KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak berhasrat untuk mengambil cap jari menerusi pembangunan Identiti Digital Nasional (IDN) sepertimana diuar-uarkan pencipta kandungan di pelbagai platform media sosial, kata Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil.
Beliau berkata sejak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat pengumuman mengenai inisiatif itu, pihaknya mendapati banyak kandungan di media sosial yang tidak tepat, salah dan palsu disebarkan, menyatakan kononnya kerajaan akan berbuat demikian.
"Walaupun ini (IDN) di bawah MIMOS bukan bawah KKD, tapi saya ambil kesempatan untuk menjelaskan kita tidak berhasrat untuk ambil cap jari, Digital ID ini adalah single sign on, ini yang kita cuba sampaikan kepada rakyat.
"Maklumat itu tentang cap jari dan sebagainya itu ada pada Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Pendaftaran Negara," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini bagi menjawab soalan tambahan Senator Manolan Mohamad.
Sebelum ini, KKD memberi jaminan pembangunan IDN tidak akan menjejaskan keselamatan data peribadi rakyat, malah menyatakan inisiatif diusahakan oleh MIMOS Berhad itu digunakan di beberapa negara seperti Estonia, Singapura dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), IDN merupakan satu bentuk pengenalan dan pengesahan diri secara digital yang merujuk sumber tunggal.
Ia memudahkan rakyat berurusan secara bersemuka atau secara maya dengan penyedia perkhidmatan digital daripada sektor awam dan swasta dengan pengesahan identiti yang selamat, terjamin dan menjimatkan masa.
Dalam pada itu, Fahmi berkata kerajaan pada masa ini tidak berhasrat untuk mengadakan sekatan atau had jumlah jam penggunaan media sosial seperti TikTok dan Youtube bagi menyekat penyebaran berita palsu.
"Sebenarnya ibu bapa juga boleh menetapkan had untuk penggunaan mana-mana aplikasi, ini berdasarkan peranti seperti Iphone, Samsung dan sebagainya ada pilihan itu," katanya.
Bagaimanapun, Fahmi berkata KKD sering bekerjasama dengan penyedia platform media sosial seperti TikTok untuk memastikan kandungan yang salah atau maklumat palsu dapat diturunkan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 30 2023

Fahmi berkata, kerajaan pada masa ini tidak berhasrat mengadakan sekatan atau had jumlah jam penggunaan media sosial bagi menyekat penyebaran berita palsu. - Gambar fail

Polis kesan tiga lelaki disyaki rompak kedai emas di Nilai
Polis giat mengesan tiga lelaki disyaki terlibat dalam rompakan bersenjata di sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai, semalam.

Caruman KWSP untuk bukan warganegara, nilai KDNK tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Chiew Choon Man (PH-Miri) akan meminta penjelasan mengenai caruman KWSP untuk bukan warganegara yang dilihat membebankan majikan.
AWANI Pagi: Refugees in ASEAN, a shared responsibility
Refugees across Southeast Asia face uncertain futures, with no unified ASEAN policy to protect them. How should the region respond? What can be done to ensure their rights and dignity are upheld? Join us with Dr. Aslam Abdul Jalil from Universiti Malaya as we explore the challenges, policies, and future of refugees in ASEAN. Are we doing enough, or is it time for a stronger collective effort?

Trump umum tarif barang import China ke Amerika naik dari 10 kepada 20 peratus
Kenaikan tarif ini bertujuan untuk memaksa China mengambil tindakan terhadap penyeludupan fentanyl ke Amerika, tegas Presiden Trump.

Satu dunia merasai inflasi, Singapura tidak terkecuali
Singapura berdepan cabaran ekonomi global yang kompleks, tetapi kerajaan bertekad untuk terus menyokong rakyat.

Paus Francis alami dua ‘kegagalan pernafasan akut’, sudah sedar dan sedang berehat - Vatican
Awal pagi Isnin, Paus Francis menjalani dua prosedur bronkoskopi dan doktor telah mengeluarkan lendir yang terkumpul.

MNKT lulus garis panduan perancangan bandar rendah karbon
Garis panduan itu akan menjadi dokumen penting dalam perancangan bandar serta membantu aspirasi negara mencapai status GHG Sifar Bersih menjelang 2050.
Lebih 35,000 kes penipuan direkod tahun lepas, rugi RM1.6 bilion
Negara mencatatkan sejumlah 35,368 kes penipuan tahun lepas dan mengakibatkan kerugian RM1.6 bilion.
Perlu ada 30 peratus wakil wanita di peringkat DUN, Parlimen
Sementara itu, pengarah negara bagi Westminster Foundation for Democracy (WFD) di Malaysia, Ooi Kok Hin berpendapat perwakilan wanita dalam politik memerlukan inisiatif yang lebih konkrit dan bukan hanya bersifat retorik semata-mata.
Negara perlu lebih ramai wanita dalam bidang politik - ADUN KKB
Negara memerlukan lebih ramai wanita melibatkan diri dalam politik bagi memastikan suara serta kepentingan mereka diwakili secara lebih menyeluruh dalam proses pentadbiran dan pembuatan dasar.

MIMOS beri jaminan sistem MyDigital ID selamat
MIMOS memberi jaminan bahawa sistem MyDigital ID adalah selamat dan tidak akan berlaku perlanggaran atau kebocoran data pengguna.

Kerajaan jimat puluhan juta melalui pembangunan IDN - Fahmi Fadzil
Fahmi berkata penyepaduan sistem data merentas pelbagai agensi kerajaan disifatkan sebagai penting bagi memastikan aliran maklumat yang lancar antara jabatan.

Pelaksanaan Identiti Digital Nasional berbeza dengan negara luar - Fahmi Fadzil
Pelaksanaan IDN masih di peringkat permulaan, dengan jangkaan pada Mac tahun depan proses pendaftaran akan lebih rancak.

IDN: Kerajaan tidak berhasrat ambil cap jari - Fahmi
Banyak kandungan di media sosial yang tidak tepat disebarkan, menyatakan kononnya kerajaan akan ambil cap jari menerusi pembangunan IDN.

Kerajaan salur RM80 juta minggu depan, segerakan pelaksanaan IDN - Anwar
Kerajaan melantik pusat penyelidikan dan pembangunan gunaan nasional, MIMOS Berhad sebagai agensi pelaksana program Identiti Digital Nasional (IDN) dengan peruntukan awal sebanyak RM80 juta.

IDN dilaksanakan sepenuhnya pada 2024 - Hamzah
Identiti Digital Nasional (IDN) akan dilaksanakan sepenuhnya pada 2024, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.