KUALA LUMPUR: Industri sawit perlu sentiasa bersedia untuk menerima perubahan dari segi penggunaan teknologi baharu dalam era penuh mencabar serta dapat meningkatkan kecekapan dan pengeluaran, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata perubahan itu termasuk menggunapakai konsep Revolusi Industri Keempat (IR4.0), penggunaan kecerdasan pintar (AI) dan Internet Pelbagai Benda (IoT) seperti teknologi pendigitalan dan automasi dalam penambahbaikan proses pengilangan sedia ada.
"Konsep kilang sawit pintar berteraskan pembuangan sifar merupakan hala tuju industri sawit dan ini mampu memberi dimensi baharu dalam sektor pengilangan, terutama dari segi aspek kecekapan dan pemantauan operasi yang berterusan serta mesra pengguna.
"(Antara) kilang sawit pintar dibangunkan adalah atas inisiatif Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dengan kerjasama pihak industri iaitu Fusionex Group," katanya dalam ucapan perasmian Seminar Kebangsaan Mengenai Alam Sekitar, Kualiti Pengilangan dan Penapisan Minyak Sawit 2022 (POMREQ 2022) di sini, hari ini.
Ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Zurinah Pawanteh.
Fadillah juga menyarankan supaya usaha mengurangkan jejak karbon bagi produk sawit dititikberakan sejajar dengan perkembangan dan permintaan produk mesra alam yang telah menjadi permintaan pasaran antarabangsa.
Ini juga seiring dengan komitmen Malaysia dalam mencapai sasaran Pelepasan Gas Rumah Kaca (GHG) sifar bersih seawal-awalnya pada 2050.
Berikutan itu, kata beliau, industri sawit mempunyai peranan yang penting terutamanya meningkatkan usaha pemerangkapan biogas di kilang sawit.
"MPOB misalnya telah membangunkan teknologi pemerangkapan biogas dan bekerjasama dengan pihak industri untuk meluaskan aplikasi biogas.
"Mengikut data MPOB setakat 2021, sejumlah 135 buah kilang sawit yang telah memasang sistem biogas iaitu 30 peratus daripada jumlah kilang sawit sedia ada manakala 15 buah kilang dalam proses pembinaan dan 130 buah kilang dalam perancangan pemasangan sistem biogas," katanya.
Dalam pada itu, Fadillah turut berkongsi mengenai populariti minyak sawit keledak bagi pasaran eksport terutama ke negara-negara Eropah sebagai bahan mentah untuk pengeluaran biobahan api.
"Minyak sawit berkualiti rendah dari kilang sawit yang perlu diasingkan ini bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti minyak sawit secara keseluruhan tetapi mampu memberi pendapatan tambahan dengan mengeksport minyak keledak tersebut.
"Ia boleh dijadikan bahan mentah untuk penghasilan biodiesel dan biojet bagi industri penerbangan.
"Menerusi usaha ini juga, kualiti minyak sawit boleh ditingkatkan dan isu bahan cemar dalam minyak sawit bertapis boleh ditangani bersama oleh pihak industri dan kerajaan dengan menggunapakai teknologi yang sedia ada," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 20 2022
Fadillah ketika hadiri Seminar Kebangsaan Mengenai Alam Sekitar, Kualiti Pengilangan dan Penapisan Minyak Sawit 2022 (POMREQ 2022) - Foto Facebook/MPOB
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
MIMOS akan terus pacu inovasi tenaga lestari
MIMOS Berhad akan terus memacu inovasi dalam bidang tenaga lestari bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi hijau.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu berkurang, Johor dan Kelantan tidak berubah
Situasi banjir di Terengganu dilaporkan semakin pulih apabila jumlah mangsa ditempatkan di PPS di negeri itu berkurang manakala jumlah mangsa di Johor dan Kelantan tidak berubah setakat 8 malam ini.
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Tiga beranak maut kemalangan di Setiu baru pulang majlis konvokesyen anak bongsu
Tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Setiu, Terengganu awal pagi tadi, dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kelantan selepas menghadiri majlis konvokesyen anak.
Pemaju diminta tingkat guna tenaga alternatif, utama biodiversiti - TPM Fadillah
Kerajaan meminta pihak berkepentingan, terutama pemaju perumahan untuk beralih kepada tenaga alternatif seperti solar dan mengutamakan kepentingan biodiversiti.
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Kerajaan MADANI komited tambah baik perkhidmatan demi masa depan rakyat - Fadillah
Kerajaan akan sentiasa mengambil kira pandangan semua pihak dan memastikan kepentingan setiap kumpulan komuniti terjaga.
Kerajaan sasar kadar NRW turun 28.8 peratus menjelang 2030
Kerajaan menyasarkan untuk mengurangkan penghasilan air tidak berhasil (NRW) kebangsaan kepada 28.8 peratus menjelang 2030.
Pengawal keselamatan ditahan, kes surat palsu guna nama TPM
Seorang pengawal keselamatan ditahan berkaitan penyebaran surat palsu yang menggunakan nama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang dikesan dihantar kepada individu di Sarawak.
Polis siasat surat palsu guna nama TPM
Kes disiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) mengikut Seksyen 468/471 Kanun Keseksaan.
Pembinaan tujuh RTB di Melaka babit peruntukan RM1.006 bilion - TPM Fadillah
Fadillah berkata antaranya membabitkan RTB Alor Gajah Fasa 1 di Kampung Tebat di sini, melibatkan peruntukan sebanyak RM30 juta.
Institusi TVET perlu kerjasama industri untuk tawar program berkualiti, relevan - Fadillah
Fadillah berkata kerajaan sedar penawaran aliran TVET di Malaysia perlu ditambah baik agar lebih tersusun dan berkesan.
Malaysia akan lancar bidaan TBB rentas sempadan bagi Singapura pada akhir tahun - Fadillah
Bidaan tenaga boleh baharu (TBB) rentas sempadan Malaysia bagi pengimport tenaga Singapura, di bawah Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) akan bermula menjelang akhir tahun ini.
Mengenang Tun Daim: Saya ikut perkembangan sumbangan Allahyarham - Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mengikut rapat sumbangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin kepada negara yang disifatkan sebagai besar.