MINGGU lalu seluruh dunia memberi tumpuan kepada Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil.
Semangat kesukanan yang dipamerkan oleh atlet-atlet Malaysia dalam misi mereka mengharumkan negara disanjungi rakyat Malaysia.
Tumpuan berita pilihan minggu lalu juga banyak diberikan kepada pencapaian cemerlang atlet-atlet negara yang bakal tiba di tanahair tidak lama lagi.
Berikut merupakan berita pilihan pengarang minggu lalu.
ISNIN
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) di sini pada jam 4.30pm,
Sebelum ini, bekas perdana menteri berusia 91 tahun itu dimasukkan ke wad selepas mengalami masalah jangkitan dada pada 9 Ogos dan diletakkan dibawah pemerhatian untuk beberapa hari.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga penjawat awam termasuk seorang Datuk Seri dan Datuk atas kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram.
Susulan penahanan berikut, akaun mereka bernilai lebih RM13 juta RM13 juta telah dibekukan, meliputi wang simpanan dan amanah saham bernilai antara RM1 juta hingga RM6 juta setiap yang ditahan.
SELASA
Hari kesebelas Sukan Olimpik 2016 melakar kenangan manis buat pemain beregu negara Goh V Shem dan Tan Wee Kiong apabila pasangan ini melayakkan diri ke peringkat akhir selepas menewaskan pasangan dari China Hong Wei dan Chai Biao di Stadium Riocentro di Rio malam ini.
Beregu campuran negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, mencipta sejarah gemilang apabila memastikan pingat emas atau perak berada dalam genggaman, setelah melangkah ke perlawanan akhir menewaskan seteru mereka dari China, Xu Chen-Ma Jin, 21-12 dan 21-19.
Demam Pokemon GO menjadi-jadi!
Gara-gara taksub dengan pemainan aplikasi itu, 15 kenderaan di George Town disaman Polis Pulau Pinang atas kesalahan meletakkan kenderaan di bahu jalan bandaraya tersebut pada malam Isnin.
Sehubungan penahanan SPRM pada 15 Ogos, seorang pegawai kanan Tenaga Nasional Berhad (TNB) cawangan Kota Bharu direman selama tujuh hari bermula hari ini (Ogos 16) hingga 22 Ogos bagi membantu siasatan kes rasuah dan penggubahan wang haram.
SPRM menahan reman seorang pengarah di sebuah jabatan kerajaan setelah memperoleh perintah mahkamah.
Penahanan reman itu bagi membolehkan siasatan berhubung kes rasuah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram.
Seorang pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bergelar 'Datuk Seri' direman tujuh hari berhubung kes rasuah, gubah wang haram di Mahkamah Majistret Putrajaya.
Perintah reman dikeluarkan terhadap suspek berusia 54 tahun oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah dan penggubahan wang haram
RABU
Pakar keirin negara, Azizulhasni Awang mencipta sejarah selepas menjadi pelumba basikal pertama negara untuk memenangi pingat dalam Temasya Olimpik Rio 2016 selepas meraih pingat gangsa di Velodrom Olimpik Rio.
GALERI FOTO: Rio 2016: Sebutir pingat, hadiah Azizulhasni buat negara
Syabas, Azizulhasni!
Namun, beliau terus mencuri tumpuan selepas mendakwa ada beberapa pihak tidak menghiraukan keperluan untuk mencapai impiannya mencapai pingat emas di temasya sukan berprestij ini.
Dalam status yang dimuat naik ke akaun Facebook rasminya, Azizulhasni mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman walaupun secara sinis berkata permohonan bantuan yang dikemukakan pihak pengurusannya sebelum ini tidak diberi perhatian.
MB Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman pula berkata beliau tidak tahu permohonan jaguh basikal negara, Azizulhasni Awang mendapat tajaan basikal, 'Roadbike' sebagai persediaan ke temasya Olimpik 2016 diabaikan.
Hari ini turut menyaksikan jaguh perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei seperti diduga mudah melepasi peringkat suku akhir.
Chong Wei mudah menundukkan pemain Taiwan Chou Tien-chen dengan melakar kemenangan straight set.
Tumpuan kepada berita nasional. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengesahkan sebuah kapal tangki minyak milik Indonesia, MT Vier Harmoni, yang membawa 900,000 liter diesel bernilai RM1.57 juta, hilang di perairan Malaysia, petang semalam.
Dua rakan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas didapati bersalah membunuh seorang wanita dengan menikamnya sebanyak 78 kali pada Disember 2011.
Lagi mengenai Pokemon GO!
Kerajaan Kelantan hari ini melarang permainan maya Pokemon GO di semua premisnya.
KHAMIS
Ratu terjun Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri layak ke separuh akhir perseorangan wanita 10m platform di Sukan Olimpik Rio pada Rabu.
Acara diteruskan pada hari yang sama dan menyaksikan kedua-dua ratu terjun negara ini melayakkan diri ke final dalam acara 10m platform.
JUMAAT
Pasangan beregu lelaki negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong berdepan misi penting untuk menukar pingat perak dalam genggaman mereka kepada emas apabila bertemu lawan mereka dari China, Fu HaiFeng-Zhang Nan dalam perlawanan akhir. #AyuhMalaysiaku!
INI LAPOR LANGSUNG ASTRO AWANI
Apa yang membanggakan beregu Malaysia ini berjaya menyumbang pingat perak ketiga negara dalam Sukan Olimpik tahun ini selepas memberi tentangan sengit sebelum tewas 21-16, 11-21 dam 21-23 kepada pasagan China itu.
SABTU
Pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sekali membuat penampilan dalam temasya Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil, adalah yang keempat buat dirinya selepas kali pertama menyertai kontinjen negara di Athens, Greece pada 2004 dan diikuti Beijing, China (2008) serta London, England (2012).
BACA: Lee Chong Wei, seluruh Malaysia di belakangmu!
LAPOR LANGSUNG FINAL #MAS DAN #CHI
Akhirnya, Chong Wei akur dengan kehebatan Chen Long apabila perlawanan di Riocentro Pavilion itu berakhir dengan kemenangan berpihak kepada pemain dari China itu dengan straight set 21-18, 21-18.
AHAD
Kejohanan Dunia tahun depan akan menjadi pentas antarabangsa terakhir Lee Chong Wei memburu satu lagi gelaran utama selepas impiannya meraih pingat emas Sukan Olimpik berakhir.
'Dia tetap wira No.1 satu saya, kata bapa Chong Wei, Lee Ah Chai. Baca apa kata Ah Chai.
Pertembungan penuh debaran di antara Chong Wei dan saingan utamanya Lin Dan dalam pertandingan separuh akhir badminton Olimpik 2016 ternyata terlalu berat untuk seorang warga emas di Batu Gajah, Perak.
Berita politik negara. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedang mengintai beberapa kerusi untuk dipertandingkan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), termasuk di kawasan PAS dan PKR.
Menurut presiden penaja parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin, rundingan bersama parti-parti berkenaan akan diadakan sebaik sahaja pendaftaran parti tersebut diluluskan.
Muhyiddin turut berkata tempoh perkhidmatan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia dihadkan kepada maksimum tiga penggal.
Beliau turut berkata soal menjadi ketua pembangkang tidak wujud dalam fikirannya ketika ini.
Astro Awani
Mon Aug 22 2016
Berikut adalah berita pilihan pengarang Astro AWANI bagi minggu bermula 15 hingga 21 Ogos, 2016. - Gambar fail
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Serangan Israel di Lubnan, lima petugas perubatan terkorban
Israel melancarkan serangan besar ke selatan Lubnan dan pinggir Beirut pada Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya lima petugas perubatan terkorban.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Gaza terus diserang meski waran tangkap dikeluarkan ICC
Penduduk Gaza pada Jumaat melihat sedikit harapan bahawa waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap pemimpin Israel akan memperlahankan serangan ke atas wilayah mereka.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Kekejaman zionis: OIC sambut baik waran tangkap ICC terhadap pegawai Israel
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Korea Utara langgar sekatan PBB, import minyak Rusia
Korea Utara telah melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dipercayai menerima lebih 1 juta tong minyak dari Rusia sepanjang lapan bulan pertama tahun ini.
Laporan ini berdasarkan analisis imejan satelit yang diterbitkan oleh Pusat Sumber Terbuka yang berpangkalan di Britain bersama BBC pada Jumaat.
Laporan ini berdasarkan analisis imejan satelit yang diterbitkan oleh Pusat Sumber Terbuka yang berpangkalan di Britain bersama BBC pada Jumaat.
#ICYMI Berita Pilihan Pengarang (15 - 21 Ogos 2016)
Berikut ialah berita pilihan pengarang bagi minggu bermula Ogos 15-21, 2016.
#ICYMI Berita Pilihan Pengarang (30 Mei - 5 Jun)
Berikut adalah berita-berita yang menjadi tumpuan pengunjung di portal Astro AWANI mulai Mei 30 dan 5 Jun, 2016. Baca.