KUCHING: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ketidakseimbangan antara bekalan dan permintaan merupakan antara cabaran yang dihadapi oleh industri lada dunia.
Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata jurang itu telah memberi tekanan ketara terhadap harga dan penanaman lada di pelbagai wilayah dan kawasan.
"Menurut Komuniti Lada Antarabangsa (IPC), dianggarkan dunia menggunakan kira-kira 213,000 tan lada pada tahun 2022, menunjukkan sedikit penurunan dalam permintaan berbanding tahun sebelumnya, yang menyaksikan penggunaan sebanyak 224,000 tan.
"Penurunan ini sebahagian besarnya boleh dikaitkan dengan pemulihan selepas pandemik dan pelarasan permintaan yang diperlukan," katanya semasa majlis perasmian sesi tahunan dan mesyuarat ke-51 IPC di sini, hari ini.
Fadillah berkata pengeluaran lada global pada 2022 mencecah 537,000 tan, susut daripada 548,000 tan yang direkodkan pada 2021.
"Penurunan dalam bekalan menunjukkan pentingnya bagi kita, bersama setiap anggota negara IPC, untuk membangunkan program yang bertujuan untuk merangsang penggunaan.
"Inisiatif ini seharusnya melangkaui pasaran tradisional dan seterusnya melibatkan pasaran baharu, yang boleh merangkumi program kerjasama antara negara anggota, sebagaimana yang dinyatakan dalam Artikel 3 Perjanjian Penubuhan Komuniti Lada Antarabangsa, persetujuan yang dicapai dalam kalangan anggota IPC," katanya.
IPC ialah organisasi antara kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1972 di bawah naungan Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Asia dan Pasifik (UNESCAP) untuk mempromosi dan menyelaraskan aktiviti dalam industri lada dengan tujuan ke arah pembangunan yang lebih lanjut.
Negara anggota IPC termasuk India, Indonesia, Malaysia, Sri Lanka dan Vietnam, manakala Papua New Guinea dan Filipina telah ditetapkan sebagai ahli bersekutu.
Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Perladangan dan Komoditi berkata Malaysia merupakan pengeluar lada kelima terbesar pada 2022, dengan sejumlah 32,724 tan, selepas Vietnam, Brazil, India dan Indonesia.
"Hari ini, terdapat kira-kira 38,587 pekebun kecil lada di Malaysia dengan jumlah keluasan penanaman lada seluas 8,091 hektar.
"Malaysia mengeksport lada terutamanya ke Jepun, Singapura, Korea Selatan, Vietnam dan Taiwan. Sehingga Ogos 2023, Malaysia merekodkan sejumlah RM96 juta eksport lada dan akan mempergiatkan pencarian pasaran baharu seperti di negara Scandinavia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 07 2023

Fadillah berkata pengeluaran lada global pada 2022 mencecah 537,000 tan, susut daripada 548,000 tan yang direkodkan pada 2021. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

PETRA komited teroka kaedah kurang pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik
Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) komited memastikan negara terus meneroka kaedah untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik.

PETRA, Suruhanjaya Tenaga muktamad cadangan jadual tarif baharu elektrik - Fadillah
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersama Suruhanjaya Tenaga (ST) sedang memuktamadkan cadangan jadual tarif baharu elektrik yang akan dilaksanakan bermula pada 1 Julai ini.

DeepSeek berupaya pacu penerimagunaan AI di Malaysia, tarik pelabur global - Fadillah
Fadillah menekankan bahawa walaupun teknologi merupakan pemacu kemajuan, modal adalah pendorong yang menggerakkannya ke hadapan.

Projek berkepentingan rakyat perlu disegerakan - PM
Semua projek berkepentingan rakyat termasuk membasmi kemiskinan tegar dan tebatan banjir perlu disegerakan.

Penetapan tarif elektrik baharu di Semenanjung akan pertimbang kebajikan rakyat - Fadillah
Penetapan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia termasuk jadual tarif baharu akan mengambil kira kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

AKPS agensi tunggal selaras operasi di pintu masuk negara
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) yang dilancarkan hari ini, berfungsi sebagai agensi tunggal di sempadan.

Daftar nama untuk mudahkan mangsa banjir terima bantuan - TPM Fadillah
Mangsa banjir di Sarawak boleh ke pejabat residen atau pusat pemindahan sementara terdekat untuk mendaftar nama bagi membolehkan mereka menerima bantuan.

MITI perlu tingkat usaha capai sasaran perdagangan, pelaburan RM13 bilion di Ekspo Dunia 2025
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) perlu meningkatkan usaha dalam merangka strategi bagi memastikan kejayaan negara mencapai sasaran perdagangan dan pelaburan berjumlah RM13 bilion

Raikan Tahun Baharu Cina dengan semangat perpaduan, kegembiraan dan kasih sayang – TPM
Budaya dan tradisi dikongsi dalam kalangan rakyat bukan sahaja menjadi kekuatan, tetapi lambang kebanggaan bahawa Malaysia sebuah negara yang harmoni.

Projek penjanaan elektrik dirancang atasi masalah bekalan elektrik di Sabah - TPM Fadillah
Beberapa projek penjanaan elektrik yang besar sedang dirancang bagi mengatasi masalah bekalan elektrik di Sabah, sekali gus meningkatkan rezab margin bekalan itu sehingga 30 peratus menjelang 2030.