Besar kemungkinan peranti skrin tri-lipat dan siri Mate 70 akan diumumkan pada acara ini.
Imej acah untuk acara jelas menunjukkan huruf Z yang mirip mekanisme lipatan yang digunakan pada peranti skrin tri-lipat mereka.
Dengan ini Huawei akan menjadi syarikat pertama yang melancarkan peranti skrin tri-lipat ke pasaran.
Berdasarkan maklumat yang tertiris, peranti mempunyai skrin 6.8″ dalam kedudukan tertutup dan boleh membesar ke sekitar 10″ apabila ketiga-tiga skrin dibuka.
Oppo, dan Tecno juga telah memperlihatkan prototaip pertama mereka minggu lalu.
Tarikh yang dipilih oleh Huawei ini adalah menarik kerana pada hari yang sama Apple mengadakan acara pelancaran iPhone baharu mereka. -Amanz