KUALA LUMPUR: Ulasan seorang pengguna Facebook berhubung hasratnya untuk tinggal di rumah persaraan dan tidak mahu menyusahkan anak apabila dia bergelar warga emas mencetuskan polemik dalam kalangan netizen dengan ada yang menyifatkan keputusan wanita itu menafikan hak anak untuk berbakti kepada orang tua mereka.
Namun tidak boleh disangkal bahawa kebanyakan orang mahu menjalani kehidupan fasa usia emas mereka dalam suasana selesa dan tenang selain mengukuhkan aspek kerohanian selepas menghabiskan sebahagian besar kehidupan semasa muda menyediakan keperluan keluarga.
NEGARA MENUA
Hakikatnya, isu kediaman selepas persaraan tidak boleh dipandang enteng, apatah lagi Malaysia dijangka mencapai status negara menua lebih awal berbanding jangkaan susulan trend penurunan kadar kelahiran sejak penularan COVID-19.
Pada Ogos tahun lepas, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Abdul Shukur Abdullah dipetik sebagai berkata berdasarkan unjuran Jabatan Perangkaan, negara ini dijangka mencapai status negara menua pada 2030 apabila 15 peratus penduduknya berumur 60 tahun ke atas.
Pada masa ini terdapat kira-kira dua juta warga emas berusia 60 tahun ke atas di Malaysia.
Melihat isu itu sebagai satu potensi baharu perniagaan, pada Januari 2021, Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) dilaporkan merancang untuk membangunkan beberapa perkampungan persaraan yang menumpukan pada kehendak warga emas.
Menurut laporan itu, antara lain perkampungan tersebut yang berkonsepkan kediaman bertanah serta bertingkat rendah lengkap dengan infrastruktur canggih, akan ditawarkan dalam bentuk sewaan antara RM400 dan RM600 sebulan kepada warga emas.
Projek yang dikenal pasti akan dibangunkan di beberapa lokasi strategik di Pulau Pinang dan Melaka tersebut dijangka siap menjelang 2023.
Di sebalik daya tarikan untuk tinggal di perumahan sedemikian, ada persoalan sama ada langkah itu dapat memberi manfaat besar kepada mereka berikutan beban kewangan baharu yang perlu ditanggung pada usia senja.
ASPEK KEWANGAN
Berkongsi pandangan, Timbalan Dekan (Siswazah) Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Rozmi Ismail berkata, konsep perkampungan persaraan merupakan satu idea yang baik namun perlu dikaji secara terperinci kerana bakal memberi impak dari sudut kewangan golongan pesara.
"Secara prinsipnya saya menyokong idea perkampungan persaraan ini tetapi bagaimana dengan bayaran bulanan? Mereka yang berpencen pada usia 60 tahun, jika terikat dengan hutang bulanan rumah persaraan mungkin untuk tempoh lima atau 10 tahun, dikhuatiri akan menjadi beban pula kepada mereka," katanya kepada Bernama.
Mengulas lanjut, Rozmi berkata dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, setiap tindakan menjelang usia persaraan perlu ditimbang berdasarkan kemampuan kewangan.
Menurut beliau, sebaiknya segala hutang dilunaskan sebelum mencecah usia tersebut kerana lazimnya pelbagai masalah kesihatan akan timbul apabila usia sudah lanjut.
"Kita juga perlu fikir masa depan, maksudnya berapa lama kita boleh duduk di satu-satu tempat... 20 tahun, 30 tahun? Jika memang tidak ada rumah sendiri, okeylah. Tetapi jika ada rumah atau tanah, saya rasa lebih baik balik kampung dan bina rumah di kampung.
"Bila mencapai umur 60 tahun ke atas macam-macam penyakit ada, keperluan berjumpa doktor dan pengambilan ubat makin bertambah. Itu semua kos-kos yang bakal dihadapi pada hari tua. Kita cuma tidak mahu keputusan menyewa rumah persaraan menjadi satu beban kepada mereka yang berpencen," katanya.
Beliau turut menyarankan agar perkampungan persaraan dilengkapi Pusat Kelulusan Setempat seperti kemudahan klinik dan hospital dengan bayaran percuma bagi memudahkan warga emas.
ELAK GUNA DUIT PERSARAAN
Sementara itu, pensyarah kanan di Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Dr Azizul Azli Ahmad berkata definisi rumah persaraan adalah subjektif bagi setiap individu.
Rumah persaraan boleh merujuk kepada kediaman yang selesa untuk kehidupan selepas bersara ataupun rumah yang sudah 'habis bayar' atau tiada lagi tanggungan hutang, jelasnya yang juga seorang pelabur hartanah.
Beliau bagaimanapun tidak menggalakkan pesara menggunakan wang persaraan mereka untuk merealisasikan impian tinggal di rumah persaraan.
"Secara amnya, rakyat Malaysia belum bersedia untuk bersara secara dana persaraan. Untuk yang berpencen dan memiliki wang pencen atau ganjaran persaraan melibatkan jumlah lebih daripada RM500,000 mungkin tidak ada masalah.
"Namun jika memiliki dana persaraan bawah RM500,000 dan menggunakan wang itu untuk menyewa, membeli atau membina rumah baharu, langkah tersebut akan menggunakan banyak perbelanjaan persaraan," katanya.
Azizul berkata terdapat beberapa strategi dalam menyediakan rumah persaraan dengan perancangan dibuat semasa tempoh bekerja dan dimulakan dengan membeli aset hartanah.
"Contohnya mula bekerja pada umur 25 tahun dan beli rumah dengan harga RM250,000. Selepas 10 tahun, beli sebuah rumah lagi dengan harga RM250,000 dan 10 tahun kemudian beli lagi rumah dalam anggaran harga RM250,000 hingga RM300,000. Jadi dalam tempoh 30 tahun itu, rumah-rumah yang dibeli itu akan meningkat dengan satu nilai baharu.
"Pada masa itu, anda boleh menghimpun mungkin dalam RM1 juta sebelum bersara hasil daripada penjualan aset yang ada. Wang itu boleh digunakan untuk membeli rumah persaraan.
"Tetapi jika menggunakan duit persaraan seperti (simpanan) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membina rumah, tidak mustahil langkah itu akan memberi bebanan pada masa akan datang," katanya, menambah usia 40 hingga 45 tahun adalah tempoh terbaik untuk menyediakan dana persaraan dan membuat keputusan berhubung kediaman selepas bersara.
TIDAK MAHU JADI BEBAN
Bagi pengguna Facebook yang mencetuskan polemik itu di laman sosial, Zeeda Aziz ,43, berkata dia dan suami berhasrat tinggal di sebuah rumah persaraan bersaiz kecil yang dikelilingi pelbagai kemudahan kerana tidak mahu menyusahkan empat anak mereka yang akan mempunyai kehidupan sendiri apabila mereka dewasa.
Usahawan dalam talian itu juga berkata faktor lain yang mendorong dia dan suami membuat keputusan tersebut ialah kerana mereka mahukan ruang peribadi yang optimum untuk belajar ilmu agama tanpa gangguan urusan duniawi.
"Rumah persaraan adalah ruang yang ideal untuk saya dan suami supaya kami boleh fokus kepada mencari ilmu akhirat dan juga berehat. Setiap insan patut diberi hak sama rata dalam menentukan apa yang mereka mahu dalam hidup.
"Begitu juga dengan ibu bapa yang telah mendedikasikan separuh daripada hidup mereka untuk orang lain (anak-anak). Jadi di hujung usia, sebaiknya berilah peluang yang bersisa ini bagi kami mendapatkan sesuatu untuk diri sendiri," katanya.
Mengulas komen negatif yang diterimanya, Zeeda yang menetap di Sungai Petani, Kedah, berkata rumah persaraan pada pandangannya adalah sama seperti asrama universiti di mana seseorang itu berada dalam suasana yang ideal untuk belajar dan berehat.
"Kita meninggalkan keluarga supaya kita dapat mendekati tenaga pengajar dan berada bersama-sama rakan seperjuangan. Apakah kita mengecam tindakan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah berasrama atau universiti dengan andaian ibu bapa tidak mahu memelihara anak-anak?
"Mungkin selama ini masyarakat telah dibiasakan dengan stigma rumah persaraan bermaksud rumah jagaan awam. Tetapi apa yang saya tulis tempoh hari merujuk kepada rumah persaraan yang mempunyai fasiliti yang baik dan kemudahan pengajian yang selesa. Jadi anak-anak tidak perlulah mengandaikan yang buruk-buruk sedangkan ini adalah satu perkara yang sangat positif," jelasnya.
Katanya dia merancang untuk mendapatkan seunit rumah persaraan yang terletak jauh dari bandar, mempunyai sistem pengurusan dan sokongan kesihatan yang baik, kawasan yang luas serta mempunyai pelbagai aktiviti seperti kelas agama dan senaman yang sesuai untuk warga tua.
Mentaliti dan stigma masyarakat perlu diubah agar tidak memandang negatif hasrat berkenaan kerana warga tua memerlukan ruang untuk belajar secara serius dalam bidang agama setelah berpenat lelah mengejar dunia, tegas wanita itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 14 2022
Isu kediaman selepas persaraan tidak boleh dipandang enteng, apatah lagi Malaysia dijangka mencapai status negara menua lebih awal. - Gambar hiasan
Malakoff umum Che Khalib ganti Tajuddin sebagai pengerusi bermula Jan 2025
Che Khalib kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif Malakoff.
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Empat negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas
Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan Berselawat cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Nahas ngeri di Ayer Keroh: Sambut hari lahir anak serentak sebelum pergi selamanya
Sebelum ini, mereka tidak pernah menyambut ulang tahun kelahiran ketiga-tiga anak mereka berusia tujuh, empat dan dua tahun.
Leading the Way: Malaysia's data centre rise & global impact
Malaysia has been ranked first among regional peers in Southeast Asia in Knight Frank’s SEA-5 Data Centre Opportunity Index for the second consecutive year with an annual take-up of 429 megawatts (MW). In its Data Centre Research Report 2024, the global property consultancy said growth is driven by strategic investments from tech giants like Microsoft, Amazon Web Services (AWS), Google, and Oracle, totalling 23.3 billion USD.
Spekulasi tinggalkan Old Trafford: Amorim salahkan penasihat Rashford
Rashford dalam satu temu bual seakan mahukan 'cabaran baru' selepas diketepikan daripada perlawanan awal bulan ini.
SIRIM: 50 tahun terajui transformasi teknologi dan inovasi
SIRIM, sejak penubuhannya pada 1975, telah menjadi peneraju dalam pembangunan teknologi dan penetapan piawaian. Temu bual ekslusif bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, SIRIM, Datuk Indera Ir. Dr Ahmad Sabirin Arshad, FASc berkongsi tentang pencapaian dan rancangan masa depan SIRIM dalam mengukuhkan ekosistem teknologi dan inovasi negara.
[Data & Statistik] Dividen Amanah Saham Bumiputera lebih tinggi?
Kadar dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dijangka lebih tinggi. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, agihan dividen antara 5.1 dan 5.2 peratus bagi ASB dilihat agak munasabah berdasarkan iklim pelaburan semasa.
Didakwah anak sendiri, wanita akhirnya peluk Islam pada usia 101 tahun
Dakwah yang disampaikan anak sendiri selama bertahun-tahun akhirnya membuka pintu hati seorang wanita warga emas apabila memeluk Islam pada usia 101 tahun.
Tiada syarat tambahan pembaharuan lesen memandu bagi warga emas - KP JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan pengenaan sebarang syarat tambahan kepada golongan warga emas yang ingin memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM).
Majoriti kanak-kanak GISB di perak telah dituntut keluarga - Exco
Sebahagian besar daripada 55 kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global membabitkan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) di Perak telah dituntut ahli keluarga masing-masing.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Warga emas didakwa pukul anak OKU hingga cedera
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul anak perempuannya yang juga orang kurang upaya (OKU) sehingga mengalami kecederaan, Jumaat lepas.
BSMM seru lebih ramai wanita jadi sukarelawan
Kehadiran sukarelawan wanita di lapangan akan menjadikan bantuan lebih inklusif dan mudah diakses oleh semua golongan, kata Tunku Puteri Intan Safinaz.
Lelaki warga emas didenda RM1,500 gaduh rebut parkir kereta
Seorang warga emas hari ini didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku memukul seorang lelaki dalam perebutan tempat letak kereta, dua bulan lepas.
Empat wanita ditahan disyaki samun rantai warga emas
Keempat-empat wanita berusia 30 hingga 41 tahun itu ditahan di persimpangan lampu isyarat Jalan Semangat PJS 13 di sini.
Warga emas dipercayai jatuh ke dalam tanah jerlus ketika cari kucing peliharaan
Penyelamat berharap Elizabeth Pollard, 64, masih hidup, sambil menjelaskan lubang itu mempunyai bekalan oksigen dengan suhu kira-kira 55 darjah Celsius.