KUALA LUMPUR: Institut Jantung Negara (IJN) mencipta satu lagi kejayaan apabila menjadi hospital pertama di Asia berjaya melakukan inovatif baharu dalam rawatan injap jantung bagi pesakit yang menderita trikuspid regurgitasi atau injap jantung bocor.
IJN dalam kenyataan hari ini berkata prosedur tersebut dijalankan oleh anggota Unit Kegagalan Jantung dan Pemindahan Jantung serta Jabatan Kardiologi pada 6 Mei lalu.
Rawatan dengan prosedur invasif minimum itu, melibatkan penggunaan sistem penghantaran pramuat injap kering, yang disebut sistem Tricvalve Transcatheter Bicaval Valves (Bioprosthesis), menurut kenyataan itu.
"Peranti sistem Tricvalve dan bioprosthesis ini dibangunkan khusus untuk pesakit yang mengalami trikuspid regurgitasi teruk terutama mereka yang tidak dapat mengawal simptom melalui rawatan lain dan mempunyai risiko tinggi untuk pembedahan jantung terbuka," kata IJN.
Trikuspid regurgitasi adalah keadaan di mana injap trikuspid tidak dapat berfungsi dengan baik dan mengakibatkan darah mengalir ke belakang di sebelah kanan jantung dan dalam keadaan teruk ia mengalir ke kava dan jika tidak dirawat ia boleh membawa kepada kegagalan jantung, kata IJN.
"Pesakit mungkin mengalami simptom seperti penat, susah bernafas, denyutan jantung yang luar biasa, bengkak kaki dan bahagian abdomen. Bagaimanapun, tanda-tanda ini sering tidak menonjol sehingga keadaan menjadi teruk," menurut kenyataan itu.
Pengarah Klinikal Kegagalan Jantung dan Pemindahan Jantung, IJN, Datuk Dr Azmee Mohd Ghazi berkata tidak semua pesakit mampu melalui risiko pembedahan atau mungkin mempunyai komorbiditi dengan penyakit tertentu yang menjadikan mereka tidak sesuai untuk rawatan prosedur tertentu.
"Bagi kes sedemikian, adalah penting untuk kami menawarkan rawatan inovatif baharu seperti Tricvalve bagi membantu lebih ramai pesakit mengurangkan simptom dan meningkatkan kualiti hidup mereka," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Klinikal dan Perunding Kanan Kardiologi, IJN, Datuk Dr Aizai Azan Abdul Rahim mengucapkan setinggi penghargaan kepada pasukan IJN kerana meneroka kaedah rawatan yang lebih baharu dan inovatif.
"Bukan rahsia lagi bahwa kejayaan IJN dibina atas kesediaan petugasnya untuk terus menimba ilmu, meneroka rawatan inovatif yang boleh meningkatkan kualiti hidup pesakit serta berusaha ke tahap yang lebih tinggi supaya dapat merawat lebih ramai pesakit yang dianggap tidak sesuai menjalani pembedahan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 25 2021
IJN mencipta satu lagi kejayaan apabila menjadi hospital pertama di Asia berjaya melakukan inovatif baharu dalam rawatan injap jantung bagi pesakit yang menderita trikuspid regurgitasi atau injap jantung bocor. - Gambar fail
[TERKINI] Pesawat bawa 67 penumpang terhempas di Kazakhstan, 12 terselamat
Sebuah pesawat Azerbaijan Airlines membawa 67 penumpang terhempas di Kazakhstan
Pesawat Azerbaijan Airlines terhempas di Kazakhstan
Pasukan penyiasat berkata mereka sedang meneliti punca kejadian dan tidak menolak sebarang kemungkinan, termasuk masalah teknikal.
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu Team LZJ
Team LZJ menyifatkan Kay Bin sebagai jurulatih yang memiliki pengalaman luas di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Nahas ngeri Ayer Keroh: 'Tulang paha Uwais pecah, perlu dibedah petang ini juga' - Exco
Pembedahan terhadap Muhammad Uwais Al-Qarni, 7, yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) akan dijalankan petang ini.
Peluru berpandu dari Yaman berjaya dipintas tentera Zionis
Tentera Israel mendakwa berjaya memintas sebuah peluru berpandu yang dilepaskan dari Yaman pada awal Rabu.
Warga Gaza berharap kerakusan Zionis berakhir
Di sebalik konflik yang berterusan, penduduk Gaza yang beragama Kristian tidak ketinggalan menyertai upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Krismas.
Warga Palestin tidak boleh putus harapan untuk terus hidup
Bercakap semasa sambutan perayaan Krismas, Datuk Bandar Betlehem, Anton Salman berkata, tanpa harapan, sudah pasti sukar untuk meneruskan kehidupan di sebalik kezaliman yang didepani mereka.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Polis rakam keterangan pemandu lori tayar tercabut
Keterangan pemandu berusia 31 tahun itu diambil bagi membantu siasatan kemungkinan wujud kecuaian yang mengakibatkan tayar hadapan lori terbabit tercabut.
Nahas Ayer Keroh: Tujuh masih dirawat, dua ditempatkan di ICU
Tujuh mangsa kemalangan ngeri melibatkan lima kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan rehat dan rawat Ayer Keroh masih dirawat di Hospital Melaka dengan dua daripadanya ditempatkan di unit rawatab rapi (ICU).
Nahas Ayer Keroh: Polis rakam keterangan pemandu lori tayar tercabut
Polis telah merakam keterangan pemandu lori yang terlibat dengan nahas ngeri mengorbankan tujuh individu di kilometer 204 Lebuhraya PLUS arah utara, Melaka, pada Selasa.
Cadangan semakan yuran, IJN sambut baik perbincangan bersama KKM
IJN menyambut baik keputusan untuk mengadakan perbincangan konstruktif berhubung cadangan semakan yuran bagi pesakit yang dirujuk oleh KKM.
Kesihatan Tun M semakin baik namun masih perlu pemantauan doktor
Keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di sini dilaporkan semakin baik.
Kesihatan Tun Mahathir semakin baik
Keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) semakin baik.
Kerjasama BLACKMORES dengan IJN beri kesedaran pentingnya kesihatan jantung
Kerjasama BLACKMORES dengan Institut Jantung Negara (IJN) terjalin pada waktu yang tepat melihat kepada peningkatan trend penghidap sakit jantung dalam kalangan usia muda di Malaysia.
ADUN Johol dikejarkan ke IJN akibat serangan jantung
Beliau dimaklumkan Saiful Yazan dikejarkan ke IJN kira-kira pukul 3 petang semalam dan kini masih dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU).
IJN perintis pusat rehabilitasi jantung berteknologi tinggi pertama di Asia
Kemudahan canggih itu menggabungkan inovasi dari Jerman, Finland dan Belanda sekali gus menawarkan kemudahan rawatan terbaik kepada pesakit.
KKM belanja hampir RM250 juta untuk laksana 'khidmat luar' pesakit jantung ke IJN
KKM membelanjakan RM248.97 juta untuk melaksanakan khidmat luar (outsource) 93,495 pesakit jantung kepada Institut Jantung Negara Sdn Bhd (IJNSB) sejak Januari tahun ini hingga 31 Mei lepas.
MB Pahang Wan Rosdy kembali bertugas
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail kembali memulakan tugas rasmi di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.
Bicara kes saman terhadap Ahmad Zahid ditangguhkan lagi ke 26 Ogos
Perbicaraan kes saman Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dijadualkan hari ini ditangguhkan ke 26 Ogos.
Tun Mahathir dirawat di IJN kerana batuk
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak Isnin lalu.