KOTA BHARU: Hubungan ibu bapa dan anak-anak dalam sesebuah keluarga amat penting dalam membina sebuah institusi keluarga bahagia yang dapat mencorak ke arah kehidupan sempurna.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, keluarga yang harmoni mampu membentuk tingkah laku baik bagi anak-anak kerana ia saling memberi kekuatan antara satu sama lain.
"Inilah bentuk hubungan yang sepatutnya ada dalam institusi keluarga kerana jika ada hubungan sebegini barulah anak-anak akan terdidik dengan baik.
"Di samping pengurusan keluarga yang mampu menangani cabaran, ia dapat mengekang gejala kurang sihat dan masalah sosial dalam kalangan remaja," ujarnya.
Muhamad Zaki berkata, kes-kes berlaku sumbang mahram dan jenayah rogol dalam kalangan remaja antara lain berpunca dari institusi keluarga yang rapuh.
"Sebagai contoh, kes-kes sumbang mahram yang berlaku melibatkan anak dan bapa, adik-beradik, bapa saudara dan sebagainya berlaku dalam kelompok keluarga yang kadangkala terlepas pandang punca sebenar berlaku perkara itu.
"Tidak dinafikan masalah kewangan, kemiskinan, kurang kefahaman agama, kurang sikap kebertanggungjawaban dan sebagainya yang didorong nafsu dan penyalahgunaan dadah menjurus kepada perkara seumpama itu," katanya.
Kes-kes jenayah seksual seperti rogol dan sumbang mahram yang dilaporkan berlaku adalah membabitkan remaja belasan tahun yang masih mencari panduan dan kasih sayang dari ibu bapa.
"Apabila saya melawat hospital dan melihat ada antara remaja yang memikul tanggungjawab menjaga ibu bapa mereka di hospital, timbul keinsafan dalam diri saya bahawa dalam menjalani kehidupan, ia saling bergantungan.
"Dalam konteks pesakit kanser misalnya, kita melihat bagaimana ibu bapa menjaga dan memberi semangat kepada anak-anak mereka yang sakit dan begitu juga sebaliknya jika ibu bapa mereka yang sakit, yang menunggu dan meneman anak anaknya".
Terdahulu, Muhamad Zaki meluangkan masa menyantuni pesakit-pesakit kanser Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian sempena Program Ziarah Prihatin Ketua Polis Kelantan.
Dalam lawatannya, Muhamad Zaki turut mengambil kesempatan menziarahi warga kerja PDRM Kelantan yang sedang dirawat di hospital tersebut.
Antaranya Superitendan Wan Zulfikri Wan Othman, Ketua Polis Daerah Tanah Merah yang sedang menjalani rawatan kerana sakit kanser usus.
Selain penyampaian sumbangan, lawatan itu juga sebagai ziarah tanda prihatin serta sokongan moral kepada pesakit untuk terus berjuang melawan penyakit masing-masing.
Tambahnya, dalam kemeriahan umat Islam ingin menyambut Hari Raya Aidiladha, pastinya akan memberi kesan secara psikologi dan emosi kepada setiap daripada mereka.
Vivi Sumanti
Sat Jul 09 2022

Muhamad Zaki meluangkan masa menyantuni pesakit-pesakit kanser Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian sempena Program Ziarah Prihatin Ketua Polis Kelantan. - Astro AWANI

Tikam isteri kerana tak dapat duit beli rokok
Pihak berkuasa kini sedang melakukan siasatan lanjut ke atas Onal dan beberapa saksi di lokasi kejadian.

Satu PPS dibuka di Jelebu tempatkan 51 mangsa banjir
Sebuah pusat pemindahan sementara dibuka di Dewan D'Sury, Jelebu pada 3 pagi tadi bagi menempatkan 51 mangsa terjejas akibat banjir kilat.

Paus Francis disahkan menghidap pneumonia - Vatican
Pemimpin tertinggi Gereja Katolik Sedunia itu alami pneumonia dia kedua-dua paru-parunya dan keadaannya kekal "kompleks." kata pentadbiran Vatican.

Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab
Sidang kemuncak yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 27 Februari ditangguhkan ke 4 Mac bagi melengkapkan persiapan logistik.

Aktivis teater Zakaria Ariffin meninggal dunia
Allahyarham Zakaria yang berusia 73 tahun meninggal dunia akibat stroke di Hospital Slim River, Perak, sekitar pukul 2.30 pagi tadi.
Zelenskyy tangguh lawatan ke Arab Saudi
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, menangguhkan lawatannya ke Arab Saudi bagi mengelakkan sebarang legitimasi terhadap mesyuarat antara pegawai Amerika Syarikat dan Rusia di Riyadh pada Selasa.
Ketika berada di Turki, Zelenskyy menjelaskan bahawa lawatannya, yang dijadualkan pada Rabu, ditangguhkan ke 10 Mac bagi mengelakkan sebarang kebetulan dengan pertemuan tersebut.
Ketika berada di Turki, Zelenskyy menjelaskan bahawa lawatannya, yang dijadualkan pada Rabu, ditangguhkan ke 10 Mac bagi mengelakkan sebarang kebetulan dengan pertemuan tersebut.

Ribuan berhimpun bantah pentadbiran Trump pada Hari Presiden
Protes besar-besaran itu dibuat ketika cuti umum Hari Presiden yang disambut pada hari Isnin ketiga dalam bulan Februari setiap tahun.
PGA tumpaskan sindiket dadah, temui 393 pil yaba di Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah dalam op taring wawasan Kelantan selepas menyerbu sebuah rumah di Pulau Belanga, Kota Bharu pada Isnin.
Wanita warga Belanda cedera ketika mendaki gunung jasar
Penolong pengarah operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa dalam kenyataan pada Selasa berkata, mangsa berusia 51 tahun yang mendaki secara berkumpulan itu mengalami kecederaan pada bahagian lutut.
Mayat kedua remaja lemas di Sungai Perak ditemui
Mayat seorang lagi pelajar sekolah yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam sungai perak dekat Kampung Tepus, Tanjung Belanja di parit pada Isnin ditemui pada Selasa.

Inisiatif Malaysia galak aktiviti keluarga tarik minat negara luar - Nancy
Kolaborasi antara anggota negara ASEAN bertukar idea dan membangunkan pengetahuan mengenai keluarga memperlihatkan kepentingan kekeluargaan di rantau ini.

Institusi keluarga kukuh berperanan bendung remaja terlibat jenayah - Ketua Polis Kelantan
Institusi kekeluargaan yang kukuh memainkan peranan penting bagi membendung remaja terlibat dengan masalah sosial dan jenayah.

Hubungan erat keluarga mampu tangani jenayah seksual, sumbang mahram - Pemangku KP Kelantan
Hubungan kekeluargaan yang baik dapat mengekang gejala kurang sihat dan masalah sosial dalam kalangan remaja.

Rumah persaraan: Hidup lebih selesa atau jadi beban?
Bila mencapai umur 60 tahun ke atas macam-macam penyakit ada, keperluan berjumpa doktor dan pengambilan ubat makin bertambah.

Hukum pesalah muda: Pertimbang aspek psikologi, kukuh institusi keluarga
Program literasi dan kesedaran serta advokasi berkaitan keganasan berasaskan gender perlu diperhebat.

Pasangan bercerai perlu kompromi demi anak
Bukan mudah untuk pasangan yang sudah berpisah menjalani hidup bekerjasama dalam hal melibatkan kepentingan anak-anak.

Golongan tafsir al-Quran ikut keperluan peribadi perlu ditangani
Perkara itu perlu ditangani segera kerana jika dibiarkan berlarutan, ia boleh meruntuhkan akidah, meruntuhkan institusi keluarga dan menimbulkan perpecahan.

Tidur sekatil, tapi masih sunyi ...
Kesunyian bukan hanya dirasai individu bujang, malah yang sudah berkeluarga. Kesibukan bekerja hingga tiada masa untuk keluarga, jadi punca utama.

P. Pinang kaji semula had umur minimum perkahwinan
Had umur minimum untuk perkahwinan terutama melibatkan kanak-kanak di negeri ini akan dikaji semula, kata exco kerajaan negeri.

40 peratus warga emas di Sarawak kesunyian - Kajian
Kajian juga menunjukkan di Sarawak, hanya 7.1 peratus lelaki dan 11.1 peratus wanita pernah berkahwin, telah bercerai atau berpisah pada perkahwinan pertama.