PUTRAJAYA: Identiti Digital Nasional (IDN) akan dilaksanakan sepenuhnya pada 2024, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Beliau menjelaskan bahawa IDN tidak akan menggantikan MyKad sebagai dokumen pengenalan diri sebaliknya merupakan satu bentuk pengenalan dan pengesahan diri secara digital dengan menggunakan teknologi terkini biometrik seperti cap jari, pengecaman wajah dan iris bagi rakyat menjalankan urusan dalam talian.
"Pengesahan individu secara digital ini penting bagi mengelakkan penipuan identiti dalam urusan secara dalam talian yang boleh merugikan negara," katanya pada sambutan Hari Pendaftaran Negara ke-73 yang diadakan secara dalam talian hari ini.
Hamzah berkata proses perancangan IDN bermula tahun ini, dengan sistem dan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan ditambah baik supaya sentiasa terkini dan selamat agar urusan pengesahan identiti pengguna melalui IDN dapat dikendalikan dengan baik.
"Dengan adanya IDN ini, semakan dan pengesahan individu warganegara yang mempunyai MyKad dapat dilaksanakan dengan mudah dan tepat.
"Ia bukan hanya dapat membantu melancarkan semua proses yang terlibat, apa yang lebih penting ia mampu memberi keyakinan tinggi kepada rakyat terhadap sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan," katanya.
Menurut Hamzah JPN dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang membangunkan Sistem Pengesahan Data Integrasi Kematian (SPDIM) yang merupakan satu integrasi antara sistem JPN dengan Sistem Laporan Polis (PRS) yang melibatkan 690 balai polis di Semenanjung Malaysia.
Beliau berkata sistem itu memudahkan proses pengesahan kematian yang dilaporkan kesemua balai polis berkenaan dan melibatkan kematian yang tiada unsur jenayah di rumah.
Melalui sistem integrasi itu, katanya JPN akan membuat pengesahan kematian secara dalam talian sekali gus mempercepatkan proses pendaftaran dan pengeluaran sijil kematian kepada waris.
"Sebelum pelaksanaan SPDIM ini, rakyat perlu menunggu untuk mendapatkan sijil kematian, namun dengan adanya sistem ini pengeluaran sijil kematian boleh dibuat pada hari yang sama kematian dilaporkan di balai polis," katanya.
Hamzah berkata JPN akan memperluaskan perkhidmatan dalam talian sedia ada antaranya pendaftaran kelahiran, permohonan kad pengenalan 12 tahun, pendaftaran perkahwinan dan gantian MyKad kepada urus niaga lain berdasarkan kesesuaian bagi memantapkan sistem penyampaian perkhidmatannya.
"Perkhidmatan dalam talian atau eServices yang telah disediakan JPN telah mencapai satu tahap yang membanggakan. Kini pemohon hanya perlu hadir ke pejabat JPN untuk membuat pengesahan dan mengambil dokumen yang telah siap diproses," katanya.
Hamzah dalam pada itu berkata tema sambutan Hari Pendaftaran Negara tahun ini iaitu "JPN 73 Tahun: Transformasi Digital" adalah bersesuaian dan bertepatan susulan peralihan ke arah transformasi perkhidmatan secara digital dan dalam talian.
"Peralihan dan penambahbaikan daripada sistem lama kepada digital ini terbukti mampu meningkatkan tahap keselamatan maklumat data peribadi penduduk Malaysia, terutamanya dalam mengekang kegiatan tidak bertanggungjawab seperti pemalsuan kad pengenalan mahupun 'black economy' (ekonomi gelap)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 20 2021

IDN merupakan satu bentuk pengenalan dan pengesahan diri secara digital dengan menggunakan teknologi terkini biometrik seperti cap jari, pengecaman wajah dan iris bagi rakyat menjalankan urusan dalam talian. - Gambar hiasan

Pelancaran komersial pertama roket Ariane 6 Eropah ditangguh lagi
Pelancaran komersial pertama roket baharu Eropah, Ariane 6 terpaksa dibatalkan pada saat akhir, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
[TERKINI] Astro Audio mohon maaf, trio Pagi Era direhatkan
Astro Audio memohon maaf atas insidne rakaman video melibatkan penyampainya, Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin. Trio Pagi Era itu juga akan direhatkan dari ke udara sehingga diberitahu kelak.

Nahas KM204: Syarikat lori mengaku tidak bersalah
Syarikat yang diwakili Pengurus Operasi Ng Chee Keong mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melanggar syarat lesen membawa muatan serbuk simen melebihi had berat yang dibenarkan.

Permohonan maaf Astro Audio
Astro Audio melahirkan kekesalan atas satu insiden rakaman video melibatkan penyampai kami, Nabil Ahmad, Azad Jasmin, dan Radin, yang telah dikongsi di platform media sosial ERA.

Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan - PM Anwar
Anwar berkata langkah ini bagi memastikan individu memperoleh lonjakan pendapatan seiring dengan peningkatan produktiviti.
[TERKINI] Amaran cuaca panas tahap jaga-jaga di Pendang, Pokok Sena, Baling
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di Pendang, Pokok Sena dan Baling di Kedah.
AWANI Ringkas: Kebimbangan Sultan Pahang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

KWSP kekal kukuh dengan strategi pelaburan seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh dalam mengimbangi portfolio pelaburannya di dalam dan luar negara, sekali gus memastikan pulangan kompetitif kepada ahlinya.

Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menteri Perpaduan Negara ingatkan semua pihak untuk tidak mencetuskan ketegangan atau perasaan benci antara penganut agama.

Fahmi arah MCMC siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Pengurusan Astro dan stesen radio tersebut akan dipanggil ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh.

Pendaftaran MyDigital ID untuk 1.6 juta penjawat awam giat dilaksana - Fahmi
Proses pendaftaran MyDigital ID membabitkan 1.6 juta penjawat awam yang sedang giat dilaksanakan ketika ini berjalan dengan baik.

Pelaksanaan Identiti Digital Nasional berbeza dengan negara luar - Fahmi Fadzil
Pelaksanaan IDN masih di peringkat permulaan, dengan jangkaan pada Mac tahun depan proses pendaftaran akan lebih rancak.

Pembangunan IDN: Data rakyat Malaysia selamat - Fahmi
Katanya, inisiatif yang diusahakan Mimos Berhad dengan kerjasama beberapa agensi lain itu telah digunakan di beberapa negara luar.

IDN dilaksanakan sepenuhnya pada 2024 - Hamzah
Identiti Digital Nasional (IDN) akan dilaksanakan sepenuhnya pada 2024, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.