KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen telah diarah menyiasat dakwaan pegawainya ditengking dan diherdik oleh seorang pegawai tinggi kerajaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata beliau telah memanggil Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud dan memintanya menjalankan siasatan berhubung perkara itu supaya mendapat maklumat lebih jelas tentang kejadian yang sebenar.
"Walaupun benda telah tular tapi kita kena dapatkan berita yang jelas, saya tidak mahu ia dijadikan sesuatu yang mungkin boleh merosakkan imej sesiapa.
"Punca saya tidak tahu, tapi berita (insiden pegawai imigresen ditengking) telah sampai pada saya. Oleh itu, saya minta dia siasat dengan lebih mendalam supaya dapat berita lebih jelas apa yang berlaku," katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Apresiasi Kementerian Dalam Negeri malam ini.
Beliau meminta semua pihak bersabar dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.
"Kita tidak boleh lari daripada isu macam ini kerana video semua telah ada. Kalau betul ia berlaku, saya akan jelaskan nanti," katanya.
Terdahulu, dalam insiden pada 8.40 hingga 9.40 pagi tadi, seorang pegawai yang bertugas sebagai Ketua Operasi Imigresen di KLIA dimarahi di khalayak ramai kerana tiada pegawai Imigresen ditempatkan di kaunter bilik VIP sewaktu ketibaan pegawai tinggi kerajaan itu di bilik berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 03 2022

Hamzah berkata beliau telah memanggil Ketua Pengarah Jabatan Imigresen dan memintanya menjalankan siasatan berhubung perkara itu. - Gambar fail

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Imigresen diarah siasat dakwaan pegawainya ditengking pegawai tinggi kerajaan di KLIA
Jabatan Imigresen telah diarah menyiasat dakwaan pegawainya ditengking dan diherdik oleh seorang pegawai tinggi kerajaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.