JOHOR BAHRU: Seorang ibu tunggal dan rakan wanitanya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya dan mengabaikan anak lelakinya berusia tujuh tahun di Pasir Gudang di sini.
Bagi pertuduhan pertama Nurul Asyiqin Mohamad Zahir, 27, dan rakan warga Singapura Awiin Chua, 30, didakwa mencapai niat bersama telah menganiaya kanak-kanak berkenaan yang berada di bawah jagaan mereka menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal.
Pertuduhan kedua pula, dua wanita yang masing-masing seorang suri rumah dan juruteknik di sebuah kilang itu didakwa mencapai niat bersama telah mengabaikan kanak-kanak berkenaan yang di bawah penjagaan mereka.
Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Bandar Layang Kasa, Pasir Gudang antara 1 Julai hingga 9 Ogos lepas.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Diyana Zubir mencadangkan kepada mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM30,000 kepada setiap tertuduh dengan syarat tambahan mereka dilarang mendekati atau berhubung dengan mangsa.
Menurut Nur Diyana, tertuduh pertama adalah ibu kandung mangsa yang telah mengambil kanak-kanak itu daripada jagaan datuk dan nenek di Pokok Sena, Kedah sebelum dibawa ke Johor, namun dalam penjagaannya, dia gagal menjaga mangsa sehingga terdapat kecederaan fizikal serta diabaikan.
"Tertuduh kedua pula merupakan seorang warga Singapura yang tinggal serumah dengan tertuduh pertama, walaupun tiada pertalian darah tetapi tertuduh turut diberi tanggungjawab menjaga mangsa.
Kanak-kanak itu kini di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini dan dijaga bapa saudaranya sementara menunggu pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memutuskan hak penjagaan mangsa," katanya.
Peguam Abd Rahim Ali yang mewakili kedua-dua tertuduh membantah kenyataan pendakwaan bahawa tertuduh pertama telah melarikan mangsa sedangkan tempat seorang anak memang adalah bersama ibu kandungnya.
"Tiada risiko tertuduh pertama akan mengganggu mangsa kerana hak penjagaan ditentukan JKM, dia juga tidak mungkin melarikan diri kerana tidak lagi bekerja sejak dua bulan lepas, malah dia juga tidak mempunyai pasport tetapi mempunyai seorang lagi anak (perempuan) berusia sembilan tahun.
Bagi tertuduh kedua pula, dia masih bekerja di Singapura namun menetap di Pasir Gudang dan mempunyai pasport serta permit yang sah untuk berada di dalam negara," katanya.
Hakim Fatimah Zahari kemudian membenarkan Nurul Asyiqin diikat jamin RM15,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin, manakala Awiin dibenarkan ikat jamin RM20,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin warga tempatan.
Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan iaitu kedua-dua wanita terbabit perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali sehingga kes selesai dan diberi amaran supaya tidak boleh mengganggu mangsa.
Mahkamah menetapkan 27 Sept depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan mangsa daripada HSI.
Sebelum ini, tular beberapa rakaman video dan gambar menunjukkan orang awam menyerbu sebuah rumah, dipercayai bagi menyelamatkan kanak-kanak yang disyaki didera oleh ibu kandung dan seorang rakannya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 16 2023

Ibu tunggal Nurul Asyiqin Mohamad Zahir (dua, kanan) dan rakan wanitanya Awiin Chua (kiri) didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan menganiaya dan mengabaikan anak lelakinya berusia tujuh tahun. -Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Ibu tunggal dan rakan didakwa aniaya, abai anak berusia tujuh tahun
Mereka didakwa mencapai niat bersama telah menganiaya kanak-kanak berkenaan yang berada di bawah jagaan mereka menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal.

Lemas dalam tong: 26 April sebutan semula kes kanak-kanak 7 tahun maut didera
Ia bagi menunggu keputusan bedah siasat yang dijalankan ke atas mangsa yang berusia 7 tahun.