Jabatan Imigresen Johor menjangkakan aliran masuk rakyat Malaysia dari Singapura ke negara ini akan bertambah dalam tempoh dua minggu ini ekoran keputusan Singapura untuk menutup sekolah dan kebanyakan tempat kerja selama sebulan sebagai sebahagian daripada langkah ketat mengekang penularan COVID-19.
Pengarahnya Baharuddin Tahir berkata pihaknya sentiasa bersedia untuk menerima kepulangan rakyat Malaysia yang berada di republik berkenaan dan sehingga kini semua pintu masuk ke negeri ini beroperasi seperti biasa.
"Jangkaan kami (Jabatan Imigresen Johor) berlaku kemasukan lebih banyak rakyat Malaysia mulai 1 April hingga 14 April ini (Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua) berbanding tempoh 18 Mac hingga 31 Mac lalu (PKP fasa pertama).
"Ini disebabkan oleh beberapa kekangan seperti perintah atau larangan yang lebih ketat di Singapura khususnya bagi rakyat Malaysia yang bekerja di sana," katanya yang dihubungi pada Sabtu.
Semalam, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong menerusi pengumuman yang disiarkan secara langsung menegaskan negara itu memutuskan melaksanakan langkah berjaga-jaga yang lebih ketat selama sebulan bagi membendung penularan COVID-19 yang kian meningkat di republik itu.
Menurut Lee, Singapura akan menutup sebahagian besar tempat kerja, sekolah dan prasekolah selama sebulan mulai Selasa ini (7 April) tetapi perkhidmatan penting seperti pasar dan pasar raya, tempat makan dan pengangkutan awam akan terus dibuka.
Sementara itu, tinjauan Bernama di sekitar kawasan berdekatan Tambak Johor, di sini, mendapati terdapat sebilangan kecil rakyat Malaysia mula pulang ke bandar raya ini dengan berjalan kaki dari Pusat Pemeriksaan Woodlands, Singapura ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini.
Pelajar jurusan Pemasaran Digital di sebuah kolej di Wilkie Road, Singapura, Hubert Teo Jun Wei, 19, berkata beliau mengambil keputusan untuk pulang selaras keputusan kerajaan Singapura, semalam, dan akan melakukan kuarantin sendiri di rumah.
"Lebih baik saya pulang ke rumah segera, saya bukan takut tetapi harus berhati-hati. Dalam masa sama, saya akan mengambil tahu perkembangan semasa dari rumah sahaja," katanya yang tinggal di Taman Megah Ria dekat Masai, di sini.
Teo yang melanjutkan pengajian selama setahun di negara berkenaan menjelaskan beliau mengambil masa kira-kira 20 minit berjalan kaki menyeberangi Tambak Johor untuk sampai ke BSI.
Bagi seorang rakyat Malaysia yang bekerja sebuah restoran di Tampines, Singapura, Syafika Mohamad, 25, berkata beliau akan berbincang dengan pihak majikan hari ini sebelum membuat sebarang keputusan sama ada mahu kembali ke negara ini atau sebaliknya.
"Berita ini (peraturan menutup sebahagian besar tempat kerja) baru sahaja diumum semalam. Walaupun restoran saya bekerja tidak ditutup kerana merupakan perkhidmatan penting, tetapi kami semua (pekerja) akan berbincang dengan majikan hari ini berhubung perkara ini," katanya yang bekerja di restoran berkenaan sejak tiga bulan lepas.
Berbeza dengan seorang pekerja perkhidmatan pembersihan, Abdul Rauf Abd Hamid, 27, yang menyifatkan keputusannya untuk mengikut gerak hati pulang ke bandar raya ini beberapa hari lepas, sebagai tepat pada masanya.
"Saya baru sampai di sini (Johor Bahru) 1 April lepas kerana keluarga meminta saya balik memandangkan mereka risau keadaan saya. Saya tidak sangka Perdana Menteri Singapura akan buat pengumuman semalam, mujurlah, saya sudah pulang," katanya yang sedang dalam proses kuarantin di rumah dan merancang untuk mencari sumber pendapatan lain di bandar raya ini selepas tempoh PKP berakhir.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 04 2020
Terdapat sebilangan kecil rakyat Malaysia mula pulang ke bandar raya ini dengan berjalan kaki dari Pusat Pemeriksaan Woodlands, Singapura ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI). - Bernama
CEO syarikat penyiaran antara 5 ditahan kes ubah wang haram
Tan Sri Razarudin Husain berkata hasil serbuan yang dijalankan, pasukan AMLA berjaya merampas, membekukan dan menyita aset-aset seperti kenderaan, akaun bank serta dokumen-dokumen dengan nilai keseluruhan berjumlah RM17,434,217.36.
[TERKINI] Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, UMNO yakin bahawa Mahkamah Tinggi akan bertindak bebas dan adil untuk menilai keabsahan kewujudan Titah Adendum tersebut.
Lima lelaki termasuk warga asing ditahan, 12 kg heroin dirampas
Satu sindiket pengedaran dadah tumpas selepas polis memberkas lima lelaki termasuk seorang warga asing dalam dua serbuan di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
Natasha cipta sejarah lagi, juarai piala dunia di Hong Kong
Natasha Mohamed Roslan sekali lagi melakar sejarah apabila menjadi atlet boling wanita pertama negara merangkul kejuaraan Kejohanan Piala Dunia 2025 di Kowloon, Hong Kong pada Jumaat malam.
Dakwaan warganegara China diberi layanan istimewa tidak berasas - KP Imigresen
Dakwaan warganegara China tidak perlu melalui prosedur pemeriksaan imigresen dan tidak boleh ditahan ketika masuk ke Malaysia adalah tidak berasas.
PM Puji Pencapaian Luar Biasa Natasha Roslan
Perdana Menteri dalam hantaran di Facebook berkata, pencapaian atlet berusia 28 tahun itu sangat membanggakan negara.
ASEAN-Malaysia 2025 [2/01/2025]
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 10 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hebat! Luar biasa - PM puji kejayaan Natasha Roslan
Perdana Menteri dalam hantaran di Facebook berkata, pencapaian atlet berusia 28 tahun itu sangat membanggakan negara.
Imigresen tahan 13 gadis pelayan, dua tukang masak asing
Sebanyak 13 gadis pelayan dan dua tukang masak lelaki asing ditahan dalam serbuan yang dijalankan di premis kafe hiburan di sekitar Batu Berendam di sini malam tadi.
KDN cadang guna kod QR di pintu masuk negara percepat proses imigresen
KDN dalam pertimbangan untuk menggunakan kod QR yang mengandungi maklumat peribadi dan butiran perjalanan pengembara bagi mempercepat proses pemeriksaan kaunter imigresen.
18 pegawai Imigresen KLIA dibuang kerja
Seramai 18 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang terlibat dalam isu integriti dikenakan tindakan buang kerja sejak 2021.
145 pendatang tanpa izin ditahan dalam operasi Imigresen di Ranau
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah hari ini menahan sejumlah 145 pendatang tanpa izin dalam operasi di Kampung Lutut di sini.
11 warga Korea Selatan ditahan di pusat hiburan tanpa lesen
Premis ini dipercayai menawarkan perkhidmatan pelayan wanita dengan bayaran antara RM300 hingga RM500 untuk tempoh tiga jam.
Imigresen tunggu laporan penuh siasatan EAIC untuk tindakan lanjut
JIM menunggu laporan penuh EAIC berhubung siasatan terhadap tahanan etnik Rohingya yang meloloskan diri daripada DISB.
Counter setting: 47 sindiket tumpas, 25,214 pengembara dikenakan NTL - Saifuddin Nasution
JIM juga memperketatkan pemeriksaan di kaunter pintu masuk ke negara dalam usaha membanteras kegiatan menyeludup warga asing ke Malaysia.
Pemilik restoran nasi kandar warga Bangladesh mengaku beri suapan RM10,000
Tertuduh, Rezaul Shajahan Ali, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan pilihan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim.
Imigresen tumpas sindiket pengemis jalanan OKU, tahan empat lelaki China
Jabatan Imigresen (JIM) menumpaskan sindiket pengemis jalanan Orang Kurang Upaya (OKU) dengan penahanan empat warga China menerusi Op Serkap di sini pada Isnin dan semalam.
Lebih 23,000 rakyat Malaysia ke Thailand melalui pintu sempadan negara di Perlis
ICQS Padang Besar mencatatkan sejumlah 16,491 orang manakala 7,399 lagi keluar melalui ICQS Wang Kelian.