Tindakan seorang lelaki yang meninggalkan anak jirannya dalam sebuah kereta dengan keadaan enjin tidak dimatikan mengundang padah apabila kenderaan itu dilarikan oleh individu tidak dikenali dalam kejadian di Taman Kota Masai, di sini, pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Ismail Dollah berkata kejadian pada 2.57 petang itu berlaku ketika lelaki berkenaan berusia 35 tahun singgah di sebuah kedai, selepas solat Jumaat, sebelum pulang ke rumahnya.
"Pengadu meletakkan kereta di hadapan kedai dengan keadaan enjin masih hidup. Dia kemudian turun bersama dua anak lelakinya berumur empat dan enam tahun, sementara anak lelaki jirannya yang berusia tujuh tahun menunggu di dalam kenderaan.
"Ketika itulah kenderaan berkenaan dilarikan oleh individu tidak dikenali," katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.
Ismail berkata pihak polis yang menerima laporan selepas itu telah menggerakkan operasi untuk mengesan kenderaan serta kanak-kanak terbabit.
"Hasil kerjasama dan maklumat orang awam, kanak-kanak itu akhirnya ditemui setelah dipercayai ditinggalkan suspek di Jalan Sentosa 4, Taman Nusa Damai iaitu lebih kurang 2.4 kilometer daripada lokasi kejadian.
"Kenderaan yang dilarikan suspek juga dijumpai berhampiran kawasan kanak-kanak itu ditemui," tambahnya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan polis menasihatkan masyarakat agar bersikap lebih peka dalam memastikan keselamatan diri, keluarga dan harta terjaga daripada sebarang ancaman jenayah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 20 2019
![Tindakan lelaki tinggalkan anak jiran dalam kereta tidak dimatikan enjin undang padah Tindakan lelaki tinggalkan anak jiran dalam kereta tidak dimatikan enjin undang padah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/71569022580_SuptIsmailDollah.jpg)
Ismail berkata, pihak polis yang menerima laporan telah menggerakkan operasi untuk mengesan kenderaan serta kanak-kanak terbabit.
![Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61635915618_economylaptop.jpg)
Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan
Menurut MOF, defisit fiskal pada 2024 diunjur untuk terus berkurang kepada 4.3 peratus KDNK iaitu RM85.4 bilion.
Parlimen: Cadangan guru Bahasa Inggeris dari Singapura antara tumpuan hari ini
Cadangan kemasukan tenaga pengajar Bahasa Inggeris dari Singapura ke negara ini antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Kekejaman Zionis: Hamas, Fatah jumpa di China Julai ini
Kumpulan Hamas dan Fatah akan mengadakan rundingan perpaduan di China pada Julai ini, sebagai usaha untuk menyelesaikan perpecahan dalaman antara kedua-duanya.
Jerman, Perancis gesa siasat serangan di sekolah Abu Araban
Perancis dan Jerman menggesa agar siasatan menyeluruh dijalankan susulan 15 orang terbunuh dalam serangan terhadap sekolah di kem Nuseirat, pada Ahad lepas.
Kekejaman Zionis: Israel lancar serangan baharu, bunuh puluhan rakyat Palestin
Israel menyerang selatan dan tengah Semenanjung Gaza pada Isnin, membunuh berpuluh-puluh rakyat Palestin yang telah mencari perlindungan di kem sementara.
![Firma Malaysia perlu tingkatkan keselamatan siber tangani ancaman dalam talian, luar talian Firma Malaysia perlu tingkatkan keselamatan siber tangani ancaman dalam talian, luar talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Firma Malaysia perlu tingkatkan keselamatan siber tangani ancaman dalam talian, luar talian
Yeo berkata, banyak syarikat di Malaysia tidak melihat kepentingan untuk melabur dalam keselamatan siber.
Cubaan bunuh : FBI dapat akses telefon suspek tembak Trump
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) telah mendapat akses kepada telefon Thomas Matthew Crooks, suspek dalam cubaan bunuh bekas Presiden Donald Trump, pada Isnin.
Motif cubaan bunuh trump belum diketahui, semakan bebas akan dimulakan
White House memaklumkan bahawa pihaknya belum mengetahui motif cubaan membunuh Donald Trump yang dilakukan oleh seorang lelaki bersenjata dan kaitan penembak dengan sebarang gabungan atau mana-mana bantuan pihak lain.
Pemilihan A.S : Trump rasmi dicalon presiden, J.D Vance Naib Presiden
Donald Trump memilih Senator Ohio Amerika Syarikat, J.D. Vance untuk menjadi pasangan Naib Presidennya kelak, pada Isnin.
![KKDW sedia bincang dengan PETRA berkaitan isu air di Sabah, Sarawak KKDW sedia bincang dengan PETRA berkaitan isu air di Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721037873_tbbuburasyura.jpg)
KKDW sedia bincang dengan PETRA berkaitan isu air di Sabah, Sarawak
Perbincangan itu dilihat sebagai usaha mencari jalan penyelesaian terbaik dan berkesan bagi memastikan rakyat menikmati bekalan air bersih.
![Kanak-kanak perempuan 8 tahun cedera dipercayai jadi mangsa buli anak jiran Kanak-kanak perempuan 8 tahun cedera dipercayai jadi mangsa buli anak jiran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713517988_TBkanakkanakgadu.jpg)
Kanak-kanak perempuan 8 tahun cedera dipercayai jadi mangsa buli anak jiran
Polis mengesahkan menerima laporan kejadian kanak-kanak berusia lapan tahun, dipercayai menjadi mangsa buli anak jiran di Hulu Langat, di sini baru-baru ini.
![Penganggur cium pipi anak jiran, dipenjara empat tahun, satu sebatan Penganggur cium pipi anak jiran, dipenjara empat tahun, satu sebatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41665739806_TBROSMAHCOURT.jpg)
Penganggur cium pipi anak jiran, dipenjara empat tahun, satu sebatan
Tindakan seorang penganggur mencium pipi kanak-kanak perempuan lapan tahun bagi tujuan seksual, mengundang padah.
![Rogol remaja 13 tahun hingga mengandung, warga emas kekal dipenjara 12 tahun Rogol remaja 13 tahun hingga mengandung, warga emas kekal dipenjara 12 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51635430770_HukumSebatPenjara.jpg)
Rogol remaja 13 tahun hingga mengandung, warga emas kekal dipenjara 12 tahun
Seorang bekas pemandu lori kekal menjalani hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan kerana merogol anak jirannya, sehingga remaja berumur 13 tahun itu mengandung dan cuba membunuh diri.
![Buruh Indonesia mengaku bersalah rogol anak jiran bawah umur Buruh Indonesia mengaku bersalah rogol anak jiran bawah umur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61622969548_raped.jpg)
Buruh Indonesia mengaku bersalah rogol anak jiran bawah umur
Seorang buruh Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan yang berusia 16 tahun serta menipu seorang pengawai polis.
![Lelaki dibunuh kerana tegur anak jiran buat bising - Polis Perak Lelaki dibunuh kerana tegur anak jiran buat bising - Polis Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41621933295_TBGARI.jpg)
Lelaki dibunuh kerana tegur anak jiran buat bising - Polis Perak
Suspek dikatakan marah kerana mangsa menegur anaknya membuat bising dengan menunggang motosikal di hadapan rumah lelaki itu.
![Tindakan lelaki tinggalkan anak jiran dalam kereta tidak dimatikan enjin undang padah Tindakan lelaki tinggalkan anak jiran dalam kereta tidak dimatikan enjin undang padah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/71569022580_SuptIsmailDollah.jpg)
Tindakan lelaki tinggalkan anak jiran dalam kereta tidak dimatikan enjin undang padah
Kejadian pada 2.57 petang itu berlaku ketika lelaki berkenaan berusia 35 tahun singgah di sebuah kedai, selepas solat Jumaat, sebelum pulang ke rumahnya.