KESUNYIAN bukan hanya dirasai individu bujang.
Individu-individu yang sudah berkeluarga, apa kurangnya.
Tidur sekatil, tapi masih rasa sepi?
Ini antara luahan kebanyakan individu berumahtangga di Malaysia.
Tidak pelik kerana menurut pakar psikologi Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Mariani Mohd Nor punca terlalu sibuk dengan kerja merupakan faktor utama situasi itu berlaku.
Tanggungjawab terhadap keluarga yang merupakan kewajipan utama tidak menjadi keutamaan dalam mewujudkan keharmonian dalam institusi keluarga, kata Dr Mariani.
Ini sekaligus, pasangan berasa sunyi, diabaikan dan tidak dihargai.
“Ada pasangan, tidak kira suami atau isteri, yang terlalu fokus dengan kerja. Sampai waktu makan nak bercakap tentang bekerja. Ini akan menyebabkan pasangan rasa jemu dan tertekan.
“Saya nasihatkan, hati pasangan perlu dijaga. Hal kerja jangan dibawa sampai ke rumah,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI, baru-baru ini.
Keletihan kerana sibuk bekerja juga akan menyebabkan pasangan kurang berkomunikasi secara bersemuka di rumah.
Permasalahan ini tidak boleh dipandang remeh, akibatnya hanya mengundang masalah lebih besar dalam institusi keluarga.
“Ada yang mengadu dengan saya, cakap dengan pasangan macam cakap dengan dinding. Kahwin dengan manusia atau kahwin dengan pekerjaan?," tambahnya.
BACA: Adakah anda sunyi? Kesunyian itu boleh membunuh!
Situasi itu menyebabkan pasangan cenderung untuk berselingkuh atas alasan sepi dan tiada tempat meluahkan perasaan,” ujarnya.
Bukan itu sahaja, anak-anak terutamanya remaja akan menerima impaknya.
Perasaan sunyi kerana tidak diperhatikan ibu bapa, menyebabkan mereka cenderung terlibat dalam gejala sosial negatif seperti lumba haram dan seks bebas.
Lebih membimbangkan, ada yang tertekan, murung dan menyebabkan kematian, seperti yang berlaku di United Kingdom, Jepun dan Korea.
Bujang dan mampu hidup sendiri?
Dr Mariani turut berkata, pendirian sesetengah golongan bujang yang enggan berkahwin, atas alasan “mampu hidup sendiri” dan tidak boleh beri komitmen kerana bekerja adalah pemikiran kolot.
“Setiap manusia tidak boleh hidup bersendirian. Sampai satu masa, terutamanya bila lanjut usia, mereka perlukan teman untuk membantu,” ujarnya.
Menurut satu kajian oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), penangguhan perkahwinan akan memendekkan tempoh umur reproduktif dan menyebabkan kadar kesuburan semakin menurun.
Usia dianggap sesuai berkahwin bagi wanita ialah 26 tahun dan lelaki 28 tahun, manakala wanita yang mencapai usia 33 tahun dan lelaki mencecah usia 37 tahun sudah disifatkan lewat berkahwin.
Namun, kajian mendapati 86.8 peratus penduduk bujang berumur 25 hingga 49 tahun di negara ini mempunyai hasrat untuk berkahwin, namun mereka lebih selesa memberi alasan sengaja melewatkan perkahwinan atas faktor masalah kewangan, peningkatan kos sara hidup dan tidak jumpa pasangan serasi.
Andy Reza
Thu Aug 23 2018
Usia dianggap sesuai berkahwin bagi wanita ialah 26 tahun dan lelaki 28 tahun, manakala wanita yang mencapai usia 33 tahun dan lelaki mencecah usia 37 tahun sudah disifatkan lewat berkahwin. - Gambar hiasan
Malakoff umum Che Khalib ganti Tajuddin sebagai pengerusi bermula Jan 2025
Che Khalib kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif Malakoff.
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Empat negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas
Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Nahas ngeri di Ayer Keroh: Sambut hari lahir anak serentak sebelum pergi selamanya
Sebelum ini, mereka tidak pernah menyambut ulang tahun kelahiran ketiga-tiga anak mereka berusia tujuh, empat dan dua tahun.
Leading the Way: Malaysia's data centre rise & global impact
Malaysia has been ranked first among regional peers in Southeast Asia in Knight Frank’s SEA-5 Data Centre Opportunity Index for the second consecutive year with an annual take-up of 429 megawatts (MW). In its Data Centre Research Report 2024, the global property consultancy said growth is driven by strategic investments from tech giants like Microsoft, Amazon Web Services (AWS), Google, and Oracle, totalling 23.3 billion USD.
Spekulasi tinggalkan Old Trafford: Amorim salahkan penasihat Rashford
Rashford dalam satu temu bual seakan mahukan 'cabaran baru' selepas diketepikan daripada perlawanan awal bulan ini.
SIRIM: 50 tahun terajui transformasi teknologi dan inovasi
SIRIM, sejak penubuhannya pada 1975, telah menjadi peneraju dalam pembangunan teknologi dan penetapan piawaian. Temu bual ekslusif bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, SIRIM, Datuk Indera Ir. Dr Ahmad Sabirin Arshad, FASc berkongsi tentang pencapaian dan rancangan masa depan SIRIM dalam mengukuhkan ekosistem teknologi dan inovasi negara.
[Data & Statistik] Dividen Amanah Saham Bumiputera lebih tinggi?
Kadar dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dijangka lebih tinggi. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, agihan dividen antara 5.1 dan 5.2 peratus bagi ASB dilihat agak munasabah berdasarkan iklim pelaburan semasa.
Curi-curi baca telefon pasangan, tindakan pintar atau psiko?
Kepercayaan menjadi asas dalam sesebuah perhubungan, tidak kira cinta yang baru berputik atau ikatan suami isteri.
Tidur sekatil, tapi masih sunyi ...
Kesunyian bukan hanya dirasai individu bujang, malah yang sudah berkeluarga. Kesibukan bekerja hingga tiada masa untuk keluarga, jadi punca utama.