KUALA LUMPUR: Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) meminta individu, perusahaan mikro serta kecil dan sederhana (PMKS) membuat aduan menerusi BNMTELELINK di bnm.my/RAsurvey sekiranya mereka menghadapi masalah dengan bank masing-masing mengenai bantuan bayaran balik pinjaman atau pembiayaan.
Perkara itu merupakan antara empat tindakan yang sesuai dilakukan di bawah langkah #5 Bertindak mengikut Panduan Untuk Pilih Bantuan Bayaran Balik Pinjaman/Pembiayaan yang disediakan oleh FEN.
FEN merupakan kumpulan antara agensi yang dipengerusikan bersama BNM dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dengan dianggotai antaranya oleh Kementerian Pendidikan, Perbadanan Insurans Deposit Malaysia dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang bertujuan meningkatkan tahap celik kewangan dalam kalangan rakyat.
Menurut Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi catatan di media sosial, Instagram, panduan yang turut dikeluarkan di saluran sosial itu disediakan bagi membantu orang ramai membuat keputusan bijak dan wajar berhubung bantuan bayaran balik pinjaman.
Berdasarkan panduan berkenaan, lima langkah dititikberatkan sebelum membuat keputusan berhubung bantuan bantuan balik iaitu #1 Ketahui; #2 Pertimbangkan; #3 Tanya; #4 Nilaikan dan #5 Bertindak.
Mengikut langkah dua, FEN mahu peminjam mempertimbangkan situasi semasa sama ada benar-benar memerlukan bantuan, pendapatan berkurangan atau mampu membayar balik dalam memilih moratorium enam bulan, mengurangkan bayaran ansuran atau terus membayar balik.
"Hubungi bank untuk mengurangkan bayaran ansuran, atau teruskan membayar balik jika mampu, atau hubungi AKPK di services.akpk.org.my jika pinjaman telah tertunggak melebihi 90 hari," jelasnya.
Berdasarkan langkah #3 Tanya, FEN menggalakkan orang ramai bertanya kepada bank antaranya mengenai jumlah bayaran ansuran selepas bantuan berakhir, kadar faedah yang dikenakan ke atas bayaran ansuran bulanan yang ditangguhkan serta tindakan yang perlu dilakukan jika pendapatan peminjam masih terjejas selepas bantuan itu tamat.
"Anda juga perlu tanya kepada bank apa yang akan terjadi kepada bantuan yang sedang diterima jika anda penerima bantuan bayaran balik sedia ada," menurut panduan itu.
Mengikut langkah #4 Nilaikan, peminjam perlu tahu faedah akan terus dikenakan oleh bank atas jumlah ansuran yang ditangguhkan dan tiada 'faedah atas faedah' atau caj penalti lewat bayar akan dikenakan sepanjang tempoh moratorium.
Selain itu, di bawah #5 Bertindak, FEN meminta orang ramai menghubungi AKPK melalui services.akpk.org.my untuk mendapatkan khidmat nasihat atau pilihan bantuan bayaran balik alternatif.
Peminjam boleh mendapatkan khidmat nasihat percuma daripada Perancang Kewangan Berlesen SmartFinance FPAM melalui bit.ly/3js5zrm, tambahnya.
Sebelum ini, BNM telah mengeluarkan kenyataan bahawa peminjam individu serta perusahaan mikro , kecil dan (PMKS) yang terjejas akibat pandemik COVID-19 boleh mula memohon moratorium selama enam bulan mulai 7 Julai, 2021.
Pada 28 Jun, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa moratorium enam bulan akan diberikan kepada semua peminjam individu sama ada daripada golongan B40, M40 atau T20 serta usahawan mikro.
Beliau berkata tidak ada lagi syarat seperti pengurangan pendapatan, semakan sama ada pemohon telah hilang pekerjaan dan dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 19 2021
Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), panduan yang turut dikeluarkan di saluran sosial itu disediakan bagi membantu orang ramai membuat keputusan bijak dan wajar berhubung bantuan bayaran balik pinjaman.- Gambar fail
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Pekerja Islam berdepan diskriminasi solat Jumaat diminta buat aduan - Exco
Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan.
Lebih 2,000 alumni bakal sertai Malam Alumni UM 2024
Aktiviti ini dijangka memberi motivasi kepada pelajar baharu dan alumni muda untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
MediaTek lancar cip Dimensity 8350
Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm, hadir dengan empat teras CPU Cortex-A715, empat teras CPU Cortex-A510, GPU Mali-G615 MC6, dan NPU 780.
[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan
Pembelian aset terpakai ini terbukti mampu menawarkan jalan tengah yang pantas dan efektif.
Sidang Parlimen: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Fasa akhir pembinaan kapal Littoral Combat Ship (LCS) pertama dijadualkan siap akhir tahun ini dan dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan dalam kontrak.
'Kita perlukan pasukan penembak dron' - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata Malaysia memerlukan pasukan penembak dron bagi mengatasi masalah penyeludupan dadah dalam negara.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Tinjauan udara banjir di Terengganu
Bagi melihat tinjauan banjir di Terengganu melalui udara pula.
Kita bersama dengan wakil Astro AWANI Terengganu, Nur Fazlizai Ali yang turut bersama dengan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.
Kita bersama dengan wakil Astro AWANI Terengganu, Nur Fazlizai Ali yang turut bersama dengan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.
Hubungi BNMTELELINK jika peminjam hadapi masalah dengan pihak bank - FEN
Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) meminta individu, perusahaan mikro serta kecil dan sederhana (PMKS) membuat aduan menerusi BNMTELELINK di bnm.my/RAsurvey.