Biarpun sedang melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua yang bermula pada Rabu, syarikat pengeluar penjagaan kebersihan wanita BOBBLE tidak mengambil kesempatan membuang pekerjanya.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Malisse Tan berkata, ia sememangnya tempoh yang sukar buat semua syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan beliau sedang berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik untuk mengekalkan pekerjanya.
Bagaimanapun, Malisse akui, terpaksa memotong gaji pekerjanya sebanyak 50 peratus bermula April.
Katanya, ia merupakan langkah terakhir yang diambilnya bagi mengelakkan pekerjanya daripada menganggur.
“Saya juga tidak mengambil gaji bermula April ini.
“Bagi pekerja yang dipotong gaji 50 peratus, saya memberikan kelonggaran kepada mereka untuk bekerja separuh masa.
“Pada masa yang mereka tidak bekerja dengan BOBBLE, mereka dibenarkan untuk mencari sumber pendapatan yang lain,” kata Malisse ketika dihubungi Astro AWANI.
Beliau memberikan kebebasan kepada pekerjanya untuk membuat keputusan sama ada mereka ingin bekerja sepenuh masa dengan pemotongan gaji atau mencari sumber pendapatan yang lain.
Mengulas mengenai pelan kontingensi dalam mengharungi PKP yang tamat pada 14 April ini, katanya, beliau sendiri turut mengambil alih tugasan penghantaran produk kepada pelanggan.
“Saya mengawasi dan memantau operasi penghantaran produk kepada pelanggan, iaitu sama ada saya membuat penghantaran tersebut atau mencari alternatif yang paling sesuai.
“Menerusi cara ini juga, saya dapat mengurangkan individu yang menyentuh produk tersebut sebelum dihantar kepada pelanggan saya,” tambah Malisse.
Dalam perkembangan yang sama, beliau memuji Program Subsidi Upah yang diperkenalkan kerajaan dengan menyediakan upah sebanyak RM600 sebulan bagi setiap pekerja untuk tempoh tiga bulan.
“RM600 sebenarnya banyak membantu. Saya berharap kerajaan akan memantau suku kewangan ini dengan lebih dekat.
“Hal ini kerana terdapat tiga hingga empat juta pekerja yang masih berhempas pulas untuk meneruskan kehidupan,” ujarnya.
Pada Rabu, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kerajaan akan menambah baik bantuan yang akan diberikan kepada PKS bagi menangani masalah kewangan kesan pandemik COVID-19 yang berterusan.
Katanya, berita baik tersebut akan diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada minggu hadapan, selepas semua hasil mesyuarat di peringkat kementerian, dibawa kepada Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC).
Isabelle Leong
Fri Apr 03 2020
Malisse berkata beliau memberi kebebasan kepada pekerjanya untuk membuat keputusan sama ada mereka ingin bekerja sepenuh masa dengan pemotongan gaji atau mencari sumber pendapatan yang lain. - Astro AWANI
Malaysia sertai fasa kedua Jambatan Udara Kemanusiaan yang diterajui Jordan ke Gaza
Kementerian Luar berkata, penyertaan Malaysia dalam inisiatif itu dipermudahkan melalui kedutaannya di Amman.
Petronas jelaskan penamatan khidmat saluran gas hanya libatkan beberapa bahagian di Sarawak
Petronas berkata, keputusan dibuat selepas kajian menyeluruh terhadap kebolehlaksanaan bahagian khusus SSGP berkenaan.
Kerajaan disaran perkenal hukuman tegas atasi fitnah dalam batas dibenarkan undang-undang
Wan Ahmad Fauzi turut mencadangkan agar pendidikan mengenai bahaya fitnah dapat diterapkan pada peringkat awal, terutamanya dalam kalangan generasi muda.
Rupee India jatuh ke paras terendah dalam sejarah berbanding dolar AS
Rupee menyentuh paras terendah apabila indeks dolar melonjak selepas Presiden Donald Trump mengenakan tarif terhadap rakan dagangan utama.
Singapura rampas lebih 970,000 produk kesihatan haram pada 2024
Antara yang dirampas ialah sirap batuk kodeina merupakan majoriti, ubat perangsang seksual, ubat penenang serta ubat preskripsi lain.
OPEC+ tambah 5.8 juta tong minyak mentah sehari tampung bekalan dari Kanada, Mexico
Tindakan Donald Trump yang akan mengenakan tarif kepada negara rakan dagangnya akan memberi kesan terhadap pengeluaran minyak dan ekonomi logistik.
Lukashenko secara rasmi diisytihar pemenang Pilihan Raya Presiden Belarus
Lukashenko pertama kali dipilih sebagai presiden Belarus pada 1994 dan kemudian dipilih semula pada 2001, 2006, 2010, 2015 dan 2020.
10 Berita Pilihan - (3 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah umum pengebumian Hassan Nasrallah pada 23 Februari
Pengebumian rasmi pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah yang gugur syahid dalam serangan udara Israel di pinggir selatan ibu kota Beirut pada September lalu akan diadakan pada 23 Februari ini.
Tumpuan Selasa – 4 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PKP: BOBBLE tidak ambil kesempatan buang pekerja
Malisse Tan berkata ia sememangnya tempoh yang sukar buat semua syarikat PKS dan beliau berusaha mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk mengekalkan pekerjanya.