KUALA LUMPUR: Hubungan diplomatik yang baik dan kukuh antara Malaysia dengan negara luar menyumbang kepada kejayaan Ops Sudan dalam membawa rakyat Malaysia yang terkandas di Khartoum, Sudan, keluar daripada negara yang sedang berkonflik itu, kata Penganalisis Keselamatan dan Politik Noor Nirwandy Mat Noordin.
Beliau berkata elemen Pengiktirafan Antarabangsa yang terkandung dalam sembilan Teras Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 itu membuktikan operasi berkenaan berjalan baik dan mendapat kerjasama sepenuhnya dari negara luar.
"Pengiktirafan Antarabangsa dan kerjasama yang baik di antara ketua-ketua utama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bantuan daripada kerajaan Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi, berjaya membawa keluar mereka dan ini merupakan satu contoh diplomasi yang baik," katanya ketika dihubungi Bernama pada Ahad.
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu berkata kejayaan Ops Sudan sudah semestinya menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.
"Ini menunjukkan kemampuan negara dalam memastikan Dasar Keselamatan Negara diangkat sepenuhnya. Mekasnisme Diplomasi Awam, Pengiktirafan Antarabangsa, keselamatan rakyat dan kemampuan kedutaan patut dibanggakan," katanya.
Jumaat lepas operasi membawa pulang 30 rakyat Malaysia dari Sudan ketika negara itu dilanda konflik telah selesai, dengan kesemua mereka selamat tiba di tanah air setelah melalui perjalanan 30 jam menempuh jarak 1,233 kilometer dari Sudan.
Sementara itu Felo Penyelidik, Universiti Utara Malaysia - Teknologi Maklumat (UUM-ITS) merangkap Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Antarabangsa UUM Muhammad Afifi Abdul Razak berkata ini bukan kali pertama Malaysia menjalankan operasi seperti itu, dan krisis Rusia dan Ukraine pada tahun lepas merupakan pendekatan diplomasi Malaysia yang wajar dicontohi.
"Kejayaan Ops Sudan boleh dianggap sebagai penerus kejayaan yang terdahulu... dengan memiliki hubungan baik dengan negara-negara luar dan diperkasakan dengan Wisma Putra, diplomat di Sudan dan pegawai yang berkemahiran tinggi, ia dapat menjayakan Ops Sudan," katanya.
Beliau berkata Ops Sudan bukan sahaja berjaya menyelamatkan rakyat negara ini malah Malaysia turut membantu membawa beberapa rakyat negara lain dari Sudan antaranya Amerika Syarikat, Kemboja, Singapura, Filipina dan Thailand, keluar daripada negara berkonflik itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 30 2023
![Hubungan diplomatik baik bantu kejayaan Ops Sudan - Penganalisis Hubungan diplomatik baik bantu kejayaan Ops Sudan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61682672051_TBMSIASUDAN.jpg)
Hubungan diplomatik yang baik dan kukuh antara Malaysia dengan negara luar menyumbang kepada kejayaan Ops Sudan dalam membawa keluar rakyat Malaysia yang terkandas di Khartoum, Sudan. - Foto BERNAMA
![Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81740001659_TBPezeshkian.jpg)
Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza
Kedua-dua negara menekankan keperluan untuk langkah-langkah yang diselaraskan oleh negara-negara Islam untuk menyokong rakyat Gaza.
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.
![Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726966332_YusriCheLah.jpg)
Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.
![Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706180860_AbdulKarimRahmanH.jpg)
Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.
![Lawatan PM ke Bahrain bakal buka lembaran baharu hubungan diplomatik 50 tahun Lawatan PM ke Bahrain bakal buka lembaran baharu hubungan diplomatik 50 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739835900_ShazryllZahiran.jpg)
Lawatan PM ke Bahrain bakal buka lembaran baharu hubungan diplomatik 50 tahun
Anwar juga dijadual menghadap Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa yang merupakan satu penghormatan tinggi kepada Malaysia.
![Hubungan diplomatik Cuba-Malaysia terbina atas dasar hormat, persahabatan Hubungan diplomatik Cuba-Malaysia terbina atas dasar hormat, persahabatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739458025_EmbajadadeCubaen.jpg)
Hubungan diplomatik Cuba-Malaysia terbina atas dasar hormat, persahabatan
Kedutaan Cuba di Malaysia menegaskan keakraban persahabatan serta saling menghormati yang menjadi asas kepada hubungan kedua-dua negara sejak ia terjalin pada 6 Feb 1975.
![Pesawat terhempas: Malaysia sampaikan ucapan takziah kepada Azerbaijan Pesawat terhempas: Malaysia sampaikan ucapan takziah kepada Azerbaijan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735312772_MatSabuAzerbaijan.jpg)
Pesawat terhempas: Malaysia sampaikan ucapan takziah kepada Azerbaijan
Malaysia hari ini mengucapkan takziah kepada Azerbaijan di atas tragedi pesawat penumpang milik Azerbaijan Airlines yang terhempas di Kazakhstan, Rabu lepas.
![China, Malaysia perlu tingkatkan komunikasi, penyelarasan dalam pelbagai isu - Duta China, Malaysia perlu tingkatkan komunikasi, penyelarasan dalam pelbagai isu - Duta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733415452_ChinaMalaysia.jpg)
China, Malaysia perlu tingkatkan komunikasi, penyelarasan dalam pelbagai isu - Duta
China dan Malaysia perlu meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dalam isu antarabangsa dan serantau dan menyokong satu sama lain dengan baik.
![Kepelbagaian diplomatik Malaysia bentuk semula hala tuju strategik ASEAN - Penganalisis Kepelbagaian diplomatik Malaysia bentuk semula hala tuju strategik ASEAN - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732095995_ASEAN.jpg)
Kepelbagaian diplomatik Malaysia bentuk semula hala tuju strategik ASEAN - Penganalisis
Usaha kepelbagaian Malaysia seperti hubungannya dengan BRICS, menawarkan perspektif baharu untuk perancangan strategik ASEAN.
![Presiden Peru Boluarte tegaskan hubungan diplomatik yang erat dengan Malaysia Presiden Peru Boluarte tegaskan hubungan diplomatik yang erat dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731547967_pesidenperubolua.jpg)
Presiden Peru Boluarte tegaskan hubungan diplomatik yang erat dengan Malaysia
Presiden Peru menekankan hubungan diplomatik yang kukuh antara Peru dan Malaysia pada Rabu, semasa pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia.
![[KOLUMNIS] Abad Turkiye, hubungan lebih erat dengan Malaysia [KOLUMNIS] Abad Turkiye, hubungan lebih erat dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71730169403_AnwarIbrahimErdogan.jpg)
[KOLUMNIS] Abad Turkiye, hubungan lebih erat dengan Malaysia
Turkiye dan Malaysia, berkongsi hubungan dua hala yang berakar umbi, dengan sejarah persaudaraan sejak hubungan antara Empayar Uthmaniyyah dan Kepulauan Melayu pada abad ke-16.
![Perdana Menteri Ethiopia, Abiy Ahmed adakan lawatan rasmi pertama ke Malaysia Perdana Menteri Ethiopia, Abiy Ahmed adakan lawatan rasmi pertama ke Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729732092_abiyahmed.jpg)
Perdana Menteri Ethiopia, Abiy Ahmed adakan lawatan rasmi pertama ke Malaysia
Perdana Menteri Ethiopia, Abiy Ahmed Ali dijadual mengadakan lawatan rasmi pertama ke Malaysia dari Jumaat (25 Okt) hingga Sabtu (26 Okt).
![Filipina dan Malaysia rai 60 tahun hubungan diplomatik Filipina dan Malaysia rai 60 tahun hubungan diplomatik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729118511_MohamadHasanmente.jpg)
Filipina dan Malaysia rai 60 tahun hubungan diplomatik
Acara dihadiri Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Enrique Manalo dan Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai tetamu kehormat.
![Malaysia secara rasmi jalin hubungan diplomatik dengan Andorra Malaysia secara rasmi jalin hubungan diplomatik dengan Andorra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81727305488_MohamadHasan.jpg)
Malaysia secara rasmi jalin hubungan diplomatik dengan Andorra
Andorra ialah sebuah negara kecil yang tidak mempunyai akses laut, terletak di pergunungan Pyrenees antara Sepanyol dan Perancis.