KUALA LUMPUR:Pandemik COVID-19 membuka mata semua pihak berkaitan di negara ini dalam menambah baik kualiti perkhidmatan kepada rakyat.
Dalam konteks akses dan jaringan internet, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek mengakui, rangkaian sedia ada tidak mampu menampung permintaan yang meningkat dengan mendadak.
“Apabila pandemik COVID19 ini berlaku, sememangnya ia membuka mata semua orang. Bukan hanya pihak MCMC sahaja, tetapi semua, agensi kerajaan dan juga pengguna.
“Kalau kita imbas kembali, pihak MCMC memang dari dahulu telah menyatakan berkenaan kepentingan internet, tetapi penggunaan internet tidak begitu tinggi, mungkin disebabkan kita sebagai pengguna tidak nampak manfaatnya.
“Namun, apabila COVID-19 berlaku, banyak aktiviti yang sebelum ini kita tidak endah seperti rutin harian ke sekolah atau ke dewan kuliah sebagai pelajar, kerana itu adalah norma kita.
"Walhal sekarang norma kini berlainan.
“Kita ke kuliah juga, tetapi kuliah kita depan komputer lantaran kebanyakan kuliah dan pembelajaran telah digerakkan daripada secara bersemuka kepada dalam talian.
“Jadi, keperluan internet itu tiba-tiba meningkat dengan begitu mendadak.
"Sebab itu, kita sedar, rangkaian sedia ada hari ini tidak dapat menampung penggunaan internet yang tiba-tiba mendadak,” katanya dalam temu bual bersama Astro AWANI.
Tambahnya, capaian yang kurang memuaskan terutama ketika pandemik COVID-19 telah menyebabkan MCMC perlu merancang semula pelan pembangunannya.
Malah, beliau akui pihaknya terus mengeratkan kerjasama dengan pihak industri bagi memastikan perkhidmatan rangkaian internet berjaya ditingkatkan.
“Kalau kita andaikan jalan kampung. Hari-hari kita guna jalan itu, tidak menjadi masalah, tetapi apabila datangnya musim perayaan, ia akan menyebabkan kesesakan kerana terdapat penignkatan bilangan kenderaan melalui tempat tersebut.
“Kita tahu, jalan itu tidak boleh secara tiba-tiba dilebarkan dalam sekelip mata. Begitu juga dengan rangkaian.
“Kita sedar ia tidak mencukupi. Kita telah bergegas untuk merancang semula bagaimana rangkaian ini perlu disediakan dan perlu ditingkatkan hasil pendekatan yang dilaksanakan secara segera bersama pihak industri."
BACA: Pelajar jatuh jambatan cari talian internet, MCMC sediakan penyelesaian
BACA: Tiga menara telekomunikasi akan dibina berhampiran Kampung Gusi - MCMC
BACA: MCMC ambil pendekatan responsif tangani masalah capaian internet seluruh negara
Menurut beliau, usaha merapatkan jurang digital dari perspektif rangkaian menjadi fokus MCMC ketika ini.
Selain rangkaian mudah alih, MCMC kini berusaha melebarkan gentian optik di kawasan pinggir dan luar bandar.
“Jadi apabila kita kata kita ingin mengurangkan jurang digital, ia akan mengambil pendekatan melebarkan gentian optik dari bandar ke kawasan pinggir bandar yang mana ia boleh sampai ke kawasan luar bandar atau setidak-tidaknya sehingga ke menara telekomunikasi.
“Untuk rangkaian mudah alih kita ingin lebarkan liputan 4G dengan meliputi kawasan luar bandar juga. 3G akan ditutup agar ia ditambah dan dinaik taraf hingga 4G.
“Apabila kita melaksanakan itu, liputan gentian optik lebih jauh iaitu hingga ke luar bandar. Liputan 4G akan setara baik di bandar ataupun di luar bandar,” ujarnya.
Beliau optimis, menerusi inisiatif itu jurang digital dari aspek rangkaian internet dapat dikurangkan.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Dec 02 2020

MCMC optimis, jurang digital dari aspek rangkaian internet dapat dikurangkan menerusi pelaksanaan inisiatif Jendela. - Gambar hiasan

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

DLE pacu kepimpinan digital, Malaysia sasar kuasa teknologi serantau
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya dalam arena digital serantau menerusi Program Kecemerlangan Kepimpinan Digital (DLE), inisiatif strategik yang dirangka untuk membangunkan pemimpin masa hadapan

Pengguna media sosial diingatkan berpada-pada komen isu libat kaum - Fahmi
Pengguna media sosial diingatkan berpada-pada dalam mengemukakan pendapat melibatkan kaum di media sosial, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Lapan individu dipanggil bantu siasatan kandungan palsu, jelik kait Institusi Diraja - MCMC
Kandungan tersebut didakwa boleh menimbulkan kekeliruan serta kebencian terhadap Institusi Diraja.

Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi
Sebanyak 5,026 laman sesawang perjudian telah disekat, manakala 224,403 kandungan berkaitan perjudian dalam talian di platform media sosial diturunkan sejak tahun 2022 hingga 1 Februari lalu.

Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah, universiti awam
Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian akan dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah dan universiti awam di seluruh negara.

Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC
MCMC melakukan siasatan terhadap enam individu yang dipercayai telah memuat naik kandungan berunsur palsu dan jelik melibatkan Yang di-Pertuan Agong.

3,149 titik akses wi-fi siap dipasang di tiga universiti awam bagi fasa pertama - Fahmi
Sebanyak 3,149 titik akses wi-fi siap dipasang di tiga universiti awam menerusi fasa pertama dalam usaha meningkatkan capaian internet di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA).

'Terima kasih atas segala fitnah dan tohmahan, saya lepaskan jawatan' - Naib Canselor UKM
Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa, Ahad.

Manfaatkan NADI untuk tingkatkan taraf hidup, perkasa kemahiran - Dr Wan Azizah
Masyarakat digesa agar memanfaatkan kewujudan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk meningkatkan taraf hidup dan memperkasakan kemahiran diri.

Mahkamah Tinggi tolak permohonan peguam mulakan prosiding semakan kehakiman terhadap MCMC
Mahkamah Tinggi George Town telah menolak permohonaan seorang peguam untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).