KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai kurang siuman ditahan polis selepas menyerang seorang imam jemputan di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 ketika menunaikan solat Subuh awal pagi Ahad.
Kejadian kira-kira jam 6.18 pagi itu, suspek berusia dalam lingkungan 40-an yang berpakaian baju Melayu warna ungu berkain pelikat serta berseluar hitam datang secara tiba-tiba menyerang mangsa dari belakang.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu mengesahkan kejadian itu berkata, ia berlaku di ruangan solat lelaki masjid berkenaan.
Menurutnya, imam terbabit adalah pelajar Maahad Tahfiz Thurath, Ilhan Muhammad Irham yang dijemput untuk mengimamkan solat Subuh pada Program Khatam Subuh 2.0 Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di sini.
"Berdasarkan kronologi kejadian, semasa solat Subuh rakaat kedua dengan anggaran bilangan jemaah 80 orang, terdengar suara lelaki menjerit dari arah pintu 'roller shutter’ masjid di laluan berhadapan bank CIMB.
“Lebih kurang 1 minit selepas itu, ketika imam masih membaca surah dalam solat, datang seorang lelaki kurang siuman telah bertindak menolak jemaah belakang dan menuju ke arah imam terbabit.
"Secara serta-merta memukul imam itu dengan selipar yang berada di tangannya. Imam terus mengelakkan diri daripada serangan itu menyebabkan solat dihentikan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Sebelum itu, tular satu video menunjukkan kejadian seorang lelaki kurang siuman telah memukul imam di masjid terbabit.
Video berdurasi 30 saat memaparkan tindakannya menolak jemaah sebelum memukul imam jemputan terbabit dengan sepasang selipar berwarna putih.
Wan Mohd Zahari berkata, selepas melihat kejadian itu pihak keselamatan masjid dan jemaah terus bertindak menghalang tindakan lelaki itu.
Jelasnya, lelaki terbabit telah ditahan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 26 2023

Tangkap layar seorang lelaki yang dipercayai kurang siuman secara tiba-tiba menyerang imam ketika solat Subuh di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 pada Ahad. - Sinar Harian

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Lelaki pukul imam positif dadah
Lelaki yang tular dalam satu video pada Ahad lalu kerana memukul imam jemputan di Masjid Sultan Ahmad Shah 1 bukan sahaja mempunyai masalah mental, tetapi juga seorang penagih dadah.

Imam dipukul lelaki kurang siuman ketika solat Subuh
Seorang lelaki dipercayai kurang siuman ditahan polis selepas menyerang seorang imam jemputan di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di Kuantan.