Seorang individu yang berada di bawah pengawasan polis mati ditembak di sini awal pagi tadi.
Dia yang berumur 21 tahun dan diawasi berhubung kes dadah ditembak setelah kereta yang dinaikinya bersama seorang rakan dikejar pihak polis sejauh 10 kilometer.
Rakannya itu kemudiannya ditahan dalam kejadian 5 pagi itu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt Shafee Abd Samad berkata individu tersebut juga didapati tidak melapor diri kepada pihak polis dalam tempoh yang ditetapkan.
Beliau berkata kejadian bermula apabila pasukan polis yang membuat rondaan di Taman Jawi Permai terserempak dengan sebuah kereta yang dinaiki dua lelaki yang dalam keadaan mencurigakan.
"Pihak polis kemudiannya mengarahkan pemandu kereta itu agar mematikan enjin keretanya dan keluar dari keretanya. Namun pemandu terbabit terus memecut keretanya ke arah Jalan Sungai Duri," kata Shafee.
Beliau berkata kereta berkenaan turut merempuh tiga buah motosikal anggota polis dan sebuah kereta peronda.
"Pihak polis terpaksa mengejar kereta tersebut lebih 10 kilometer dari Taman Jawi Permai di Sungai Bakap hingga Jalan Sungai Daun sebelum melepaskan tembakan ke arah tayar dan bahagian belakang kereta itu sehingga ia terbabas ke dalam parit," katanya.
Beliau berkata pemandu kereta tersebut kemudiannya ditemukan mati manakala rakannya yang berumur 26 tahun tidak mengalami kecederaan. -- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 18 2016

Lelaki itu yang diawasi berhubung kes dadah ditembak setelah kereta yang dinaikinya bersama seorang rakan dikejar pihak polis sejauh 10 kilometer. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Ketua polis daerah buat laporan terhadap David Marshel
Satu laporan polis dibuat terhadap pemilik akaun Facebook, David Marshel yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah berkaitan satu upacara keagamaan.

Mayat lelaki bertatu tanpa pakaian ditemui terapung
Mayat seorang lelaki dengan kesan tatu ditemui terapung di dalam Sungai Ketupat, Bukit Tambun, Nibong Tebal, pada pagi Ahad.

Enam pemancing dikhuatiri hilang di Pulau Pinang
Keenam-enam pemancing terbabit keluar memancing kira-kira jam 8 pagi, dengan menaiki sebuah bot fiber berjalur merah, biru dan hitam.

Pelajar dijumpai mati dalam kereta
Polis menemukan getah paip berwarna hijau sepanjang lima meter di lokasi kejadian.

Guru, suami dirakam percakapan bantu kes pelajar mati gantung diri
Polis telah merakam percakapan seorang guru dan suaminya yang dipercayai menuduh seorang pelajar tingkatan dua mencuri telefon bimbit hingga mengakibatkan pelajar berkenaan menggantung diri.

Polis buru lelaki curi tabung derma pusat tahfiz, rumah anak yatim
Kehilangan tabung itu disedari pemilik restoran itu pada kira-kira 1.30 tengah hari sebaik sampai di premis yang beroperasi bermula 12 tengah hari hingga lewat malam.

Individu bawah pengawasan polis mati ditembak di Nibong Tebal
Seorang individu yang berada di bawah pengawasan polis mati ditembak di sini awal pagi tadi.