peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di institut pengajian tinggi (IPT) di bawah kerajaan negeri selain IPT awam serta swasta.
Menurut kenyataan itu, inisiatif Kerajaan Negeri Selangor tersebut akan memberi manfaat kepada 762 peminjam dengan implikasi kewangan berjumlah RM7.17 juta.
Bagaimanapun, peminjam yang berkemampuan membayar balik pinjaman pelajaran diminta meneruskannya mengikut jadual supaya dana yayasan itu akan sentiasa mencukupi bagi membiayai bantuan pendidikan semasa dan kegunaan generasi akan datang.
Kenyataan itu menyebut pelupusan baki pinjaman tersebut diberikan kerana menyedari ketidakmampuan peminjam melunaskannya susulan penularan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang memberi kesan kepada pendapatan golongan terlibat.
"Ia juga akan dapat meringankan beban peminjam dan juga waris yang dibelenggu masalah kewangan akibat kesan pandemik.
"Mereka yang ingin mengetahui status atau maklumat lanjut berkenaan pinjaman masing-masing boleh menghubungi Bahagian Pembiayaan Pendidikan secara e-mel di alamat hasil@yselangor.com atau menghubungi 03-7669 1100 sambungan 115/125/145/162/212/238," menurut kenyataan itu.
Yayasan Selangor turut memaklumkan pelupusan pinjaman itu tidak melibatkan sebarang peruntukan daripada kerajaan negeri kerana pihaknya beroperasi tanpa mendapat sebarang geran atau peruntukan daripada mana-mana pihak.
"Yayasan Selangor adalah sebuah syarikat berhad yang menjana dana sendiri melalui sumber-sumber yang dibenarkan dan memberikan bantuan serta perkhidmatan pendidikan kepada rakyat Selangor termasuk pemberian biasiswa, pembiayaan pinjaman pelajaran boleh ubah dan pelbagai program pendidikan lain," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 25 2021

Semua peminjam pelajaran Yayasan Selangor diminta menyemak status masing-masing susulan inisiatif pelupusan pinjaman.

Sentimen berhati-hati dorong ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit rendah kepada 4.4310/4440 berbanding dolar AS daripada 4.4310/4375 pada Khamis.

Tujuh premis termasuk kedai runcit, inap desa musnah dalam kebakaran di Kundasang
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Mangsa banjir di Beaufort tinggal 407 orang
Hanya empat PPS masih beroperasi iaitu Dewan PSP Dun Banir, Dewan Bisaya, Dewan Residensi Prima dan Dewan Kukut yang dibuka sejak 8 Mac.

Kanada fail aduan di WTO terhadap tarif keluli dan aluminium AS
Kanada telah minta rundingan penyelesaian pertikaian dengan AS berhubung pelaksanaan duti import ke atas produk keluli dan aluminium tertentu.

Kad Visa Touch ‘n Go eWallet guna pengesahan TapSecure bermula 17 Mac
Transaksi menggunakan kad visa boleh disahkan dengan hanya menekan satu butang sahaja dalam aplikasi Touch n Go eWallet pada peranti pintar.
AWANI Pagi: Pembudayaan "Zero Hunger" di kampus universiti
Diskusi 8:30 pagi Jumaat bersama Hasanul Basri Abdullah, Dekan, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Hanifah Eydel-Romero Pensyarah, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)dan Nuranita Dewi Abdullah, Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membincangkan mengenai projek "Zero Hunger" yang semakin diterima dan menjadi budaya di dalam kehidupan kampus warga Center of Foundation Studies, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM.
![[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah [KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/71550535175_slippingcashbribe.jpg)
[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah
Perbelanjaan politik sama ada secara terangan atau berselindung adalah sesuatu yang tidak dinafikan di dalam perjalanan politik terutama di dalam pilihan raya.
Prestasi S&P 500: Sehingga 13 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
"Pasaran Saham AS Menjunam: S&P 500 dalam Pembetulan Selepas Data Inflasi"
"Pasaran saham AS berakhir dengan penurunan mendadak pada hari Khamis, dengan S&P 500 mengesahkan ia berada dalam pembetulan selepas data inflasi yang sejuk dibayangi oleh kebimbangan bahawa perang tarif yang semakin memuncak oleh Amerika Syarikat terhadap rakan dagang terbesarnya boleh mencetuskan semula inflasi dan membawa ekonomi ke dalam kemelesetan. Saksikan analisis penuh tentang kejatuhan ini dan impaknya terhadap ekonomi global."
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 14 Mac 2025
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya lebih rendah apabila pelabur berhadapan situasi yang tidak menentu berpunca daripada ekonomi yang berpotensi untuk menguncup. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Khamis? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.

Inisiatif pelupusan pinjaman: Peminjam pelajaran Yayasan Selangor diminta semak status masing-masing
Inisiatif Kerajaan Negeri Selangor tersebut akan memberi manfaat kepada 762 peminjam dengan implikasi kewangan berjumlah RM7.17 juta.

Aset Yayasan Selangor dijual kerana tidak ekonomik - MB
Tindakan itu juga merupakan langkah penstrukturan semula Yayasan Selangor termasuk bagi mengurangkan beban hutang penyewaan dan pembiayaan pengajian berjumlah RM34 juta.

Mat Sabu anggap mandat sebagai Menteri Pertahanan satu cabaran besar
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu atau 'Mat Sabu' yang diumumkan sebagai Menteri Pertahanan hari ini, menganggap mandat yang diberikan kepadanya itu sebagai satu cabaran besar.