"Tak sangka keinginan bertemu dengan semua anggota keluarga merupakan permintaan terakhirnya sebelum pergi meninggalkan kami buat selamanya," kata sepupu kepada Affiah Ariffin Hew, 23, yang meninggal dunia susulan kemalangan ketika bermain ski di Perancis.
Kemalangan membabitkan pelajar University of Nantes itu berlaku di Nice pada Jumaat dan Affiah meninggal dunia sehari kemudian (awal pagi Ahad di Malaysia).
Mohammed Alif Mohamed Omar, 29, berkata kehilangan Affiah memberi kesan mendalam kepada seluruh anggota keluarga.
"Allahyarham seorang yang sangat peramah dan sering mengambil berat tentang orang lain...dia akan membantu sesiapa sahaja termasuk rakan dan keluarga," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
"Kali terakhir saya berjumpa dengannya pada dua bulan lepas ketika arwah balik untuk cuti semester, arwah datang ke kedai makan saya bersama keluarganya dengan memesan pelbagai jenis makanan sehinggakan ibunya sendiri menggelengkan kepala," kata Mohammed Alif.
Mohammed Alif berkata ibu Affiah, Latipah Madon, kini dalam usaha untuk membawa jenazah pulang untuk dikebumikan di Malaysia.
"Jika tiada masalah, jenazah Affiah akan dibawa pulang ke Malaysia dalam masa tiga hari dan terus dihantar ke rumahnya di Damansara," katanya.
Mohammed Alif mengakui masih belum mendapat maklumat lanjut mengenai kejadian sebenar yang menimpa sepupunya itu.
Sementara itu, Kementerian Luar menerusi kenyataan hari ini mengesahkan kejadian itu dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.
"Pihak kementerian sedia memberi bantuan kepada keluarga mangsa dalam proses membawa jenazah ke tanah air," kata kenyataan itu.
Affiah merupakan anak sulung daripada dua beradik.
Mangsa dikejarkan ke Hospital Pasteur di Nice selepas kemalangan itu sebelum meninggal dunia ketika menerima rawatan.
Bernama
Tue Jan 26 2016

Kemalangan membabitkan pelajar University of Nantes itu berlaku di Nice pada Jumaat dan Affiah meninggal dunia sehari kemudian (awal pagi Ahad di Malaysia). - Gambar fail
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Ingin jumpa semua anggota keluarga permintaan terakhir Affiah - Sepupu
Mohammed Alif Mohamed Omar, 29, berkata kehilangan Affiah memberi kesan mendalam kepada seluruh anggota keluarga.