KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka membuat penjimatan puluhan juta ringgit melalui pembangunan Identiti Digital Nasional (IDN).
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, pelaksanaan IDN juga akan memastikan data pengguna dapat disimpan dengan lebih selamat, mengurangkan pertindihan, dan pada masa sama memperkasakan perkhidmatan awam.
"MyDigital ID salah satu kunci utama kenapa Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) memerlukan sistem ini.
"Sistem pelanggan (dikenali) EKYC adalah sesuatu yang menelan belanja agensi kerajaan jutaan ringgit setiap kali mahu disatukan dalam aplikasi.
"Cuba bayangkan setiap kali kita nak buat satu aplikasi pendaftaran yang berbeza-beza mengikut kementerian, jabatan dan agensi.
"... dan kita tak tahu apabila kita serahkan kad pengenalan atau gambar kita, ke mana perginya data ini. Maka, selain daripada MyDigital ID tak ada tanam cip dan rakam apa-apa (seperti cap jari pengguna), sistem itu sebenarnya untuk menjimatkan, mungkin berpuluh juta ringgit untuk pembinaan atau pembangunan aplikasi baharu," katanya pada Isnin.
Beliau berucap pada Forum Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam: Menjadikannya Lebih Cekap Dan Berkesan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara, di sini.
Berucap lanjut, Fahmi berkata penyepaduan sistem data merentas pelbagai agensi kerajaan disifatkan sebagai penting bagi memastikan aliran maklumat yang lancar antara jabatan.
Ujarnya, penyepaduan berkenaan bukan sahaja menambah baik proses membuat keputusan tetapi juga menghalang rakyat daripada berulang kali memberikan maklumat sama kepada entiti yang berbeza.
"Komunikasi antara agensi-agensi kerajaan juga perlu diperkukuhkan. Kejelasan dalam aliran maklumat dan kerjasama antara agensi boleh mengurangkan kelewatan dalam proses penyampaian perkhidmatan.
"Saya benar-benar percaya bahawa pelaburan dalam latihan berterusan dan peningkatan kemahiran kakitangan awam adalah sangat penting.
"Apabila kita memperkenalkan teknologi dan metodologi baharu, tenaga kerja kita harus dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan untuk mengendalikan dan memanfaatkan kemajuan ini," tambah beliau.
Mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI) pula, Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata teknologi tersebut mampu meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam jika ia dimanfaatkan dengan baik.
Justeru, beliau memberi bayangan akan mengadakan perbincangan berhubung garis panduan penggunaan AI dalam kalangan penjawat awam seperti pegawai tadbir dan diplomatik (PTD).
"Setakat ini belum ada apa-apa arahan boleh atau pun tak boleh guna AI, mungkin nanti saya kena ada sedikit perbincangan. AI di bawah jagaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), kita lihat mungkin sangat bermanfaat kalau kita faham dan fasih menggunakannya.
"Di beberapa negara seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE), agensi seumpama MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) telah menghasilkan AI sendiri. AI ini membantu menjawab soalan-soalan mengenai visa dan kelayakan untuk warganegara di UAE," ujarnya.
Hasimi Muhamad
Mon Dec 04 2023

Fahmi berkata, pelaksanaan IDN juga akan memastikan data pengguna dapat disimpan dengan lebih selamat, mengurangkan pertindihan, dan pada masa sama memperkasakan perkhidmatan awam - Foto fail

Permohonan maaf Astro Audio
Astro Audio melahirkan kekesalan atas satu insiden rakaman video melibatkan penyampai kami, Nabil Ahmad, Azad Jasmin, dan Radin, yang telah dikongsi di platform media sosial ERA.

Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan - PM Anwar
Anwar berkata langkah ini bagi memastikan individu memperoleh lonjakan pendapatan seiring dengan peningkatan produktiviti.
[TERKINI] Amaran cuaca panas tahap jaga-jaga di Pendang, Pokok Sena, Baling
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di Pendang, Pokok Sena dan Baling di Kedah.
AWANI Ringkas: Kebimbangan Sultan Pahang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

KWSP kekal kukuh dengan strategi pelaburan seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh dalam mengimbangi portfolio pelaburannya di dalam dan luar negara, sekali gus memastikan pulangan kompetitif kepada ahlinya.

Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menteri Perpaduan Negara ingatkan semua pihak untuk tidak mencetuskan ketegangan atau perasaan benci antara penganut agama.

Fahmi arah MCMC siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Pengurusan Astro dan stesen radio tersebut akan dipanggil ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh.

KWSP: Kerajaan tidak cadang wajib pencarum Islam pilih Simpanan Syariah - PM
Rekod penyamaan dividen KWSP itu dijangka akan meningkatkan lagi keyakinan pencarum beragama Islam untuk menambah simpanan Syariah.

'Dia tinggalkan semua demi saya, anak' - Ridzuan Ridzokumura sifatkan Akiko isteri penyayang
Meski masih cuba untuk kuat dengan kehilangan besar itu, Ridzuan bagaimanapun reda dengan pemergian isteri tercinta.

3 penyampai radio ERA mohon maaf secara terbuka
Nabil, Radin, Azad Jasmin susun jari mohon maaf berhubung aksi mereka yang kurang menyenangkan dan menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India.

Fahmi arah MCMC siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Pengurusan Astro dan stesen radio tersebut akan dipanggil ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh.

Hindari fitnah, penyebaran berita palsu di bulan Ramadan - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyeru seluruh umat Islam menjauhkan diri daripada segala bentuk fitnah dan penyebaran berita palsu sempena Ramadan.

Penjawat awam boleh pilih waktu bekerja fleksi sepanjang Ramadan - Fahmi
Penjawat awam dibenarkan memilih waktu kerja fleksi sepanjang Ramadan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Jemaah Menteri menjunjung kasih titah Sultan Pahang berkaitan Titah Adendum - Fahmi
Fahmi berkata pelaksanaan dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan proses itu (Titah Adendum) akan diteruskan oleh kerajaan.

3,670 laman sesawang bersifat lucah disekat sehingga 15 Feb lepas - Fahmi
Sejumlah 3,670 laman sesawang bersifat lucah disekat dari 2022 sehingga 15 Feb lepas, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Organisasi media disaran sediakan pelan transformasi AI - Fahmi
Setiap organisasi media di negara ini disaran menyediakan pelan transformasi kecerdasan buatan (AI) dalam operasi masing-masing.

MCMC berhubung dengan TikTok isu 18 akaun organisasi media disekat - Fahmi
MCMC sedang berhubung dengan TikTok bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu 18 akaun TikTok organisasi media tempatan yang disekat baru-baru ini.

Pejabat Parlimen Lembah Pantai salur RM40,000 untuk 40 surau, semarak aktiviti Ramadan
Sumbangan itu diberikan dalam bentuk wang tunai berjumlah RM1,000 kepada setiap surau untuk menyokong pelaksanaan aktiviti moreh.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.