Direka untuk memenuhi keperluan dan gaya hidup manusia yang luas, jam pintar ini membawakan teknologi terkini, reka bentuk bergaya, dan paling utama - ciri-ciri pengurusan kesihatan yang lebih maju.
Siri HUAWEI WATCH GT 5
Ia hadir dalam dua edisi, WATCH GT 5 dan WATCH GT Pro, yang menjadi teman ideal untuk anda yang mencari adunan elegan dan prestasi, menampilkan rekaan yang lebih kemas dengan gabungan titanium aloi gred aeroangkasa dan seramik nanokristal untuk struktur yang ringan dan tahan lasak.
Tidak sekadar sebagai sebuah aksesori menawan, ia juga alat hebat untuk pengurusan kecergasan dan kesihatan, dimuatkan dengan Sistem HUAWEI TruSense serba baharu, yang menyediakan pengguna dengan keupayaan pemantauan kesihatan yang menyeluruh termasuk kadar denyutan jantung, oksigen dalam darah (SpO2), dan penjejak tidur, juga kitaran haid untuk pengguna wanita.
Sorotan utama siri terbaharu ini adalah mod sukan yang diperkaya, seperti mod “golf course,” yang menawarkan data waktu sebenar dan pandangan terperinci terhadap prestasi pengguna di padang golf di seluruh dunia.
Dilengkapi Sistem Penentukedudukan Sunflower HUAWEI, Siri HUAWEI WATCH GT 5 membawakan ketepatan yang tiada bandingan serta keselamatan kepada para peminat larian denai.
Sistem Penentukedudukan Bunga Matahari HUAWEI memanfaatkan algoritma penyesuaian dan teknologi antena rasuk boleh dikonfigurasi semula untuk meningkatkan ketepatan kedudukan dengan ketara, memastikan pelari mempunyai navigasi masa nyata yang boleh dipercayai walaupun dalam rupa bumi yang mencabar.
Sistem inovatif ini meningkatkan ketepatan laluan sebanyak 40 peratus, ketepatan jarak sebanyak 30 peratus dan ketepatan rentak sebanyak 20 peratus, menyediakan data menyeluruh untuk pelari berpengalaman mahupun baharu.
Lebih tepat bila menggunakan mod “trail running” pada HUAWEI WATCH GT 5 Pro, di mana tatkala anda berlari merentas denai, jam ini tidak hanya memantau metriks prestasi anda seperti rentak dan kadar denyutan jantung, tetapi juga menerima gesaan suara dan pada skrin yang memberikan cadangan navigasi supaya anda tidak tersasar walau dalam kawasan yang asing.
Tambahan kepada itu adalah Sokongan Kesejahteraan Emosi, dikuasakan Sistem TruSense HUAWEI, ciri inovatif yang berterusan memantau keadaan emosi pengguna dengan menganalisa isyarat fisiologi seperti perubahan kadar denyutan jantung dan suhu kulit.
Menerusi algorithm canggih, jam pintar ini dapat mengesan perubahan pada pola mood dan emosi, mengingatkan pengguna kepada potensi stres atau kebimbangan, serta mencadangkan tindakan yang perlu diambil seperti senaman pernafasan dan amalan kesedaran, untuk membantu pengguna menggapai semula keseimbangan emosi.
HUAWEI MatePad Pro 12.2
Pada masa sama, HUAWEI turut melancarkan MatePad Pro 12.2, tablet premium berkuasa yang menggabungkan teknologi tercanggih dengan rekaan nipis dan ringan untuk pengalaman penggunaan yang menakjubkan.
Paparan skrin 12.2 inci Tandem OLED PaperMatte peneraju industri menawarkan warna yang terang, kejelasan yang luar biasa, yang selesa dipandang mata walau dalam pencahayaan yang kurang baik.
Antara ciri paling menonjolnya adalah Papan Kekunci Luncur HUAWEI, yang memperkenalkan rekaan simpanan stilus M-Pencil (Generasi Ke-3) dan pengecasan papan kekunci, engsel magnetik dinamik untuk pengalaman menaip yang lebih lancar sementara menyimpan kemas sambil mengecas HUAWEI M-Pencil (Generasi Ke-3).
Gabungan perkakas hebat dan perisian intuitif, HUAWEI MatePad Pro 12.2 membolehkan pelbagai kemungkinan dicapai, antaranya alat Melukis Batik Tempatan pada Aplikasi HUAWEI GoPaint, yang dibangunkan bersama Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) untuk pengalaman unik melukis batik secara digital.
Dijual pada harga RM4,599, prapesan HUAWEI MatePad Pro 12.2 sekarang hingga 11 Oktober 2024 pada Laman Web Rasmi HUAWEI, Shopee dan Lazada. Pelanggan terawal berpeluang menikmati hadiah percuma seperti Papan Kekunci Luncur, M-Pencil (Generasi Ke-3), dan Tetikus Bluetooth HUAWEI.
HUAWEI WATCH Ultimate (Edisi Hijau)
Jam kembara elit dengan varian warna terbaharu ini direka khas untuk para peminat golf, menawarkan suite ciri-ciri golf yang menyeluruh, menyokong peta 180 padang golf utama seluruh Malaysia dan padang lain di serata dunia.
Ia juga menyediakan ukuran jarak yang tepat, kelajuan dan arah angin, juga pampasan cerun ”Green”, membolehkan pemain merangka strategi permainan dengan ketepatan yang tak terbanding.
Siri HUAWEI WATCH GT 5 dan HUAWEI WATCH Ultimate menawarkan ciri-ciri ketersambungan yang hebat, seperti keupayaan membuat dan menjawab panggilan, balasan segera kepada mesej, dan akses kepada kalendar dan perkembangan cuaca terus dari pergelangan tangan anda.
Hayat baterinya juga tak kurang hebat, boleh bertahan antara tujuh hingga 14 hari dengan penggunaan harian.
Kedua-dua model tidak hanya tentang kecergasan dan pengembaraan, ia juga disulam dengan cantik ke dalam gaya hidup moden.
HUAWEI WATCH GT 5 boleh didapati dalam saiz 41mm dan 46mm pada harga bermula RM1,099, sementara HUAWEI WATCH GT 5 Pro dalam saiz 42mm dan 46mm pada harga bermula RM1,399, tampil dalam 10 varian berbeza seperti Fluoroelastomer Hitam, Badan Seramik, Komposit Perang dan banyak lagi.
Prapesan dibuka sekarang hingga 4 Oktober 2024, di Laman Web Rasmi HUAWEI, Shopee, juga Lazada, dan dapatkan hadiah eksklusif bagi setiap prapesan.
HUAWEI WATCH Ultimate (Edisi Hijau) juga sudah boleh dibuat prapesan pada harga RM3,799 dan pelanggan terawal akan menikmati hadiah eksklusif termasuk aksesori dan baucar bernilai sehingga RM1,258 di semua Kedai Pengalaman HUAWEI, Laman Web Rasmi HUAWEI, Shopee, dan Lazada.
Untuk maklumat lanjut tentang perkembangan dan promosi terkini HUAWEI, layari Laman Web Rasmi HUAWEI, juga laman rasmi Facebook dan Instagram HUAWEI.