KUALA LUMPUR: Seorang mangsa kebakaran Blok 70, Flat Sri Sabah, Cheras, tidak menyangka bau asap semasa sedang berehat di rumahnya di tingkat 17, rupanya datang daripada rumah jiran yang sedang terbakar.
Loo Choon Ming, 39, yang menetap di rumah itu sejak kecil berkata, ketika kejadian, dia berada di ruang tamu sedang menonton televisyen bersama ibunya berumur 62 tahun selepas meraikan sambutan Tahun Baharu Cina bersama rakan dan saudara-mara.
"Saya sedang menonton televisyen apabila tiba-tiba terhidu bau asap. Pada mulanya saya tidak mengendahkannya kerana menyangkakan bau asap bunga api.
"Namun, apabila bau itu kuat menyebabkan saya terdetik hati untuk menjenguk keluar dan terkejut apabila mendapati rumah jiran sedang terbakar," katanya kepada pemberita, di sini, malam tadi.
Melihat keadaan itu, dia bersama rakannya berusaha untuk memadamkan kebakaran hampir 20 minit, namun tidak berjaya menyebabkannya bergegas masuk ke dalam rumah untuk menyelamatkan ibunya yang sudah tua, tanpa sempat mengambil barangan lain.
Paling dikesalkan apabila pili bomba yang disediakan di setiap aras flat berkenaan tidak berfungsi menyebabkan kebakaran merebak dengan cepat.
Sementara itu, seorang lagi saksi kejadian Rohani Hamzah, 60 mendakwa, dia melihat cahaya terang pada bahagian dapur unit tengah diikuti bunyi letupan kemudiannya merebak ke rumah di kiri dan kanan tingkat sama.
Dia yang menetap di blok berkenaan sejak 2012 itu berkata, ia kemudian diikuti dengan lebih banyak bunyi letupan dipercayai daripada tong gas.
S. Vijayaletchumi, 34, berkata dia mula menyedari berlaku kebakaran bermula dari sebuah unit sebelum merebak ke unit lain pada 8.45 malam.
Katanya, bomba mula tiba ke lokasi 10 minit selepas kejadian disedari namun tidak dapat memasuki blok berkenaan akibat terhalang dengan kenderaan yang diletakkan di bahu jalan. - BERNAMA
Bernama
Mon Feb 12 2024

Imej menunjukkan sebuah unit kediaman di Flat Sri Sabah di ibu negara yang terbakar malam tadi.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Ibu, anak cemas terperangkap dalam kebakaran rumah
Seorang wanita dan anak lelakinya berdepan detik cemas selepas terperangkap dalam kebakaran di rumah mereka di Jalan SS 19/1c- SS19, Subang Jaya pagi ini.

10 maut, tiga cedera dalam runtuhan bangunan di Mesir
Letupan berlaku di tingkat dua bangunan tiga tingkat di kawasan kerdasa berhampiran piramid Giza.

Jenazah lima beranak rentung dikebumi dalam satu liang lahad
Hujan renyai mengiringi pengebumian jenazah lima beranak yang maut dalam kebakaran rumah di Kampung Berangan Enam, Umbai di sini pada Khamis lepas.

Ladang ganja terbakar, satu kampung khayal
Kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas di tingkat dua bangunan komersial empat tingkat di mana ganja itu ditanam.

Penternak kerugian apabila 48,000 ekor ayam hangus terbakar
Kemusnahan dalam kebakaran itu dianggarkan 80 peratus dan api berjaya dikawal pada jam 12.46 tengah malam.

Lima sekeluarga rentung: 'Kita semua pinjaman' - Wan Azizah titip kata semangat buat Muhammad Khairuddin
Wan Azizah turut memberikan kata-kata semangat dan meminta Muhammad Khairuddin supaya tabah dan redha dalam menghadapi ujian Allah S.W.T.

6 maut, 7 cedera dalam kebakaran tapak pembinaan di Busan
Enam pekerja maut dan tujuh lagi cedera dalam kebakaran di tapak pembinaan sebuah hotel di bandar pelabuhan di tenggara Busan pada Jumaat.

Kebakaran stesen janakuasa: TNB jalankan pemeriksaan, pemulihan
Setakat malam tadi, tiada sebarang kecederaan membabitkan warga kerja TNB mahupun orang awam dilaporkan.

TNB sahkan insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, keadaan terkawal
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden kebakaran berlaku di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson malam ini.

Gerai mercun terbakar, lima kenderaan musnah
Lima kenderaan musnah selepas sebuah gerai menjual mercun terbakar di Jalan Dataran Cheras 6, Dataran Perniagaan Cheras.