Peneraju industri pelancongan di Langkawi perlu bersedia dalam menghadapi beberapa perubahan trend khususnya selepas COVID-19, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Kemajuan Langkawi (LADA), Dr Hezri Adnan.
Sebagai contoh, kehadiran pelancong di Langkawi tidak akan besar seperti sebelum ini, kerana orang ramai masih bimbang dengan ancaman penyakit, penjarakan sosial akan berterusan untuk sementara waktu, malahan ada laporan menunjukkan, ini mungkin permulaan bagi pengakhiran lawatan secara massa ke destinasi pelancongan, katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Pada 2019, Langkawi, yang merupakan antara destinasi pelancongan terulung di Malaysia, melaporkan kedatangan pelancong berjumlah 3.92 juta.
"Hampir 70 peratus penduduk di pulau ini bergantung kepada pelancongan untuk pendapatan mereka merangkumi sektor penginapan, pengangkutan, runcit, makanan dan minuman serta perkhidmatan sokongan yang lain.
Industri berkenaan memberikan pendapatan sebanyak RM1.7 bilion setahun, ia membentuk 4,900 perniagaan di pulau itu yang merangkumi 9,000 kakitangan hotel, 150 ejen pelancongan dan perjalanan, serta 200 pemandu pelancong. Langkawi mempunyai populasi seramai 110,000 orang," kata Hezri.
Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua aktiviti kecuali perkhidmatan penting di pulau tersebut terpaksa dihentikan.
Daripada 24 penerbangan setiap hari, ia jatuh kepada hanya lima penerbangan seminggu manakala angka ketibaan harian melalui dua feri sedia ada telah berkurangan kepada 400.
"Kita berada dalam kesusahan," katanya.
"Walaupun kami jangka keadaan ini tidak akan kembali seperti dahulu, kami masih berharap agar ada peningkatan."
Sudah tentu, trend perjalanan akan berubah buat masa sekarang, dan menurut penganalisa perjalanan, perjalanan antarabangsa akan mengambil masa yang lebih panjang untuk pulih, tambah beliau lagi.
Bagaimanapun, bukanlah semuanya berita suram, Langkawi sendiri berada dalam Zon Hijau apabila ia hanya merekodkan empat kes coronavirus dalam gelombang kedua dan satu kes semasa gelombang pertama dab semuanya mencatatkan pemulihan. Ini memudahkan usaha untuk mempromosikan pulau ini, yang sememangnya telah terkenal dengan pantai yang bersih dan tarikan semula jadi.
Bagaimanapun, apabila industri pelancongan di pulau itu kembali pulih, peserta industri perlu memastikan norma baharu ini sentiasa berterusan seperti penjarakan sosial, dan pada masa yang sama, menyesuaikan diri dengan keadaan seperti ketibaan pelancong yang lebih jarang. Dari lapangan terbang ke taman tema, pengurusan pelancong perlu mengambil peranan.
Mereka perlu membentuk semula strategi pemasaran bagi meletakkan kembali pulau dalam peta pelancongan, Hezri berkata.
Contohnya di Thailand, pasaran yang akan disasarkan bukan lagi pesara yang sudah tua tetapi kumpulan berusia 20-45 tahun.
Di Langkawi, ada hotel dan peneraju lain dalam industri hospitaliti telah memperkenalkan pelbagai pakej yang bertujuan untuk menarik pelancong domestik, bermula dengan petugas barisan hadapan termasuk kakitangan awam, sambil mencari jalan bagaimana untuk mengekalkan minat antarabangsa ke atas pulau itu.
Mungkin boleh menggunakan pendekatan baharu seperti penggalakkan pelancongan kebudayaan. Lawatan boleh dipusatkan ke atas lagenda dan sejarah pulau tersebut. Dengan keadaan sekarang, mungkin lebih sesuai untuk pelancong menikmati keindahan semula jadi Langkawi.
Hezri ketika mengulas peranan LADA, yang telah menyediakan bantuan makanan dan kewangan kepada petugas barisan hadapan semasa PKP, memberitahu ia akan mengadakan pertemuan dengan peserta pelancongan di Langkawi untuk mencari pelan keluar dari keadaan semasa secara positif.
"Ada pasukan perundingan yang memberi tumpuan kepada penyelesaian. Ia menumpukan semata=mata kepada penyelesaian dan bagaimana untuk bekerjasama," katanya.
Ia juga sedang dalam perbincangan dengan Kementerian Kesihatan mengenai bagaimana ia boleh melancarkan kempen Tahun Melawat Langkawi yang akan datang, yang antara lain, menjamin kebersihan bagi hotel dan premis di Langkawi.
Kerajaan juga telah melakukan yang terbaik untuk mengawal wabak COVID-19 dan ini akan membantu pemulihan yang lebih cepat membabitkan sektor yang terjejas di negara ini.
Terdapat 212 hotel berdaftar di Langkawi tetapi berdasarkan statistik Agoda, jumlah penyedia perkhidmatan adalah sebanyak 1,057 jika rumah inap dan lain-lain bentuk penginapan dirangkumkan.
Di seluruh dunia, sektor perhotelan dan penerbangan adalah antara industri yang paling teruk terjejas dalam pandemik COVID-19. Ramai pekerja industri hospitaliti menerima potongan gaji, terpaksa mengambil cuti tanpa gaji dan ada yang dibuang kerja.
Walaupun kerajaan telah memperuntukkan bantuan kepada sektor ini, banyak lagi yang perlu dilaksanakan bagi membina kembali tapak mereka, khususnya untuk mencatatkan kembali pertumbuhan yang dilihat sebelum COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 10 2020

Pada 2019, Langkawi, yang merupakan antara destinasi pelancongan terulung di Malaysia, melaporkan kedatangan pelancong berjumlah 3.92 juta.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

LADA harap sekitar 200,000 pelancong dalam sebulan pada 2021
LADA memerlukan masa yang lebih panjang dalam memastikan sektor pelancongan di Pulau Langkawi pulih sepenuhnya.

LADA rancang kembalikan kegemilangan Pantai Chenang pasca COVID-19
Lokasi yang satu ketika dahulu menjadi tumpuan pelbagai kegiatan sukan air menjadi lengang dan sunyi tanpa kehadiran pelancong atau sebarang aktiviti.

Langkawi terima kad hijau, kekalkan status Global Geopark kali ketiga
Berdasarkan maklumat awal yang diterima, UNESCO Global Geopark berpuas hati dengan pelaksanaan konsep geopark di Langkawi.