Industri tekstil Malaysia tidak akan menjadi industri yang malap berikutan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) menjanjikan pelaburan yang akan meningkat.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk J. Jayasiri berkata Malaysia boleh memanfaatkan peraturan 'yarn-forward' dan memenuhi keperluan pengeluar tekstil dan pakaian, serta pengguna dalam kalangan negara-negara yang memeterainya.
Peraturan 'yarn-forward' menetapkan sumber bahan tekstil yang diperoleh daripada negara-negara anggota TPP layak untuk mendapat status bebas cukai perjanjian perdagangan itu.
"Anggota TPPA dikehendaki mendapatkan input daripada anggota, mewujudkan peluang pelaburan untuk menghasilkan input.
"Malah, sebelum perjanjian itu berkuat kuasa, kami mula melihat pelabur (asing) datang ke Malaysia berikutan mereka mendapati negara ini pilihan yang baik untuk menghasilkan bekalan input ke pasaran ini," katanya, sambil menambah pengeluar tempatan turut memperluaskan operasi dalam menghasilkan barangan 'yarn forward'.
Beliau berkata demikian kepada Bernama di luar seminar selama tiga hari, bertemakan 'Unboxing TPPA for Business Strategy for the Textile and Apparel Industry' anjuran Persatuan Pengeluar Tekstil Malaysia di sini hari ini.
Jayasiri berkata industri ini menawarkan pelbagai peluang dan Malaysia boleh merebut pembuatan produk berasaskan sintetik dan pakaian mewah, merupakan produk dengan nilai tambah yang tinggi, yang perlu digalakkan oleh negara.
Beliau berkata memandangkan perjanjian itu menetapkan peruntukan senarai 'short-supply, yang memberi pengecualian untuk negara anggota TPPA membeli bahan mentah daripada bukan anggota, Malaysia akan meraih manfaat daripadanya untuk suatu tahap tertentu.
"Penggiat industri perlu lebih inovatif, memacu produktiviti dan kos yang berdaya saing untuk memanfaatkan peluang di bawah TPPA," katanya.
Beliau berkata eksport semasa tekstil Malaysia ke pasaran TPPA sebanyak RM5.3 bilion dan ia dijangka meningkat dalam tempoh dua tahun apabila perjanjian perdagangan itu berkuat kuasa.
Mengenai bantahan terhadap TPPA oleh calon-calon presiden Amerika Syarikat (AS), katanya Malaysia telah dimaklumkan baru-baru ini bahawa Pentadbiran AS berusaha untuk membawa perjanjian perdagangan itu melalui Kongres.
Jayasiri berkata dikatakan Presiden AS Barrack Obama boleh membentangkan Rang Undang-Undang TPPA kepada Kongres walaupun sebelum presiden baharu dilantik dan jika ia lulus, presiden baharu perlu melaksanakan keputusan tersebut.
"Ratifikasi dan penyertaan AS dalam perjanjian itu penting berikutan ia membentuk 85 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam kalangan 12 negara anggota.
"Semua negara anggota perlu meratifikasi dalam tempoh 24 bulan selepas pemeteraian, dan jika ia tidak berlaku, langkah seterusnya ialah sekurang-kurangnya enam buah negara, yang menyumbang 85 peratus daripada (jumlah) KDNK, masih boleh melaksanakan perjanjian itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 07 2016
Malaysia boleh memanfaatkan peraturan 'yarn-forward' dan memenuhi keperluan pengeluar tekstil dan pakaian, serta pengguna dalam kalangan negara-negara yang memeterainya. - Gambar hiasan
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi
Kerajaan juga harus wujudkan sebuah dasar yang jelas supaya kepentingan e-sukan ini mampu diperkembangkan ke masa hadapan.
Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism
Kerajaan sentiasa memandang serius terhadap penularan ideologi dan aliran pemikiran yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti ideologi liberalism dan pluralism agama.
Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) memperuntukkan RM3.37 juta pada tahun ini bagi memastikan keterjaminan makanan negara.
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Jokowi ke Abu Dhabi untuk perbincangan dengan Presiden UAE mengenai kerjasama
Presiden Jokowi dijadual bertemu rakan sejawatannya dari UAE pada 17 Julai.
Penyasaran subsidi bukan untuk menyusahkan rakyat - Rafizi
Rafizi mengakui jika penyasaran subsidi tidak dibuat segera kadar unjuran ekonomi negara akan menjadi lebih teruk.
Penglibatan dalam BRI perkukuh perkongsian ekonomi Malaysia-China - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata ia telah mencetuskan projek transformasi yang meningkatkan kesalinghubungan dan pembangunan ekonomi.
BRICS: Kenapa Malaysia harus terikat dengan satu blok sahaja? - PM Anwar
Malaysia tidak harus terikat dengan satu blok sahaja sedangkan ada blok baharu yang meningkat naik, tidak lagi bergantung kepada kuasa besar seperti Amerika Syarikat.
Kos sara hidup: Indikator baharu perlu lihat banyak dimensi, tangani kartel dan monopoli
Perbelanjaan yang menentukan inflasi dan kos sara hidup berbeza mengikut tempat dan persekitaran, dan tidak hanya tertumpu pada mereka yang berada di bandar sahaja.
Permintaan tenaga buruh melemah, pengangguran meningkat
Kadar pengangguran di Jerman pada Jun meningkat sebanyak 4,000 orang secara bulanan mencecah 2.73 juta, menjadikan kadar pengangguran negara itu pada 5.8 peratus.
Indeks Daya Saing: Jangan salahkan kerajaan, ini masalah struktur - Pengarah MINDA-UKM
Kedudukan Malaysia yang merosot dalam Indeks Daya Saing Global IMD 2024 tidak wajar dipersalahkan kepada kerajaan semasa.
Isu BlackRock: Ahmad Zahid sifatkan kenyataan Tok Mat bersifat peribadi
Ahmad Zahid menjelaskan kenyataan yang dikeluarkan Mohamad Hasan berhubung dakwaan penyertaan syarikat BlackRock Inc dalam penstrukturan semula MAHB bersifat peribadi.
WEF China membuka tirai, tangani indikator negatif ekonomi global
Lima indikator negatif tersebut termasuk faktor geopolitik (79 peratus), paras hutang (68 peratus) dan polarisasi sosial (65 peratus).
[KOLUMNIS] Kejatuhan daya saing negara: 'Jangan panik tetapi mesti risau'
Kedudukan daya saing Malaysia umumnya menurun dari tahun ke tahun sejak bertahun yang lalu.