LONDON: Industri tekstil negara khususnya fabrik unik dan kreatif seperti tenunan serta batik berpotensi besar untuk membawa negara ke persada antarabangsa dan menjadi komoditi menguntungkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Melahirkan keyakinan industri negara seperti Tenun Pahang Diraja, batik, songket dan tekat berdaya maju untuk diketengahkan di mata dunia, beliau berkata industri tekstil negara mampu menarik ramai orang sekali gus menjana pendapatan.
"Saya percaya jika promosi besar-besaran dapat dilakukan (bagi memperkenal industri tekstil negara seperti tenunan dan batik) di London, ia mampu menarik pelancong yang datang ke kota ini," katanya kepada wartawan Malaysia di sini.
Ismail Sabri, yang tiba di ibu negara United Kingdom pada awal pagi Selasa, melawat Pameran Tenun Pahang Diraja yang diadakan buat julung kalinya di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square.
Terdahulu, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menerima menghadap Ismail Sabri serta delegasi dan kemudian melawat Pameran Tenun Pahang Diraja yang bermula semalam hingga Ahad ini.
Tunku Azizah, yang memperjuangkan program tenunan tanah air, turut berkenan memberi penjelasan kepada Ismail Sabri berkaitan pameran itu, yang antara lain memperagakan tenunan dari penjara dan menampilkan busana tenunan termasuk koleksi persalinan tenun Raja Permaisuri Agong.
Perdana Menteri, yang sedang dalam perjalanan ke Washington DC bagi menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat, berada di London untuk melawat pameran itu dan menghadiri majlis Hari Raya Aidilfitri Keluarga Malaysia bersama rakyat Malaysia yang menetap di United Kingdom.
Ismail Sabri, yang merupakan Ahli Parlimen Bera, melahirkan rasa bangga dengan sambutan memberangsangkan Pameran Tenun Pahang Diraja 'menyulam harapan' sempena Minggu Kraf London kerana ia melibatkan hasil kreativiti penghuni Penjara Penor dan Bentong di Pahang.
Beliau berkata program tenunan seumpamanya boleh ditambah baik termasuk dari segi latihan dan kemahiran serta mendapat sokongan orang ramai.
Merujuk cadangan kerajaan Pahang untuk menubuhkan pusat tenunan di Pekan, Perdana Menteri percaya lebih banyak pendidikan latihan teknikal dan vokasional dalam industri tekstil negara akan dapat diwujudkan.
Beliau tidak menolak kemungkinan lebih banyak institut latihan berkaitan industri tekstil negara akan diwujudkan pada masa depan.
Ismail Sabri, yang turut mempelopori pemakaian batik pada setiap Khamis dalam kalangan penjawat awam dan Ahli Parlimen, berkata beliau bangga batik negara kini semakin diterima dan pemakaiannya semakin menggalakkan.
Perdana Menteri dan delegasi kemudian berlepas ke Washington DC pada 5 petang waktu tempatan (12 tengah malam waktu Malaysia).
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 10 2022
![Industri tekstil negara berpotensi besar - PM Industri tekstil negara berpotensi besar - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71652196993_RajaPermaisuriAgon.jpg)
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (kanan) bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua, kanan) melawat pameran Tenun Pahang Diraja yang dipamerkan di London Craft Week. - Foto BERNAMA
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Batik Malaysia: Jadilah jauhari yang mengenal manikam, elak ditipu terbeli tiruan Batik Malaysia: Jadilah jauhari yang mengenal manikam, elak ditipu terbeli tiruan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694878624_TBbatik.jpg)
Batik Malaysia: Jadilah jauhari yang mengenal manikam, elak ditipu terbeli tiruan
Pada sesi taklimat media bersama Kraftangan Malaysia tentang industri batik negara ini, ramai pengamal media termasuk penulis, gagal membezakan antara batik Malaysia dan batik cetak - batik yang dibaw
![Vietnam kurangkan impak alam sekitar babitkan industri pakaian tekstil menjelang 2030 Vietnam kurangkan impak alam sekitar babitkan industri pakaian tekstil menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81669879876_pakaian.jpg)
Vietnam kurangkan impak alam sekitar babitkan industri pakaian tekstil menjelang 2030
Pembangunan hijau (green growth) adalah antara sektor penting dalam pembangunan mampan.
![Industri tekstil, pakaian, kasut sumbang RM1.21 bilion kepada KDNK pada suku kedua 2022 - MITI Industri tekstil, pakaian, kasut sumbang RM1.21 bilion kepada KDNK pada suku kedua 2022 - MITI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/81481254270_Songket.jpg)
Industri tekstil, pakaian, kasut sumbang RM1.21 bilion kepada KDNK pada suku kedua 2022 - MITI
Industri tekstil, pakaian dan kasut menyumbang RM1.21 bilion atau 0.3 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara pada suku kedua 2022.
![Industri tekstil negara berpotensi besar - PM Industri tekstil negara berpotensi besar - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71652196993_RajaPermaisuriAgon.jpg)
Industri tekstil negara berpotensi besar - PM
Industri tekstil negara khususnya fabrik unik dan kreatif seperti tenunan serta batik berpotensi besar untuk membawa negara ke persada antarabangsa dan menjadi komoditi menguntungkan.
![Manfaatkan kapasiti industri tekstil bagi pengeluaran massa PPE - Ahli Ekonomi Manfaatkan kapasiti industri tekstil bagi pengeluaran massa PPE - Ahli Ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/71585554935_RadzuanRadziwill.jpg)
Manfaatkan kapasiti industri tekstil bagi pengeluaran massa PPE - Ahli Ekonomi
Sudah sampai masanya kerajaan memberi perhatian kepada industri ini susulan keupayaannya mengeluarkan PPE.
![MITC bakal tarik pelaburan RM500 juta syarikat multinasional MITC bakal tarik pelaburan RM500 juta syarikat multinasional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/61581474632_presidendewanperda.jpg)
MITC bakal tarik pelaburan RM500 juta syarikat multinasional
Dewan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITC) bakal menarik pelaburan asing kira-kira RM500 juta menerusi syarikat multinasional usahasama MITC untuk melabur di negara ini dalam industri seperti miny
![Industri tekstil hadapi masalah kekurangan tenaga kerja yang kritikal - MTMA Industri tekstil hadapi masalah kekurangan tenaga kerja yang kritikal - MTMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/71478515354_TextileIndustry.jpg)
Industri tekstil hadapi masalah kekurangan tenaga kerja yang kritikal - MTMA
Industri tekstil Malaysia mengalami masalah kekurangan pekerja yang kritikal selain akan menjejaskan aliran masuk pelaburan.
![Industri tekstil Malaysia akan berkembang melalui TPPA Industri tekstil Malaysia akan berkembang melalui TPPA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/71478515354_TextileIndustry.jpg)
Industri tekstil Malaysia akan berkembang melalui TPPA
Industri tekstil Malaysia tidak akan menjadi industri yang malap berikutan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) menjanjikan pelaburan yang akan meningkat.