Seorang imam yang juga pesara polis dihadapkan ke Mahkamah Seskyen Kuala Pilah pada Khamis atas tiga pertuduhan memiliki senjata api serta peluru tanpa kebenaran dan mencuri.
Tertuduh, Sulaiman Abdul Rahman, 63 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Nariman Badruddin.
Mengikut pertuduhan pertama tertuduh didakwa memiliki sepucuk pistol revolver .38 tanpa kebenaran sah dan diperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971
Bagi petuduhan kedua, tertuduh didakwa memiliki tujuh butir peluru tanpa kebenaran yang sah mengikut Seksyen 8 (A) Akta Senjata 1960 yang mana boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.
Kedua-dua perbuatan itu dilakukan di Lot 5568, Jalan Sidang Mohd Nor, Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah Selangor sekitar 11.40 pagi 27 Januari 2019.
Tertuduh turut berdepan satu lagi pertuduhan mencuri sepucuk pistol revolver .38 dan 30 butir peluru milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dilakukan sekitar 10 malam pada 27 Disember 2007 di kaunter stor cawangan persenjataan (AMRA) Balai Polis Kuala Pilah.
Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, prosiding yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sara Afiqah Zulkipli tidak mencadangkan sebarang jaminan dengan mengambil kira pendakwaan di bawah Seksyen Akta Senjata Api.
Tertuduh yang diwakili Peguam, M. Gobi bagaimanapun merayu agar jaminan diberikan dengan alasan faktor kesihatan tertuduh yang menghidap penyakit prostat.
Sejurus mendengar hujahan kedua pihak, Nariman kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 12 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.
Astro Awani
Thu Feb 14 2019
Tertuduh, Sulaiman Abdul Rahman, 63 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus kesemua pertuduhan terhadapnya.
AWANI Pagi: PETRA Perkasa Peralihan Ke Tenaga Boleh Baharu
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melakukan pelbagai insiatif dan program dalam usaha perkasa peralihan ke Tenaga Boleh Baharu dan masa depan lestari negara.
Borrell kecewa, tidak mampu hentukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza
Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU) yang akan bersara, Josep Borrell berkata pada Jumaat bahawa beliau meninggalkan Brussels "dengan perasaan kecewa yang amat sangat" berikutan "ketidakmampuan untuk
Serangan Israel bunuh puluhan di Gaza
Serangan tentera Israel membunuh sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin di Gaza sepanjang malam dan pada Jumaat, menurut pasukan perubatan.
Pasukan perubatan melaporkan penemuan 19 mayat di utara Nuseirat, salah satu daripada lapan kem pelarian lama di Gaza.
Pasukan perubatan melaporkan penemuan 19 mayat di utara Nuseirat, salah satu daripada lapan kem pelarian lama di Gaza.
Rundingan gencatan senjata Gaza disambung semula
Delegasi Hamas dijangka tiba di Kaherah pada Sabtu untuk rundingan dengan pegawai Mesir mengenai gencatan senjata di Gaza.
Lawatan ini diadakan beberapa hari selepas Amerika Syarikat mengumumkan usaha baharu bersama Qatar, Mesir, dan Turki untuk menghidupkan semula rundingan gencatan senjata tersebut.
Lawatan ini diadakan beberapa hari selepas Amerika Syarikat mengumumkan usaha baharu bersama Qatar, Mesir, dan Turki untuk menghidupkan semula rundingan gencatan senjata tersebut.
Konflik Asia Barat: Arab Saudi henti perjanjian pertahanan dengan A.S - Laporan
Arab Saudi telah menghentikan usahanya untuk mendapatkan perjanjian pertahanan yang komprehensif dengan Washington sebagai pertukaran untuk menormalkan hubungan dengan Israel.
Hezbollah janji koordinasi laksana gencatan senjata
Ketua Hezbollah, Naim Qassem, pada Jumaat menegaskan pihaknya akan berkoordinasi rapat dengan tentera Lubnan untuk melaksanakan perjanjian gencatan senjata dengan Israel.
Beliau menyatakan bahawa perjanjian tersebut telah dipersetujui dengan penuh keyakinan dan penghormatan terhadap hak mereka untuk mempertahankan diri.
Beliau menyatakan bahawa perjanjian tersebut telah dipersetujui dengan penuh keyakinan dan penghormatan terhadap hak mereka untuk mempertahankan diri.
Kesihatan: Kes kelima strain mpox baharu dikesan di UK
Satu lagi kes strain baharu mpox, Clade Ib mpox, telah dikesan di United Kingdom (UK), menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada lima kes, kata Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA) pada Jumaat, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Industri aeroangkasa: Sarawak perlu tenaga kerja kualiti tinggi
Sarawak memerlukan tenaga kerja berkualiti tinggi bagi menyokong misinya ke arah menjadi hab bagi industri aeroangkasa Malaysia.
Agrobank tawar moratorium sehingga enam bulan kepada mangsa banjir
Agrobank mengumumkan pelan bantuan banjir yang menawarkan moratorium sehingga enam bulan kepada pelanggan yang terkesan akibat banjir.
Bencana banjir: JBPM Terengganu masih mampu berdepan banjir semasa
Kekuatan sedia ada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu setakat ini masih berupaya mendepani situasi semasa banjir di negeri itu.
Imam didakwa mencuri, miliki senjata api dan peluru tanpa kebenaran
Seorang imam yang juga pesara polis dihadapkan ke Mahkamah Seskyen Kuala Pilah pada Khamis atas tiga pertuduhan memiliki senjata api serta peluru tanpa kebenaran dan mencuri.