Ibu kepada seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di sini yang dikatakan dibuli sekumpulan pelajar sekolah itu melahirkan rasa kecewa dengan pihak sekolah yang tidak mengambil tindakan terhadap pelajar terbabit, tetapi sebaliknya menggantung persekolahan anaknya.
Yuszaidah Yusuf, 41, berkata anaknya Mohd Afiq Afifuddin Mohd Tajuddin, 17, pelajar Tingkatan Lima sekolah itu, diserang dan dicederakan sekumpulan pelajar ketika dia berada dalam sebuah bilik air di sekolah tersebut pukul 10.45 pagi pada 8 Okt lepas.
Katanya apa yang menyebabkan dia keliru adalah apabila anaknya yang bengkak di muka dan bahagian mata kiri serta lebam di belakang badan pula dihukum pihak sekolah kerana dikatakan punca masalah dan dihukum gantung pengajian seminggu.
Katanya dia dan suaminya dimaklumkan seorang guru sekolah tersebut yang anak sulungnya itu dirawat di Bilik Kecemasan, Hospital Kulim pada hari kejadian dan dimaklumkan guru berkenaan bahawa anaknya itu terjatuh dalam bilik air.
"Melihat keadaan lebam di mata kiri, muka dan belakang anak saya itu menguatkan syak saya bahawa anak saya ini bukanlah jatuh tetapi sebenarnya perkara lain yang berlaku terhadap dirinya. Kemudian dia mengaku dikasari sekumpulan pelajar lain ketika dia berada dalam bilik air sekolah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Taman Kulim Techno City (KTC) di sini hari ini.
Katanya memandangkan kesan-kesan bengkak di mata dan muka serta belakang anak lelakinya itu agak serius, dia dan suaminya Mohd Tajuddin Mohd Taib, 45, memutuskan untuk bertemu doktor di Bahagian Kecemasan Hospital Kulim.
Mereka kemudian mendapatkan rawatan sekali lagi di wad kecemasan sebelum membuat laporan polis.
Katanya memandangkan di Hospital Kulim tiada pakar mata, mereka mendapatkan rawatan susulan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan anak mereka dimasukkan ke wad pada 12 hingga 16 Okt.
"Seperkara yang malang setelah balik ke Kulim pada 16 Okt lalu kami dimaklumkan melalui telefon bahawa anak saya digantung belajar dari 16 Okt sehingga 22 Okt dan agak memeranjatkan kami.
"Setelah mendapatkan rawatan susulan di Alor Setar, anak saya itu mendapat cuti sakit sehingga 2 Nov," katanya.
Keluarga berkenaan memohon Kementerian Pendidikan supaya memberi pertimbangan lebih wajar berhubung masa depan anak mereka yang cedera akibat dibuli tetapi dikenakan tindakan tatatertib.
Sementara itu, Pegawai Pelajaran Daerah Kulim Abdul Aziz Muhammad ketika dihubungi berkata pihaknya sedang menyiasat kes tersebut.
Bernama
Wed Oct 29 2014
Yuszaidah menunjukkan gambar anaknya yang mengalami kesan bengkak di muka dan bahagian mata kiri. -Foto BERNAMA
Pemuda tanam ubi kayu 200 tan bekalan musim banjir
Muhammad Azizan Mat Zin, 31, berkata beliau menjangkakan keseluruhan tanamannya itu akan mengeluarkan hasil lebih 200 tan ubi kayu.
Fokus Minggu Depan: 2 Tahun Kerajaan Perpaduan, Perlu Tambah Baik ‘Gred’?
Penilaian prestasi dua tahun Kerajaan Perpaduan, bagaimana boleh tambah baik?
RM2.1 juta kutipan saman PDRM dicatat pada hari pertama 2TM
PDRM catat kutipan saman RM2.1 juta pada hari pertama penawaran diskaun 60 peratus sempena penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI.
Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, pengiktirafan tertinggi sejak 45 tahun - M Nasir
Datuk M Nasir menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan yang diterima daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai satu penghormatan tertinggi.
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
"Pelatih perlu tahan lasak, alasan tidak masuk akal untuk budayakan buli" - SUHAKAM
"Kita anggap ini satu penderaan dan menyebabkan gangguan (fizikal dan mental). Gurauan apa sehingga menyebabkan kematian?"
Isu buli UPNM: Pegawai kadet jalani pemeriksaan fizikal berkala kesan penderaan
Pemeriksaan fizikal berkala akan dijalankan terhadap pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan UPNM bagi mengesan sebarang aktiviti penderaan.
KPT bakal bincang dengan Mindef bagi tangani salah laku di UPNM
KPT memaklumkan bahawa langkah itu untuk memastikan keselamatan pelajar di kampus tersebut terjamin dan agar insiden serupa tidak berulang.
Kementerian Pertahanan ambil langkah proaktif cegah kes buli di UPNM
Kementerian Pertahanan melaksanakan beberapa langkah proaktif untuk mencegah berlakunya kes buli di Akademi Latihan Ketenteraan, UPNM.
Kes buli ALK UPNM: Agong mahu Kementerian Pertahanan ambil serius kes berulang
Budaya buli tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana perlakuan tersebut menjejaskan kesejahteraan pelajar serta mencemar reputasi IPT.
Kes buli hanya rosakkan imej UPNM, serah pada polis untuk siasat - Menteri
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Kementerian Pertahanan berpendirian kejadian seumpama itu tidak wajar berlaku dan hanya merosakkan imej UPNM dan institusi pengajian tinggi.
Kes buli UPNM: Polis tunggu laporan perubatan, ambil keterangan 16 individu
Polis masih menunggu laporan perubatan pegawai kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa dibuli dengan dada ditekap seterika oleh penuntut senior.
Buli: Tindakan segera perlu, lindungi kesejahteraan pelajar - Lee
Ikatan Komuniti Selamat menggesa pendekatan tanpa toleransi terhadap buli dan tindakan segera perlu dilaksanakan bagi menangani isu berkenaan.
Kes pelajar tahfiz: Polis tahan tiga beradik bantu siasatan
SAC Mohd Razali berkata, kesemua tangkapan merupakan adik-beradik berusia lingkungan 13, 15 dan 20 tahun itu dan ditahan pada Jumaat lalu.
Ada kecederaan pada empat pelajar tahfiz, dipercayai melarikan diri - Polis
Rusdi berkata, tempoh kecederaan itu dipercayai berlaku semasa mereka berada di pusat tahfiz itu, namun perkara tersebut masih dalam siasatan.