Kemajuan projek-projek pembinaan negara termasuk projek mega terhenti apabila kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
Bagaimanapun, kerajaan mula membenarkan projek pembinaan penting seperti MRT2 dan LRT3 untuk menyambung semula operasi mereka secara berperingkat minggu depan berikutan kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Sehingga 9.55 pagi, indeks pembinaan naik 1.52 peratus kepada 159.76 dengan Gamuda menjadi antara kaunter paling untung selepas melonjak sembilan sen kepada RM3.24 berikutan syarikat itu terlibat dalam kedua-dua projek mega tersebut.
Pemegang saham syarikat itu terdiri daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dengan kepentingan sebanyak 12.1 peratus, diikuti Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) sebanyak 6.07 peratus dan Skim Amanah Saham Bumiputera sebanyak 5.64 peratus.
MITI berkata industri yang dibenarkan untuk menyambung semula operasi pada kapasiti 50 peratus sebelum ini, kini boleh beroperasi sepenuhnya tetapi dengan mematuhi semua garis panduan ketat yang telah ditetapkan oleh MITI dan Kementerian Kesihatan.
"Walaupun kerajaan memberi sedikit kelonggaran, pemilik perniagaan masih perlu mematuhi 'norma baharu' dengan mematuhi peraturan penjarakan sosial di tempat kerja dan garis panduan kawalan kesihatan," menurut MITI dalam kenyataan semalam.
Walaupun ekonomi dibuka semula secara berperingkat, Malaysia masih di bawah PKP hingga 12 Mei.
Sehingga semalam, negara mencatatkan 31 kes baharu jangkitan COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,851 kes dan 100 kematian.
Jumlah yang pulih daripada COVID-19 sebanyak 4,032 kes. - BERNAMA
Bernama
Wed Apr 29 2020

Kerajaan mula membenarkan projek pembinaan penting untuk menyambung semula operasi mereka secara berperingkat minggu depan. Gambar fail

6 maut nahas pesawat di perairan Pulau Roatan
Sekurang-kurangnya enam orang maut apabila sebuah pesawat kecil hilang kawalan dan terhempas pada petang Isnin sejurus berlepas dari Pulau Roatan di utara Honduras.

Anda kini boleh seru Copilot untuk kawal peranti Android
Anda Kini Boleh Menyeru Copilot Untuk Mengawal Peranti Android

322 rakyat Palestin terbunuh atau hilang dalam tempoh 5 jam selepas serangan Israel
Tentera Israel mendakwa mereka menyasarkan serangan ke atas Hamas, manakala Hamas menuduh Israel memungkiri perjanjian gencatan senjata.

Anggota JPJ dipenjara setahun, denda RM80,000 rasuah rakan penguat kuasa
Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dihukum penjara setahun dan denda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas lapan pertuduhan memberi rasuah, enam tahun lepas.

Kuih bongkol, juadah utama berbuka puasa di Sarawak
Kuih bongkol dibungkus dengan daun pisang sebelum dikukus untuk memberikan aroma semula jadi yang menambat selera.

Polis bongkar makmal dadah, rampas RM14.46 juta
Polis turut berjaya membongkar sebuah kilang yang dijadikan tempat penyimpanan pelbagai bahan dan peralatan memproses dadah di sebuah kawasan perindustrian.

Korea Utara kecam serangan baharu AS di Yaman
Korea Utara mengecam serangan terbaharu Amerika Syarikat ke atas Yaman serta menyifatkan tindakan itu melanggar undang-undang antarabangsa dan kedaulatan sesebuah negara.
Anggota JPJ lindungi syarikat lori dipenjara setahun, denda RM80,000
Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan membri rasuah kepada anggota lain bagi melindungi kesalahan pengusaha lori, enam tahun lalu.

Amaran hujan berterusan di Sarawak, Pahang, Johor dan Sabah
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca, dan talian hotline 1-300-22-1638.
[TERKINI] Polis akan rujuk kertas siasatan insiden tampar kepada pendakwa raya sebelum Jumaat ini
Polis akan merujuk kertas siasatan berhubung insiden seorang warga emas menampar pemuda bukan Islam ketika sedang makan di sebuah kedai serbaneka di sebuah pusat membeli belah kepada Timbalan Pendakwa Raya sebelum Jumaat ini.

Sabah Maju Jaya: Isu perumahan, masalah setinggan dapat perhatian
Kata Hajiji, masalah perumahan berpunca daripada kos sewa yang tinggi akhirnya menyumbang kepada lambakan perumahan setinggan.

Presiden Indonesia bertemu tokoh perniagaan terkemuka untuk bincang ekonomi negara
Perbincangan meliputi beberapa bidang kritikal, termasuk dasar utama kerajaan untuk sediakan makanan berkhasiat percuma dan pembangunan infrastruktur.

Hubungan AS-EU hadapi ujian kritikal susulan peningkatan ketegangan diplomatik
Walaupun perikatan AS-EU berdepan ketidaktentuan, Asia menunjukkan gambaran berbeza dengan aturan keselamatan yang stabil.

Pasaran hartanah 2024: 4 faktor di sebalik rekod tertinggi dalam 10 tahun
Pasaran hartanah Malaysia mencatat pencapaian luar biasa pada tahun 2024 dengan jumlah transaksi tertinggi dalam sedekad dan nilai keseluruhan melebihi RM200 bilion buat pertama kali.

China sasar pertumbuhan ekonomi sekitar 5 peratus pada 2025
Laporan turut menggariskan beberapa sasaran pembangunan utama lain tahun ini, termasuk kadar pengangguran di kawasan bandar sekitar 5.5 peratus.

Kerajaan promosi Malaysia sebagai destinasi pelaburan selamat - MITI
Malaysia sebagai sebuah negara dagang secara konsisten berpegang pada prinsip tidak berpihak pada mana-mana blok ekonomi global.

Agenda Bumiputera perlu berterusan, dekat dengan PM - Noor Azlan
Noor Azlan tekankan agenda Bumiputera mesti berterusan dan dilaksana secara tersusun agar tidak jadi isu sementara yang dilupakan.

Pertumbuhan Malaysia kekal di atas trend 4.5 peratus, dipacu pelaburan, penggunaan - UBS
Ahli Ekonomi Kanan ASEAN dan Asia UBS bank berkenaan Grace Lim berkata pertumbuhan eksport juga dijangka kekal positif.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

China, Rusia komited dorong pembinaan multipolarisasi sama rata dan teratur
Kedua-dua negara juga perlu menjaga hak dan kepentingan negara Selatan Global dan menyokong globalisasi ekonomi yang inklusif.