MUNGKIN banyak pihak tidak menyedari hakikat bahawa kanak-kanak juga turut terkesan dengan perubahan iklim serta kemerosotan alam sekitar.
Kajian yang dikendalikan oleh dua buah universiti tempatan dengan kerjasama UNICEF Malaysia baru-baru ini mendapati, kedua-dua fenomena alam itu mempunyai kesan buruk ke atas pertumbuhan, perkembangan serta kesejahteraan kanak-kanak di Malaysia.
Ini kerana kanak-kanak mempunyai tahap toleransi yang lebih rendah terhadap risiko iklim dan alam sekitar. Apatah lagi kajian berkenaan turut mendapati kanak-kanak sering menjadi mangsa yang teruk terkesan apabila berlaku bencana yang ada kaitan dengan banjir, kemarau dan kebakaran hutan.
Meskipun menanggung impak teruk, "kanak-kanak secara konsisten tersisih dalam perencanaan proses dan dasar iklim."
UNICEF (Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) baru-baru ini melancarkan indeks risiko iklim - Children Climate Risk Index - yang pertama kali memberi fokus kepada kanak-kanak dan menyenaraikan negara berdasarkan pendedahan kanak-kanak kepada kejutan iklim serta alam sekitar.
Malaysia berada di tangga ke-61 dalam senarai negara yang kurang memberi penekanan kepada kanak-kanak yang terdedah kepada risiko perubahan iklim.
KESAN KE ATAS KOMUNITI TERPINGGIR
Menyedari akan pentingnya menjaga kebajikan kanak-kanak daripada kesan perubahan iklim di Malaysia, UNICEF Malaysia berganding bahu dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk menjalankan kajian mengenai "Impact of Climate Change on Children: A Malaysian Perspective" (ICCC) antara Mac 2020 hingga Mei 2021.
Laporan ICCC berkenaan dilancarkan di UKM pada 29 Oktober 2021 oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dr Hishamuddin Mohd Hashim, bagi pihak Timbalan Menteri, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.
Menurut Pakar Program Inovasi dan Kelestarian UNICEF Malaysia, Issmail Nnafie, perubahan iklim memberi kesan ke atas kanak-kanak Malaysia dalam pelbagai cara, termasuk penyakit bawaan vektor, penyakit bawaan air dan penyakit pernafasan, yang berkait dengan perubahan iklim, kemerosotan alam sekitar serta pencemaran.
Ianya juga mengakibatkan gangguan kepada akses mendapatkan pendidikan di samping kecederaan dan kematian berpunca daripada banjir dan taufan.
"UNICEF akan terus berganding bahu dengan pihak kerajaan, akademik dan masyarakat bagi menangani isu kemerosotan alam sekitar dan perubahan iklim serta mewujudkan persekitaran yang mampan serta selamat untuk kanak-kanak dan golongan muda di Malaysia," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran ICCC.
Ketua penyelidik Laporan ICCC, Prof Dr Mazrura Sahani pula berkata, salah satu hasil penemuan penting kajian mereka ialah kanak-kanak dalam masyarakat yang terpinggir adalah paling mudah terkesan dengan risiko iklim dan alam sekitar.
Kanak-kanak yang terpinggir itu termasuk daripada masyarakat Orang Asli, mereka yang tidak mempunyai dokumen sah serta miskin bandar.
Turut termasuk dalam kumpulan ini adalah kanak-kanak yang ditinggalkan, tidak didaftarkan semasa dilahirkan atau mempunyai kecacatan.
Dr Mazrura berkata, hasil kajian mereka diperolehi daripada tiga kajian kes dengan latar belakang geografi serta masyarakat yang berbeza.
"Kami memilih dan mengkaji kumpulan minoriti, berdokumen dan tanpa dokumen di Pulau Gaya, Sabah; Orang Asli Temiar yang tinggal di kawasan pergunungan Pos Kuala Mu, Sungai Siput, Perak; dan keluarga B40 di Program Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Bonus di Setapak, Kuala Lumpur," katanya.
Menurut beliau lagi, di Pos Kuala Mu, pihaknya mendapati hanya 58 peratus kanak-kanak Orang Asli boleh pergi ke sekolah semasa berlaku keadaan cuaca melampau, yang menyebabkan tanah runtuh dan banjir kilat. Ini kerana pada masa kejadian, satu-satunya akses jalan terputus untuk ibu bapa Orang Asli yang menunggang motosikal untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah.
Malahan, beliau menambah, kanak-kanak berkenaan adalah paling terus terkesan akibat perubahan cuaca kerana kemiskinan serta keadaan sosial serta ekonomi.
Ini ditambah dengan lokasi geografi, kesulitan memperolehi perkhidmatan penting seperti air dan sanitasi dan juga isu buta huruf.
JURANG TADBIR URUS
Dr Mazrura, yang juga profesor Kesihatan Awam dengan pengkhususan dalam Alam Sekitar dan Epidemiologi Pekerjaan di UKM berkata, Laporan ICCC juga mengetengahkan bukan semua aspek hak kanak-kanak dipertimbangkan secara saksama dalam rangka kerja tadbir urus Malaysia mengenai iklim dan alam sekitar.
Keadaan ini membuatkan sudah sampai masanya untuk semua pihak yang berkepentingan memberi keutamaan untuk bertindak.
"Masalah utama ialah kebanyakan dasar dan undang-undang yang dikaji untuk kajian ini wujud sebelum perubahan iklim menjadi isu global. Sebagai contoh, perubahan iklim tidak disebut secara khusus dalam Akta Tenaga Boleh DiPerbaharui 2011. Akibatnya, isi kandungan tidak selaras dengan ikrar Malaysia di peringkat antarabangsa.
"Oleh yang demikian, diharapkan Laporan ICCC ini akan membangkitkan seruan untuk campur tangan segera pembuat dasar serta pihak yang berpengaruh untuk mewujudkan dasar perubahan iklim dan alam sekitar yang peka dengan kepentingan kanak-kanak.
"Pada masa ini, undang-undang serta dasar berhubung dengan alam sekitar tidak mengiktiraf kanak-kanak sebagai pemunya hak dan pemegang taruh yang penting, " katanya sambil menambah, jurang ini melemahkan perlindungan untuk kesihatan serta kesejahteraan kanak-kanak dalam berlakunya perubahan iklim.
UNDANG-UNDANG PRIHATIN KANAK-KANAK
Laporan ICCC mengesyorkan agar satu rangka kerja tadbir urus yang lebih sensitif kanak-kanak diwujudkan dengan memastikan juga supaya undang-undang, dasar dan pelan yang berkaitan secara jelas menangani peranan kanak-kanak serta kesan perubahan iklim ke atas kanak-kanak.
"Hak kanak-kanak untuk mendapatkan persekitaran yang sihat perlu secara sistematik dan ditafsirkan oleh Perlembagaan dan diintegrasikan dalam udang-undang serta dasar negara, " kata Dr Mazrura.
Menurut beliau, Laporan ICCC turut mencadangkan langkah untuk memperkukuhkan sektor pendidikan untuk menjadi pintar iklim sebagai menghadapi impak perubahan iklim.
"Sebagai contoh, kita boleh mewujudkan inisiatif seperti sekolah pintar iklim dengan infrastruktur yang kukuh bagi memastikan isu penutupan sekolah dan gangguan pendidikan apabila berlaku bencana alam dapat diminimumkan, " tambahnya.
Sementara itu, penyelidik bersama Laporan ICCC, Prof Dr Ramzah Dambul dari UMS berkata, pandemik COVID-19 turut mendedahkan hubungan kompleks antara alam sekitar, kesihatan dan ekonomi, berdasarkan banyak kajian.
"Kesan selepas krisis perubahan iklim sewaktu pandemik COVID-19 dilihat sebagai peluang terbaik untuk sesebuah negara membina semula kelestarian, dengan menempatkan kanak-kanak serta perubahan iklim di tempat teratas agenda.
"Ini mesti dimulai dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN) kerana masa ini adalah yang tepat untuk mewujudkan kehidupan yang lebih selamat untuk kanak-kanak pada hari ini dan esok, " katanya.
Laporan ICCC boleh diakses di laman sesawang berikut: https://www.unicef.org/malaysia/reports/impact-climate-change-children
-- BERNAMA / Terjemahan Melati Mohd Ariff
Bernama
Mon Nov 08 2021
Kanak-kanak mempunyai tahap toleransi yang lebih rendah terhadap risiko iklim dan alam sekitar. -Gambar hiasan
Dua Dekad Tsunami: Penduduk Kota Kuala Muda imbau tragedi, masih trauma
Biarpun sudah dua dekad berlalu, dia tidak pernah melupakan tragedi itu kerana kakak sulungnya menjadi antara 12 mangsa yang terkorban di Kota Kuala Muda.
OpenAI Pertimbang Untuk Bangunkan Robot Berbentuk Manusia
OpenAI juga telah melabur dalam beberapa syarikat robotik seperti Physical Intelligence dan Figure.
Mayat ditemukan di ruang roda pesawat United Airlines di lapangan terbang Hawaii
Mayat itu dilaporkan ditemukan pada sebuah pesawat Boeing 787-10 yang berlepas dari Lapangan Terbang O'Hare di Chicago.
Dua Dekad Tsunami: Aku, Aceh dan tsunami
Program Podcast Tsunami 20 tahun dan resensi buku "Aku, Aceh dan Tsunami" oleh Norazam Abu Samah menjadi tumpuan, menceritakan pengalaman dan semangat juang warga Aceh selepas bencana.
Pantau Belanjawan: Lonjakan Pelaburan Malaysia: Pacu Momentum 2025
Felo Bersekutu Kanan, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin mengupas berkenaan prestasi pelaburan tahun 2024 dan bagaimana momentum kukuh ini boleh diteruskan pada 2025.
The need for Regulation of Property Management Practice under Act 242 & BOVAEP
How gaps in regulation put property owners, tenants, and the real estate market at risk. Join Director, Research, Sr Sulaiman Saheh Explore as he explore critical need for robust property management regulations to safeguard public interest and elevate industry standards.
AWANI Ringkas: JPS ramal banjir di sembilan jajahan Kelantan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe, projek perintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona, dalam misi untuk membantu saintis mengetahui lebih lanjut mengenai bintang terdekat Bumi.
Penumpang pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Lima wartawan terbunuh di Gaza dalam serangan udara
Lima wartawan terbunuh awal pagi Khamis apabila kenderaan mereka terbakar dalam serangan udara di sekitar Hospital Al-Awda di Nuseirat di tengah Gaza.
COP29 setuju perjanjian AS$1.3 trilion untuk negara miskin atasi perubahan iklim
Dana itu bertujuan membantu negara membangun meningkatkan perlindungan iklim dan menyesuaikan diri dengan kesan buruk pemanasan global, seperti kemarau, ribut dan banjir yang semakin kerap.
10 maut tanah runtuh akibat hujan lebat di timur Congo
Sekurang-kurangnya 10 orang, kebanyakannya kanak-kanak maut manakala tiga lagi cedera selepas kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat di timur Congo.
COP29: Negara kaya akhirnya setuju sumbang AS$300 bilion setahun hadapi krisis iklim
Negara-negara maju akhirnya bersetuju menyediakan AS$300 bilion setiap tahun menjelang 2035 kepada negara membangun bagi membantu mereka menghadapi impak perubahan iklim yang semakin parah.
COP29: Penyertaan Malaysia beri kemajuan terhadap matlamat pelepasan karbon sifar bersih
Malaysia buka inisiatif inovatif dan pelaburan besar untuk membolehkan negara melangkah lebih jauh ke arah menjadi negara pelepasan karbon sifar bersih.
COP29 gesa negara maju beri sumbangan, transformasi tenaga hijau tidak akan berjaya tanpa dana - Pembantu Khas Presiden Azerbaijan
COP29 kini digelar sebagai COP Pendanaan kerana tumpuan utama yang jelas terhadap keperluan memenuhi komitmen sumbangan kepada dana iklim.
Manfaatkan kebijaksanaan Orang Asli tangani ketidaktentuan alam - Pakar
Kebijaksanaan Orang Asli mendepani pelbagai cabaran dan ketidaktentuan alam perlu dijadikan contoh dalam modul latihan berkaitan kelangsungan kepada komuniti.
Malaysia perlu bantu Indonesia dalam proses transisi tenaga boleh baharu - Pakar
Malaysia perlu membantu Indonesia dalam proses transisi tenaga boleh baharu memandangkan pembangunan Ibu Kota Negara (IKN) Nusantara sedang pesar dibangunkan.
COP29: Tidak perlu anjur COP30 jika pemimpin tidak tegas soal penuhi ikrar dana iklim - Datuk Bandar KL
Pemimpin-pemimpin dunia perlu tegas untuk memuktamadkan perihal pendanaan iklim yang sudah dibincangkan sejak Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP) edisi-edisi lalu.
PBB desak tindakan segera tangani krisis iklim untuk lindungi negara pulau kecil
Antnio Guterres, menggesa dunia untuk meningkatkan pembiayaan bagi Dana Kerugian dan Kerosakan yang ditubuhkan bagi membantu negara-negara pulau kecil terjejas akibat perubahan iklim.
COP29: AS jamin tetap komited tangani pemanasan global
Tahun 2024 mungkin akan memecahkan rekod suhu baharu dan matlamat Perjanjian Paris kini berada dalam bahaya besar.