KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di Pahang dan Johor hingga 23 Nov ini.


Ringkasan AI
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di Pahang (Kuantan, Pekan, Rompin) dan Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi) hingga 23 November.
  • Amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan untuk seluruh Terengganu, Kelantan, dan beberapa kawasan di Pahang (Jerantut, Temerloh, Maran, Bera) pada tempoh yang sama.
  • Amaran tahap waspada juga dijangka berlaku di Melaka, Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Jempol, Tampin), dan Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Johor Bahru) hingga Rabu ini.


MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan keadaan cuaca itu dijangka melanda kawasan Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang manakala di Johor melibatkan Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.


MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada pada tempoh sama di seluruh Terengganu dan Kelantan melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh serta Pahang (Jerantut, Temerloh, Maran dan Bera).

Jabatan itu turut memaklumkan, amaran hujan berterusan tahap waspada juga dijangka berlaku di Melaka manakala Negeri Sembilan melibatkan kawasan seperti Kuala Pilah, Jempol dan Tampin serta Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru) hingga Rabu ini.

-- BERNAMA