Bersama-sama dengan pengenalan sistem operasi berkenaan, Huawei turut mengumumkan pengenalan penawaran kecerdasan buatan mereka tersendiri dinamakan Harmony Intelligence.
Harmony Intelligence ini akan ditawarkan melalui peranti keluaran Huawei, selain turut disertakan bersama-sama dengan pembantu maya berasaskan input suara, dinamakan Celia.
Melalui demo ringkas yang diperlihatkan, ia dilihat akan diintegrasikan pada peringkat sistem operasi – di samping turut menawarkan kemudahan seperti meringkaskan dokumen, menyunting gambar, memberikan jawapan kepada beberapa persoalan, dan sebagainya.
Huawei bakal memperkenalkan penawaran ini bersama-sama sistem operasi HarmonyOS Next yang akan menguasakan Mate 70 kelak.
Dengan perkongsian ini juga, ia sekali gus memperlihatkan Huawei bakal terus menerajui pasaran, terutamanya di China yang mana mungkin sukar untuk Apple tanpa rakan kerjasama tempatan dalam penawaran sokongan berasaskan kecerdasan buatan. -Amanz