KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Identiti Digital Nasional (IDN) di Malaysia disifatkan sebagai jauh berbeza dengan negara-negara lain seperti Kanada dan India, selain keselamatan data pengguna adalah terjamin.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menegaskan IDN yang dibangunkan di bawah Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (MIMOS Bhd) tidak akan merakam cap jari atau iris pengguna.
Jelas beliau lagi, pelaksanaan IDN masih di peringkat permulaan, dengan jangkaan pada Mac tahun depan proses pendaftaran akan lebih rancak.
"... dan yang penting di sini dalam konteks Malaysia sistem adalah untuk memudahkan supaya rakyat Malaysia, hanya memerlukan satu kata laluan untuk masuk di semua aplikasi kerajaan.
"Ini bukan hanya memudahkan kita sebagai rakyat Malaysia sebagai pengguna tetapi menjimatkan pihak kerajaan.
"Kita tahu kalau nak bina satu modul untuk pendaftaran yang dikenali juga sebagai EKYC, kosnya tinggi. Jadi bagi pihak kerajaan ini juga satu langkah penjimatan," katanya ketika ditemui pemberita pada program Run Hack: Scam Alert 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini hari ini.
Fahmi menambah, MIMOS sudah memulakan usaha memberi penjelasan dan penerangan mengenai penggunaan IDN kepada orang ramai dan kementeriannya turut ditugaskan untuk membantu.
Katanya, Jabatan Penerangan (JaPen) akan membantu MIMOS dalam memberikan penjelasan dan penerangan mengenai penggunaan IDN.
"Jadi insya-Allah dalam masa terdekat JaPen akan membantu MIMOS menerbitkan jawapan kepada set soalan-soalan lazim mengenainya, dan juga penjelasan (disampaikan) dalam bentuk video yang sangat ringkas," tambah beliau
Sebelum ini, KKD memberi jaminan pembangunan IDN tidak akan menjejaskan keselamatan data peribadi rakyat, malah menyatakan inisiatif diusahakan oleh MIMOS itu digunakan di beberapa negara seperti Estonia, Singapura dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Pada 21 November lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan melantik pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) gunaan nasional, MIMOS sebagai agensi pelaksana program IDN dengan peruntukan awal sebanyak RM80 juta.
IDN atau digital ID adalah suatu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital, yang bakal dimanfaatkan sektor awam dan swasta, untuk mengesahkan identiti pengguna semasa melakukan transaksi secara dalam talian.
Hasimi Muhamad
Sun Dec 03 2023

Fahmi menegaskan, IDN yang dibangunkan di bawah Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (MIMOS Bhd) tidak akan merakam cap jari atau iris pengguna. -Gambar fail/Bernama

Pusat latihan TVET di Gua Musang dijangka mula beroperasi suku ketiga 2025
Pusat latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Gua Musang dijangka mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini, menurut Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Pelancaran komersial pertama roket Ariane 6 Eropah ditangguh lagi
Pelancaran komersial pertama roket baharu Eropah, Ariane 6 terpaksa dibatalkan pada saat akhir, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
[TERKINI] Astro Audio mohon maaf, trio Pagi Era direhatkan
Astro Audio memohon maaf atas insidne rakaman video melibatkan penyampainya, Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin. Trio Pagi Era itu juga akan direhatkan dari ke udara sehingga diberitahu kelak.

Nahas KM204: Syarikat lori mengaku tidak bersalah
Syarikat yang diwakili Pengurus Operasi Ng Chee Keong mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melanggar syarat lesen membawa muatan serbuk simen melebihi had berat yang dibenarkan.

Permohonan maaf Astro Audio
Astro Audio melahirkan kekesalan atas satu insiden rakaman video melibatkan penyampai kami, Nabil Ahmad, Azad Jasmin, dan Radin, yang telah dikongsi di platform media sosial ERA.

Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan - PM Anwar
Anwar berkata langkah ini bagi memastikan individu memperoleh lonjakan pendapatan seiring dengan peningkatan produktiviti.
[TERKINI] Amaran cuaca panas tahap jaga-jaga di Pendang, Pokok Sena, Baling
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di Pendang, Pokok Sena dan Baling di Kedah.
AWANI Ringkas: Kebimbangan Sultan Pahang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

KWSP kekal kukuh dengan strategi pelaburan seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh dalam mengimbangi portfolio pelaburannya di dalam dan luar negara, sekali gus memastikan pulangan kompetitif kepada ahlinya.

Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menteri Perpaduan Negara ingatkan semua pihak untuk tidak mencetuskan ketegangan atau perasaan benci antara penganut agama.

Pendaftaran MyDigital ID untuk 1.6 juta penjawat awam giat dilaksana - Fahmi
Proses pendaftaran MyDigital ID membabitkan 1.6 juta penjawat awam yang sedang giat dilaksanakan ketika ini berjalan dengan baik.

Pelaksanaan Identiti Digital Nasional berbeza dengan negara luar - Fahmi Fadzil
Pelaksanaan IDN masih di peringkat permulaan, dengan jangkaan pada Mac tahun depan proses pendaftaran akan lebih rancak.

Pembangunan IDN: Data rakyat Malaysia selamat - Fahmi
Katanya, inisiatif yang diusahakan Mimos Berhad dengan kerjasama beberapa agensi lain itu telah digunakan di beberapa negara luar.

IDN dilaksanakan sepenuhnya pada 2024 - Hamzah
Identiti Digital Nasional (IDN) akan dilaksanakan sepenuhnya pada 2024, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.