PETALING JAYA: Ibu kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun tiga bulan, yang maut setelah berada lebih tujuh jam dalam kereta, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, atas satu pertuduhan melakukan pengabaian, bulan lalu.
Nur Sari Fardiana Mohd Amran, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Dr Syahliza Warnoh.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu dengan meninggalkan kanak-kanak berkenaan dalam kereta sehingga meninggal dunia, di hadapan sebuah rumah di Jalan PJU 1A/25, Ara Damansara di sini antara jam 8 pagi hingga 3.15 petang, 8 November lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
BACA: Kanak-kanak 2 tahun maut, dipercayai tertinggal lebih 7 jam dalam kereta
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Anis Hakimah Ibrahim mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang jaminan.
Bagaimanapun, peguam, Datuk Hanif Hassan yang mewakili tertuduh, merayu kadar itu dikurangkan.
"Akibat kejadian tersebut, dia mengalami trauma selama sebulan," katanya.
Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Syaliza membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin.
Ibu kepada tiga anak (termasuk mangsa) dikehendaki memenuhi syarat tambahan iaitu melapor diri di balai polis berdekatan sekali setiap bulan dan dilarang menganggu saksi-saksi pendakwaan.
Mahkamah menetapkan 30 Januari tahun depan untuj sebutan semula kes dan serahan dokumen.
Pada 9 November lalu, kanak-kanak malang itu maut setelah ditinggalkan ibunya dalam kereta di lokasi kejadian.
Siasatan mendapati, pada jam 7 pagi, suspek membawa dua anaknya bersama mangsa ke sekolah berhampiran sebelum menuju ke sebuah tadika untuk menghantar mangsa.
Bagaimanapun, ketika tiba di tadika, dia berhenti seketika untuk menyelesaikan urusan perniagaan dalam talian sehingga terlupa untuk menurunkan mangsa.
Wanita itu kemudiannya terus bergerak pulang ke rumahnya tanpa menyedari mangsa berada dalam kenderaan itu.
Dia hanya menyedari mangsa berada di kereta dalam keadaan tidak sedarkan diri, pada jam 3.35 petang. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Dec 22 2023

Nur Sari Fardiana (kanan) dibawa ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Jumaat, bagi menghadapi satu pertuduhan melakukan pengabaian terhadap anak perempuannya yang berusia dua tahun tiga bulan, November lalu. - Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Ibu didakwa abai, anak dua tahun maut dalam kereta
Ibu kepada seorang kanak-kanak perempuan yang maut setelah berada lebih tujuh jam dalam kereta, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Jumaat.

Operator taska perlu hubungi penjaga sekiranya anak tidak hadir - Nancy
SOP berkenaan perlu dikemas kini susulan beberapa kes penjaga terlupa menurunkan anak mereka di premis taska dan meninggalkan mereka di dalam kereta.

Bayi lapan bulan maut tertinggal 10 jam dalam kereta
Ibunya, seorang doktor di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, tidak menyedari dia meninggalkan kanak-kanak itu, sehingga pukul 5.30 petang.

Tindakan lelaki tinggalkan anak jiran dalam kereta tidak dimatikan enjin undang padah
Kejadian pada 2.57 petang itu berlaku ketika lelaki berkenaan berusia 35 tahun singgah di sebuah kedai, selepas solat Jumaat, sebelum pulang ke rumahnya.

KPWKM garis saranan elak kes tertinggal anak dalam kenderaan
Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata pihaknya memandang serius isu kecuaian ibu bapa meninggalkan anak di dalam kenderaan yang menyebabkan lima kematian kanak-kanak dan bayi sejak 2016.