KUALA LUMPUR: Hujan berterusan dijangka berlaku di Sabah selama dua hari bermula esok, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menurut amaran peringkat waspada itu, MetMalaysia memaklumkan bahagian Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan dan Kudat akan mengalami hujan berterusan bermula esok.

Sementara itu, keadaan cuaca sama akan melanda bahagian Pantai Barat Sabah pada Rabu, 9 Mac.

-- BERNAMA