KUALA LUMPUR: Lagi perhimpunan mendesak kerajaan Singapura menghentikan pelaksanaan hukuman gantung sampai mati ke atas rakyat Malaysia, Nagaenthran K Dharmalingam yang didapati bersalah atas kesalahan menyeludup dadah ke negara itu pada 2009.
Hari ini kira-kira 200 briged Pemuda MIC berhimpun di hadapan Suruhanjaya Tinggi Singapura di Jalan Tun Razak menyerahkan memorandum.
Ketua Informasi MIC, Tinabalan Rajagopal berkata, dalam memorandum yang diserahkan kepada wakil kedutaaan itu, MIC menggesa agar Presiden Singapura selaku Ketua Negara memberi pengampuan kepada Nagaenthran.
"Dalam memorandum ini, kita menggesa Presiden Singapura memberi pengampunan (kepada Nagaenthran) kerana kuasa sekarang terletak pada beliau sahaja.
"Nagaenthran disahkan hanya ada tahap kecerdasan atau IQ serendah 69 dan dianggap orang kurang upaya.
"Mereka yang berada di kategori ini, mengikut undang-undang antarabangsa tidak boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati," katanya selepas menyerahkan memorandum kepada wakil suruhanjaya itu di sini, pada Sabtu.
Selain MIC, beberapa lagi pertubuhan hak asasi manusia turut hadir pada perhimpunan itu sebagai membantah tindakan kerajaan Singapura ke atas Nagaenthran.
BACA: Hukuman gantung: Richard Branson, Stephen Fry mohon Singapura beri Nagaenthran pengampunan
BACA: Hukuman gantung Nagaenthran: Kumpulan hak asasi serah memorandum kepada KDN
Sementara itu, peguam bagi keluarga Nagaenthran, N. Surendran menyifatkan keputusan hukuman gantung ke atas lelaki berusia 34 tahun itu sebagai penindasan terhadap undang-undang antarabangsa.
Pada 29 Mac lalu, Mahkamah Rayuan Singapura menolak percubaan tertuduh untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar hukuman mati ke atasnya.
Hukuman mati terhadap Nagaenthran kini akan diteruskan pada Rabu selepas mahkamah lima hakim turut menolak permintaannya untuk menangguhkan hukuman sementara dia mencari panel pakar psikiatri bagi menilainya.
Nagaenthran ditangkap dengan heroin diikat pada pahanya dari Malaysia ke Singapura melalui Pusat Pemeriksaan Woodlands pada April 2009 ketika berusia 21 tahun
Dia didapati bersalah mengedar 42.72 gram heroin pada 2010 dan dijatuhi hukuman mati manakala rayuannya terhadap sabitan serta hukumannya ditolak pada 2011.
Umavathi Ramayah
Sat Apr 23 2022

Tinabalan Rajagopal berkata, dalam memorandum yang diserahkan kepada wakil kedutaaan itu, MIC menggesa agar Presiden Singapura selaku Ketua Negara memberi pengampuan kepada Nagaenthran. - Gambar fail/change.org

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rayuan kerajaan berhubung pelarasan pencen ATM diputuskan pada 6 Mei
6 Mei ditetap sebagai tarikh keputusan berhubung rayuan mengenai keputusan yang memihak kepada pelarasan pencen pesara ATM yang bersara sebelum 1 Jan 2013.

Kes bunuh Nhaveen: Mahkamah Rayuan arah 4 individu bela diri
Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan empat individu untuk membela diri atas pertuduhan asal membunuh T. Nhaveen di Pulau Pinang tujuh tahun lepas.

Titah Adendum: Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.

Mahkamah AS henti perjanjian dengan dalang serangan 9/11
Mahkamah Rayuan di Washington pada Khamis menghentikan sementara perjanjian antara individu yang didakwa sebagai dalang serangan 11 Sept 2001.

Ini penjelasan peguam mengenai pihak yang terikat dengan pertikaian mengenai Titah Adendum
Sebarang titah yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, tidak mengikat Yang di-Pertuan Agong semasa, Sultan Ibrahim.

Mahkamah Rayuan tolak permohonan Trump tangguh jatuh hukuman
Ia berhubung sabitan dalam kes jenayah berkaitan bayaran 'duit menutup mulut' kepada seorang bintang lucah.

Titah Adendum: "Apakah reaksi dan tindakan lanjut UMNO?"- Ku Li
Tengku Razaleigh Hamzah membangkitkan beberapa persoalan susulan keputusan kebenaran untuk memulakan prosiding semakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung Titah Adendum.

Mahkamah Persekutuan tolak permohonan wanita semak keputusan berhubung status agama Islam
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak permohonan seorang wanita berusia 38 tahun untuk menyemak semula keputusan terdahulu yang mengesahkan status agamanya sebagai seorang Islam.

Titah Adendum: Jangan ada berlagak hero berjuang untuk Najib - Puteri UMNO
Nurul Amal berkata, ini kerana UMNO melalui kepimpinan parti sudah lama mengusahakan agar keadilan diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak.

Titah Adendum: Najib beri isyarat ‘thumbs up' - Peguam
Keputusan mengenai Najib menjalani hukuman penjara di rumah bergantung kepada Hakim Mahkamah Tinggi, dan keputusan mungkin dibuat dalam tempoh sebulan.