KUALA LUMPUR: Individu berusia 35 hingga 44 tahun dikategorikan sebagai golongan paling ramai diisytiharkan muflis iaitu seramai 13,073 orang berdasarkan statistik dari 2019 hingga 2023, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman.
Azalina mendedahkan perkara itu ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Insolvensi (Pindaan) 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.
Jelas beliau, dalam tempoh sama juga, seramai 5,297 individu berusia 55 tahun ke atas diisytiharkan muflis, manakala mereka berusia 25 tahun ke bawah melibatkan seramai 107 orang.
"Pinjaman peribadi adalah punca utama keberhutangan dalam kes kebankrapan di negara ini, iaitu sebanyak 49.22 peratus berbanding jenis pinjaman kewangan yang lain.
"Ia meliputi pinjaman bercagar atau tidak bercagar dari institusi perbankan, pinjaman peribadi daripada pemberi pinjam wang (money lender) selain dari institusi perbankan dan 'friendly loan' daripada orang perseorangan.
"Kita perlu beri penekanan kepada elemen jantina juga. Orang lelaki lebih banyak bankrap daripada perempuan.
"Dari 2019 hingga 2023, lelaki yang bankrap, 25,104 orang, manakala perempuan, 8,912 orang," katanya ketika sesi penggulungan tersebut, hari ini.
Dalam masa sama, Azalina turut bersetuju dengan ucapan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sesi perbahasan bahawa orang Melayu paling ramai diisytiharkan bankrap.
"Apa yang Ahli Parlimen Pagoh katakan tadi bahawa orang Melayu ramai yang bankrap, memang betul. Pada 2019 hingga 2023, jumlah orang Melayu yang bankrap adalah 19,791 orang," ujar beliau.
Azalina menambah, setakat 30 April lalu, Jabatan Insolvensi telah melepaskan 4,228 kes bankrap dalam skala kecil melalui sijil Ketua Pengarah Insolvensi.
RUU Insolvensi (Pindaan) 2023 yang dibahaskan oleh 18 Ahli Parlimen daripada kerajaan dan pembangkang turut diluluskan oleh Dewan Rakyat dengan lebih suara bersetuju.
Hasimi Muhamad
Wed May 24 2023
AZALINA: Pinjaman peribadi adalah punca utama keberhutangan dalam kes kebankrapan di negara ini, iaitu sebanyak 49.22 peratus berbanding jenis pinjaman kewangan yang lain. -BERNAMA
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Petronas buat bayaran tunai lima peratus jika petroleum didapati dan diperoleh di Terengganu
Petronas hanya membuat pembayaran tunai lima peratus kepada kerajaan negeri Terengganu sekiranya petroleum didapati dan diperoleh di negeri itu.
Parlimen: Kerugian penipuan dalam talian cecah RM2.4 bilion
Dewan Rakyat dimaklumkan jumlah kerugian akibat penipuan dalam talian mencecah RM2.65 bilion sejak 2022 hingga Jun tahun ini.
Mary Lim dilantik Pengerusi Jawatankuasa Protem Penubuhan Mahkamah Timbang Tara AIAC
Mary Lim Thiam Suan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Protem bagi penubuhan Mahkamah Timbang Tara, Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) Malaysia.
Format baharu pengisytiharan harta dikuatkuasakan dalam masa terdekat
Pengisytiharan harta bagi anggota pentadbiran dan ahli Parlimen yang dicadangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional akan dikuatkuasakan menggunakan format baharu.
RCI Batu Puteh tidak boleh hukum mana-mana pihak - Azalina
RCI untuk mengkaji pengendalian kes kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan tidak boleh menghukum mana-mana pihak.
Pindaan kembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen 90 peratus siap - Azalina
Akta Perkhidmatan Parlimen antaranya akan memberi kuasa autonomi kepada pentadbiran dan kewangan Parlimen.
Malaysia tidak layan tuntutan remeh United Tausug Citizens ke atas Sabah - Azalina
Malaysia tidak melayan sebarang bentuk tuntutan remeh oleh kumpulan digelar sebagai United Tausug Citizens (UTC) ke atas Sabah.
Kertas Pandora: Tiada pilih kasih, SPRM siasat semua nama yang tersenarai - Azalina
SPRM bertindak mengikut undang-undang, peraturan dan bebas menyiasat tanpa sebarang campur tangan atau pengaruh daripada pihak luar, tegas Azalina.
Kerajaan kaji perluas skop perlindungan Seksyen 3 Akta 792 - Azalina
Kerajaan sedang menjalankan kajian sewajarnya bagi memperluas skop perlindungan di bawah Seksyen 3 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).
Reformasi pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya proses yang panjang - Azalina
Reformasi pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya merupakan satu proses yang panjang.