Seorang pelajar sebuah universiti awam di Nibong Tebal, Pulau Pinang dijumpai meninggal dunia di dalam sebuah kereta di Taman Pekaka, Nibong Tebal, pada Sabtu pagi.
Pelajar lelaki berusia 22 tahun itu ditemui orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira jam 9 pagi di dalam kereta jenis Perodua Kancil yang diletakkan di belakang bangunan rumah kedai dua tingkat di lokasi tersebut.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Shafee Abd Samad berkata, ketika ditemui, mangsa berada dalam keadaan terbaring di kerusi pemandu yang diturunkan manakala enjin kenderaannya masih hidup.
Menurut Shafee, pemeriksaan oleh pasukan perubatan Hospital Sungai Bakap mengesahkan mangsa telahpun meninggal dunia ketika dijumpai.
Katanya, polis menemukan getah paip berwarna hijau sepanjang lima meter di lokasi kejadian.
Siasatan yang dilakukan pasukan Forensik mendapati tiada unsur jenayah berhubung kematian mangsa.
Mayat kemudiannya dibawa ke hospital untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Dewi Nur Harasha Alias
Sat Jan 05 2019

Seorang pelajar sebuah universiti awam di Nibong Tebal, Pulau Pinang dijumpai meninggal dunia di dalam sebuah kereta di Taman Pekaka, Nibong Tebal, pada Sabtu pagi. -Astro AWANI
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Gangguan bekalan elektrik: 'Kecoh juga, urusan tergendala seketika'- Pesakit
Gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan di Lembah Klang memberi kesan terutama kepada pesakit di hospital apabila tidak terlepas mengalami gangguan pada Rabu.

Hartal Doktor Kontrak: Jangan ambil tindakan terhadap doktor terbabit protes - Cuepacs
Adnan Mat, berkata meskipun Cuepacs pada dasarnya tidak bersetuju dengan tindakan kumpulan itu, namun tetap menghormati suara dibawa mereka.

Mohamad Sabu stabil, dijangka keluar hospital esok
Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang dimasukkan ke hospital pada Khamis lalu kini berada dalam keadaan stabil.

Hospital bergerak Australia teruskan usaha rawat hidupan liar di tapak baharu
Hospital bergerak yang merawat hidupan liar di Australia seperti koala dan kangaroo bakal berpindah ke lokasi baharu di Byron Bay.

Empat kluster baharu dikesan hari ini - Dr Noor Hisham
KKM memaklumkan terdapat empat kluster baharu dikenal pasti pada Ahad iaitu Kluster Bah Layangan, Kluster Alma, Kluster Auto dan Kluster Penjara Kepayan.

Dua kanak-kanak antara empat kes baharu COVID-19 di Sarawak
Sarawak mencatat empat lagi kes COVID-19 menjadikan kes keseluruhan berjumlah 763 kes

Perdana Menteri negatif COVID-19 bagi saringan kedua, tamat kuarantin
Tambah kenyataan tersebut lagi, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh telah tamat tempoh kuarantin pada 16 Oktober.

COVID-19: KKM kesan tiga lagi kluster baharu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan tiga lagi kluster baharu dikenali sebagai Kluster Lekir, Kluster Buntar, dan juga Kluster Merbok.

6 kluster baharu COVID-19 dikenal pasti, 4 di Sabah
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu, empat adalah di Sabah, satu masing-masing di Selangor dan Pulau Pinang.

COVID-19: Gelombang ketiga lebih mencabar, namun KKM lebih bersedia - Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan gelombang ketiga COVID-19 di Malaysia lebih mencabar.