Kerajaan bersetuju mewujudkan inisiatif ‘MalaysiaMudah’ (#MyMudah) dalam usaha membantu syarikat dan perniagaan daripada dibebani peraturan tidak perlu, kerenah birokrasi serta mengurangkan kos perniagaan.
Selain itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, inisiatif tersebut bagi merangsang kewujudan peluang pekerjaan dan pembangunan ekonomi di negara ini.
Katanya, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin.
“Perdana Menteri memandang serius perkara tersebut, dan mengarahkan Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) melakukan intervensi dan bertindak sebagai badan penyelesai masalah dalam menanganinya.
“Melalui inisiatif ini, kementerian dan Kerajaan Negeri akan dapat mengurangkan peraturan tidak perlu serta meningkatkan kecekapan perfungsian dan operasi mereka.
“Kementerian dan Kerajaan Negeri juga diminta untuk menetapkan sasaran yang jelas dalam usaha mengurangkan kos pematuhan peraturan (termasuk jumlah prosedur dan jangka masa pemprosesan) yang dikenakan kepada syarikat dan perniagaan,” kata beliau dalam satu kenyataan pada Selasa.
Jelas Mustapa, pemilik syarikat dan perniagaan juga boleh mengemukakan permasalahan mereka melalui Portal Konsultasi Awam Dalam Talian, selain pelbagai sesi libat urus yang dilaksanakan oleh EAC dan MPC.
Permasalahan yang dibangkitkan, ujar beliau, akan dianalisa oleh Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH), seterusnya dibawa untuk siaran segera Mesyuarat EAC bagi dinilai sebelum keputusan dibuat.
“Keputusan yang dibuat di Mesyuarat EAC akan dilaksanakan oleh kementerian dan Kerajaan Negeri terbabit.
“PEMUDAH akan memantau prestasi setiap kementerian dan Kerajaan Negeri dan membuat laporan berkala kepada Majlis Tindakan Ekonomi.
“Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui MPC juga akan memberi panduan dan khidmat nasihat kepada semua kementerian dan Kerajaan Negeri dalam perlaksanaan inisiatif ini,” katanya.
Astro Awani
Tue Jul 21 2020
Menurut Mustapa, inisiatif tersebut juga bagi merangsang kewujudan peluang pekerjaan dan pembangunan ekonomi di negara ini. - Gambar - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
Malaysia sertai fasa kedua Jambatan Udara Kemanusiaan yang diterajui Jordan ke Gaza
Kementerian Luar berkata, penyertaan Malaysia dalam inisiatif itu dipermudahkan melalui kedutaannya di Amman.
Petronas jelaskan penamatan khidmat saluran gas hanya libatkan beberapa bahagian di Sarawak
Petronas berkata, keputusan dibuat selepas kajian menyeluruh terhadap kebolehlaksanaan bahagian khusus SSGP berkenaan.
Kerajaan disaran perkenal hukuman tegas atasi fitnah dalam batas dibenarkan undang-undang
Wan Ahmad Fauzi turut mencadangkan agar pendidikan mengenai bahaya fitnah dapat diterapkan pada peringkat awal, terutamanya dalam kalangan generasi muda.
Rupee India jatuh ke paras terendah dalam sejarah berbanding dolar AS
Rupee menyentuh paras terendah apabila indeks dolar melonjak selepas Presiden Donald Trump mengenakan tarif terhadap rakan dagangan utama.
Singapura rampas lebih 970,000 produk kesihatan haram pada 2024
Antara yang dirampas ialah sirap batuk kodeina merupakan majoriti, ubat perangsang seksual, ubat penenang serta ubat preskripsi lain.
OPEC+ tambah 5.8 juta tong minyak mentah sehari tampung bekalan dari Kanada, Mexico
Tindakan Donald Trump yang akan mengenakan tarif kepada negara rakan dagangnya akan memberi kesan terhadap pengeluaran minyak dan ekonomi logistik.
Lukashenko secara rasmi diisytihar pemenang Pilihan Raya Presiden Belarus
Lukashenko pertama kali dipilih sebagai presiden Belarus pada 1994 dan kemudian dipilih semula pada 2001, 2006, 2010, 2015 dan 2020.
10 Berita Pilihan - (3 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah umum pengebumian Hassan Nasrallah pada 23 Februari
Pengebumian rasmi pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah yang gugur syahid dalam serangan udara Israel di pinggir selatan ibu kota Beirut pada September lalu akan diadakan pada 23 Februari ini.
Tumpuan Selasa – 4 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Blok Afrika Timur suara 'kebimbangan' terhadap krisis Sudan
Blok itu menyeru kedua-dua pihak untuk menyelesaikan konflik secara baik melalui mekanisme penyelesaian konflik yang ada di peringkat serantau, benua dan antarabangsa.
Lesen Pendudukan Sementara: MAFI akan berbincang dengan kerajaan-kerajaan negeri - PM
Kerajaan bersetuju supaya Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) berbincang dengan Kerajaan-kerajaan Negeri bagi menangani masalah tempoh Lesen Pendudukan Sementara (TOL).
Penguatkuasaan SOP perlu ada penyelarasan supaya tidak bertindan - EAC
Industri memaklumkan, sekiranya pemantauan SOP tidak diselaraskan, akan terdapat pertindihan.
Pertimbangkan semula pelaksanaan GST untuk manfaat rakyat - Pakar ekonomi
Kerajaan harus mempertimbangkan semula pelaksanaan GST yang merupakan sistem cukai yang lebih menyeluruh dan adil yang dapat membantu meningkatkan pendapatannya.
PM pengerusi Mesyuarat EAC di Melaka
Mesyuarat EAC yang bersidang setiap Isnin bagi menangani cabaran ekonomi negara yang tidak menentu susulan pandemik COVID-19 itu, julung kali dilakukan di luar ibu kota.
Inisiatif #MyMudah atasi kerenah birokrasi, peraturan bebani perniagaan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata, inisiatif tersebut juga bagi merangsang kewujudan peluang pekerjaan dan pembangunan ekonomi di negara ini.
MKB sebagai platform tertinggi perkasa pembangunan sosio-ekonomi Bumiputera
Majlis Kemakmuran Bumiputera bertujuan menjadi platform tertinggi dalam usaha memperkasa pembangunan sosio-ekonomi Bumiputera.
Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC) diaktifkan semula
MYSPC ditubuhkan untuk menyelaras agenda kesejateraan social yang holistik dan bersepadu.
PKP: BOBBLE tidak ambil kesempatan buang pekerja
Malisse Tan berkata ia sememangnya tempoh yang sukar buat semua syarikat PKS dan beliau berusaha mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk mengekalkan pekerjanya.
Bridget Lai, Datu Abang Halmi Ikhwan dilantik sebagai anggota EAC
Tokoh ekonomi dari Sabah dan Sarawak dilantik sebagai anggota Majlis Tindakan Ekonomi (EAC), menjadikan jumlah terkini anggotanya adalah 13 orang.